IPOH: DAP Perak enggan membuat ulasan lanjut berhubung dakwaan penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu bersabit kes positif dadah pada Khamis.
Naib Pengerusi DAP negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, adalah tidak wajar untuk memberi ulasan kerana beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat atau sahih mengenai perkara itu.
Sehubungan itu, katanya, adalah lebih baik menunggu maklumat rasmi daripada pihak polis.
Menurutnya, setakat ini DAP sendiri masih belum mendapat sebarang laporan lanjut berhubung perkara berkenaan.
"Saya tidak mahu menafi atau mengesahkan kerana saya sendiri tidak ada maklumat tepat berkaitan kes itu, saya pun hanya dengar-dengar begitu sahaja.
"Jadi saya rasa lebih baik tunggu kenyataan rasmi daripada pihak berkuasa," katanya hari ini.
BACA: ADUN Perak ditahan di pusat hiburan di P. Pinang
Menurut laporan media hari ini, seorang ADUN Perak ditahan bersama 35 individu lain selepas ujian saringan air kencing mereka positif dadah.
Wakil rakyat berusia 54 tahun itu ditahan di sebuah restoran yang dahulunya merupakan kelab malam di Perai, Pulau Pinang pada jam 9 malam, Khamis.
Bagaimanapun, tular di media sosial kononnya ADUN Perak yang dimaksudkan adalah daripada DAP.
Dalam pada itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming memaklumkan, ulasan berkaitan kes itu akan diberikan sebaik polis mendedahkan identiti ADUN yang ditahan.
"Tunggu sehingga polis dedahkan identiti ADUN itu, baru saya akan komen," katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui dalam program pelancaran buku 'Lim Kit Siang: Malaysian First, Volume One: None But The Bold di Symphony Suites di sini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, DAP Perak memenangi 16 kerusi DUN namun tiga daripada mereka telah keluar menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) baru-baru ini.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jan 14 2022

Naib Pengerusi DAP negeri, Dr Abdul Aziz Bari berkata, adalah tidak wajar untuk memberi ulasan kerana beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat atau sahih mengenai perkara itu. - Gambar fail/BERNAMA

Kapal Tentera Laut Korea Selatan 'Cheonjabong' singgah di Pelabuhan Klang
Kapal Pendaratan Dok (LSD) itu membawa peralatan Tentera Darat Korea Selatan, termasuk Kereta Kebal Tempur Utama (MBT) K2, dan Howitzer Gerak Sendiri (SPH) K-9.

Presiden Lubnan lakukan lawatan luar negara pertama ke Arab Saudi
Joseph Aoun dijadual menghadap Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman semasa lawatannya ke negara itu.

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.

Abdul Aziz dilantik ketua pembangkang DUN Perak
Naib Pengerusi DAP Perak itu pernah memegang portfolio Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 2018 hingga Februari lepas.