KUALA LUMPUR: Peruntukan RM100 juta menerusi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) untuk membantu penggiat seni dan kreatif yang terjejas akibat COVID-19 memberi kelegaan kepada mereka yang terkesan.
Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PPTM), Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, bantuan itu mampu meringankan beban penggiat seni khususnya kru produksi yang kehilangan kerja, selepas sektor itu masih lagi tidak dibenarkan beroperasi.
Katanya, bantuan itu memperlihatkan kerajaan tidak meminggirkan keperluan petugas industri itu yang amat terkesan sejak pendemik tersebut melanda negara tahun lepas.
"Kami amat berterima kasih kepada kerajaan dengan bantuan yang diumumkan semalam, malah sebelum ini juga, banyak bantuan yang telah disalurkan sejak tahun lepas.
"Namun, kami harapkan pengagihan bantuan kali ini, dibuat secara lebih menyeluruh kepada semua penggiat seni yang terjejas tidak mengira mereka bekerja dengan syarikat atau secara bebas," katanya kepada Bernama, semalam.
Menerusi PEMULIH yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, seramai 8,000 penggiat seni, karyawan, artis, pemuzik, penulis, pelakon, penggiat teater akan menikmati kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan itu.
Peruntukan itu meliputi insentif penghasilan karya dan kandungan digital, peluang kerjaya, program peningkatan kemahiran, caruman perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta perolehan produk bagi tujuan produksi di televisyen, radio dan penciptaan lagu.
Tambah Jurey Latiff, beliau berharap semua agensi serta syarikat produksi yang terlibat dapat memastikan manfaat bantuan itu dinikmati setiap individu yang memerlukan.
Walaupun terdapat bantuan yang disediakan kerajaan, beliau bagaimanapun berharap kerajaan menerima rayuan dan cadangan pihak industri agar aktiviti penggambaran dibenarkan beroperasi dalam tempoh Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Bantuan itu memang satu kelegaan, tetapi kami memerlukan kerja...bantuan sahaja tidak cukup, kita perlukan kerja untuk kelangsungan hidup dan merancakkan kembali ekonomi sektor ini," katanya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 30 2021

Menerusi PEMULIH yang diumumkan, seramai 8,000 penggiat seni, karyawan, artis, pemuzik, penulis, pelakon, penggiat teater akan menikmati kemudahan pembiayaan dan sokongan bantuan kewangan itu. - Gambar hiasan teater BAHARA EMAS

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Pemulih SiberKASA jadi agenda lahirkan 20,000 bakat keselamatan siber menjelang 2024
Pemulih SiberKASA: Program Latihan Kemahiran Keselamatan Siber menjadi antara pengerak agenda untuk melahirkan 20,000 bakat dalam bidang keselamatan siber menjelang 2024.

Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi bantu koperasi sepanjang PKP - Noh Omar
Pelan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi berjumlah RM20 juta membantu koperasi yang terjejas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

GKP 4.0: Bemanfaat untuk jangka masa lebih panjang, PKS boleh luaskan pasaran digital
Gunakan RM1000 itu, meskipun tidak banyak tapi sekurang-kurangnya gunakan ia untuk yang penting, jelas Azharee.

PM harap pemberian BKC bermula esok ringankan beban rakyat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap pengkreditan Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bagi Fasa Satu bermula esok sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-

CBP lulus 47,413 permohonan moratorium PEMULIH
CBP meluluskan lebih 47,000 permohonan moratorium Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sehingga pertengahan Julai lalu, dengan nilai keseluruhan melebihi RM3.2 bilion.

Buntu fikir jaga dua anak sakit selepas suami hilang pendapatan
Bagi Noor Suraya Saidin, 36, dan suaminya, Mohd Idzwan Jamari, 39, keadaan tidak mudah lebih-lebih lagi dua daripada empat anak mereka mempunyai penyakit serius.

Bantuan bakul makan kepada penduduk Pulau Perhentian tidak pernah putus
Sejak pandemik COVID-19 melanda lebih setahun lalu, bekalan bantuan makanan yang diterima mereka tidak pernah putus.

Tiga fasa pengagihan bakul makanan diberi kepada penduduk Pulau Redang
Lebih RM50,000 telah dibelanjakan bagi membantu masyarakat Pulau Redang yang mempuyai kira-kira 2,000 penduduk.

Bantuan bakul makanan ringankan beban hidup tiga beranak
Penduduk di daerah Kuala Pilah yang terjejas pendapatan dialu-alukan datang ke pejabat Pusat Khidmat Rakyat Kuala Pilah.

Kerajaan perlu berhati-hati guna ruang fiskal yang ada - Pakar ekonomi
Sehingga akhir Jun tahun ini, paras hutang statutori mencecah 56.8 peratus, namun ia masih di bawah had statutori 60 peratus KDNK yang dibenarkan.