TUMPAT: Penantian lebih 34 tahun penumpang feri di Sri Tanjong, Pengkalan Kubor, di sini, untuk menggunakan perkhidmatan itu dengan selesa dan selamat akhirnya menjadi realiti, apabila kerajaan memperuntukkan perbelanjaan sebanyak RM9 juta untuk menggantikan feri sedia ada.
Penumpang feri, Ibrahim Mamat, 63, berkata feri Sri Tanjong yang menghubungkan antara Malaysia-Thailand itu merupakan pengangkutan air yang digunakan sejak 34 tahun lalu dan tidak pernah berganti baharu.
"Saya menggunakan khidmat pengangkutan ini untuk berulang-alik antara Pengkalan Kubor ke Takbai dan Narathiwat di Thailand, sekiranya ingin melakukan urusan penting dan sebagainya.
"Pengangkutan feri ini tidak pernah diberi perhatian dalam bajet sebelum ini, namun apabila diumumkan semalam untuk Bajet 2023, saya rasa sungguh gembira kerana kerajaan begitu prihatin dengan nasib penumpang feri di kawasan ini," katanya ketika ditemui Bernama di jeti feri Pengkalan Kubor, di sini hari ini.
Mohamad Ibrahim, 72, dari Pengkalan Kubor pula berkata feri baharu yang bakal diganti nanti pastinya akan memberi keselesaan kepada penumpang, yang menggunakan perkhidmatan itu.
"Saya menaiki feri ini untuk menziarahi saudara-mara yang ada di Thailand seperti Takbai, Patani dan Hatyai, kerana feri ini turut menyediakan tempat kepada penumpang untuk membawa kenderaan sendiri," katanya.
Sementara itu, penumpang dari jeti Takbai, Thailand Rohani Abdul Rahman, 38, berkata penggantian feri yang baharu dari Malaysia itu akan dapat meningkatkan sumber ekonomi penduduk dari kedua-dua negara.
"Sudah dua bulan feri dari Takbai tidak boleh digunakan kerana rosak dan kami bergantung kepada feri yang disediakan di Malaysia," katanya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di Dewan Rakyat semalam berkata sejumlah RM9 juta disediakan untuk Jabatan Kerja Raya, menggantikan feri sedia ada berusia lebih 34 tahun yang menyediakan khidmatpengangkutan antara Pengkalan Kubor, Malaysia ke Takbai dan Narathiwat di Thailand kepada 30 ribu penduduk Tumpat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 08 2022
Feri Sri Tanjong yang menghubungkan antara Malaysia-Thailand itu merupakan pengangkutan air yang digunakan sejak 34 tahun lalu. - Bernama
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
Ringgit dibuka mengukuh sedikit berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh ke paras 4.3900/3975 berbanding dolar AS daripada 4.3905/3980 pada Selasa.
‘Segalanya mungkin’ - kata Amorim mengenai nasib Manchester United
Walaupun permulaan sukar sebagai pengurus Manchester United, pasukannya perlu mensasarkan kemenangan dalam Liga Eropah.
RM20 juta untuk bangunkan litar di setiap negeri tidak pernah dibahas, diluluskan Parlimen - KBS
PM Ismail Sabri bubar Dewan Rakyat sebelum bajet itu dibahas dan diluluskan di Parlimen.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
Belanjawan 2023: Cukai terhadap cecair rokok elektronik - PM Anwar
Kerajaan akan mengenakan cukai terhadap produk cecair bagi rokok elektronik yang mengandungi nikotin.
Fahmi bagi 'hint' kerajaan umum peruntukan untuk keselamatan siber
Fahmi Fadzil berkata perkara itu diharap diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi pembentangan belanjawan yang dijadual esok.
Pengeluaran KWSP: Beri kebenaran kepada mereka yang layak, gesa Ismail Sabri
Isu pengeluaran wang KWSP terus menjadi topik hangat dalam Sidang Dewan Rakyat.
Pakej utama projek MRT3 akan diumumkan separuh kedua 2023, ramal AmInvestment
Menurut MRT Corp, tender baharu mungkin tidak diperlukan walaupun terdapat kebarangkalian penjajaran semula.
BAT Malaysia optimis terhadap prospek 2023 di sebalik persekitaran mencabar
Dengan pelancaran produk pemanas tembakaunya, ia kini mampu menawarkan pilihan alternatif dengan potensi risiko yang dikurangkan.
Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.
2023 bukan tahun kejar bajet positif, perlu peruntukan lebih besar - Onn Hafiz
Kerajaan Persekutuan diminta mempertimbangkan peruntukan Bajet 2023 yang lebih besar supaya dapat merangsangkan lebih banyak aktiviti ekonomi sekali gus membantu rakyat.
Bajet 2023 diharap akan memfokuskan sektor PKS - Wee Ka Siong
Bajet 2023 yang disemak semula diharap akan memberikan keutamaan kepada golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sekali gus membantu usahawan sektor tersebut memulihkan ekonomi masing-masing.