KUALA LUMPUR: Peguam bapa kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin, Fahmi Abdul Moin memberitahu pihak peguam bela dimaklumkan mengenai penahanan datuk dan nenek kanak-kanak itu kira-kira jam 3 petang Rabu.
Menurut Fahmi, beliau mendapat panggilan dari datuk Zayn memberitahu bahawa dia dan isteri sedang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor.
Fahmi, ketika dihubungi Astro AWANI, berkata pihaknya akan mengemukakan bantahan terhadap arahan penahanan itu, namun perlu menunggu esok (Khamis) bagi mendapatkan maklumat lanjut selepas keterangan mereka diambil pihak polis.
Jelas Fahmi, buat masa ini, pihaknya hanya diberitahu bahawa penahanan itu adalah untuk membantu siasatan ke atas ibu bapa Zayn Rayyan.
"PDRM akan ambil keterangan daripada datuk dan nenek Zayn Rayyan. Kalau tidak dapat selesai dalam masa 24 jam sehingga esok, mereka akan direman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
"Tempoh reman hanya akan diketahui esok dan pihak kami akan hadir untuk membantah permohonan reman tersebut," kata Fahmi.
Menurutnya, bantahan di atas alasan apa tidak dapat dinyatakan kerana tiada penjelasan jelas mengapa penahanan terhadap kedua-dua individu itu dilakukan.
"Esok baharu semua akan diketahui di mahkamah, daripada siasatan pihak polis, kenapa mereka harus ditahan dan dilanjutkan reman. Berdasarkan alasan itu, pihak kami akan membuat bantahan," kata Fahmi.
Media terdahulu melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan datuk dan nenek Zayn Rayyan ditahan polis di sebuah lokasi berdekatan Subang Bestari, Shah Alam di Selangor.
Penahanan mereka dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah bagi membantu siasatan, dan mereka akan direman esok di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, esok (Khamis).
Nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman selama 13 hari bagi membantu siasatan kes bunuh anak terbabit akan diketahui esok, sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis.
Madiha Abdullah
Wed Jun 12 2024

Fahmi memaklumkan mereka perlu menunggu esok bagi mendapatkan maklumat lanjut selepas keterangan mereka berdua diambil pihak polis. - Gambar fail

Kes tembak di Simpang Renggam, empat lagi suspek ditahan
Kesemua individu berusia 34 hingga 41 tahun ditahan di kawasan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, pada kira-kira 12.30 tengah hari Isnin.

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Jiran tidak pernah lihat Zayn Rayyan main di taman
Rashidah berkata, sepanjang 10 tahun tinggal di Blok R pangsapuri berkenaan, anak-anaknya juga tidak pernah bermain dengan Zayn Rayyan.

Saksi tutup jasad Zayn Rayyan guna 'sweater', lindungi dari orang awam
Seorang anggota polis memberitahu Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bahawa beliau menutup jasad Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin menggunakan baju sejuknya, semasa menemukan kanak-kanak autistik itu

Ibu Zayn Rayyan jerit "ini salah mommy" - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matin menjerit, "Zayn, ini salah mommy".

Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.

Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.

Hujan, pencemaran bau punca K9 gagal kesan Zayn Rayyan
Pencarian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin oleh Unit Anjing Pengesan (K9) Pulapol Kuala Lumpur tidak berhasil selepas berlaku hujan di kawasan kejadian.

Keadaan ibu Zayn Rayyan kosong, tiada reaksi, kata pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat bagi kes Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemukan mati dua tahun lalu memaklumkan pengadu, Ismanira Abdul Manaf kelihatan kosong sewaktu proses rakaman percakapan berlangsung.

Zayn Rayyan: 25 Feb dengar hujah notis usul batal pertuduhan
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Feb ini bagi mendengar hujahan berhubung notis usul difailkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin untuk membatalkan pertuduhan.

Ibu bapa menangis gambar bedah siasat Zayn Rayyan dikemukakan
Perbicaraan hari pertama kes mengabai Zayn Rayyan Abdul Matin menyaksikan ibu bapa kanak-kanak autistik itu menangis di Mahkamah Sesyen.