KUALA LUMPUR : Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) mulai hari ini dan akan ditutup pada 31 Ogos 2022.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengumumkan perkara tersebut dalam satu sidang media yang diadakan di Angkasapuri.
Bertemakan ‘Kemuncak Kecemerlangan’ ASA 2022 yang seiring dengan sambutan Jubli Emas, bakal mempertandingkan sebanyak 72 kategori iaitu 43 kategori TV, 22 kategori Radio dan masing-masing satu Anugerah Khas Juri dan Tokoh Anugerah Seri Angkasa.
Buat julung kalinya juga, ASA 2022 memperkenalkan lima kategori Media Baharu iaitu Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik, Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik dan Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.
ASA yang mulai dianjurkan pada tahun 1972 merupakan pengiktirafan Kerajaan dalam memartabatkan penggiat seni dan para karyawan industri kreatif tanah air.
Anugerah berprestij ini telah dianjurkan sebanyak 33 kali dan kembali dilaksanakan tahun ini dalam usaha Kerajaan merancakkan semula landskap industri kreatif yang terkesan akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada awal tahun 2020 susulan pandemik COVID-19.
Antara syarat utama penyertaan ialah rancangan yang pertama kali disiarkan di stesen penyiaran dan media sosial masing-masing antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021.
Justeru, semua stesen penyiaran Kerajaan dan swasta adalah dijemput untuk mengemukakan pencalonan secara dalam talian bagi 72 kategori melalui laman web www.anugerahseriangkasa.gov.my.
Berikut senarai penuh pencalonan bagi Kategori TV dan Radio Anugerah Seri Angkasa 2022
1. KATEGORI TV:
DRAMA
1. Drama TV Terbaik
2. Drama TV Bersiri Terbaik
3. Pengarah Drama TV Terbaik
4. Skrip Drama TV Terbaik
5. Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik
6. Pelakon Wanita Drama TV Terbaik
7. Pelakon Pembantu Lelaki Drama TV Terbalk
8. Pelakon Pembantu Wanita Drama TV Terbaik
9. Pelakon Komedi TV Terbaik
10. Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik
BUKAN DRAMA (RANCANGAN)
11. Dokumentari TV Terbaik
12. Majalah TV Terbaik
13. Bicarawara TV Terbaik
14. Hiburan Muzikal TV Terbaik
15. Komedi TV Terbaik
16. Rancangan Agama TV Terbaik
17. Rancangan Sukan TV Terbaik
18. Liputan Sukan TV Terbaik
19. Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik
20. Animasi Tempatan TV Terbaik
21. Candawara (Game Show) TV Terbaik
22. Rancangan Realiti TV Terbaik
23. Promo TV Terbaik
24. PSA & Kapsul TV Terbaik
25. Montaj TV Terbaik
26. Pengacara TV Terbaik
27. Pengulas TV Terbaik
BUKAN DRAMA (BERITA EHWAL SEMASA)
28. Buletin Berita TV Terbaik
29. Liputan Berita TV Terbaik
30. Laporan Khas Berita TV Terbaik
31. Liputan Khas Siaran Langsung TV Terbaik
32. Penyampai Berita TV Terbaik
33. Wartawan TV Terbaik
TEKNIKAL
34. Jurukamera TV Terbaik (Single Camera Production)
35. Jurukamera TV Terbaik (Multiple Camera Production)
36. Suntingan Rancangan TV Terbaik
37. Penataan Cahaya TV Terbaik
38. Audio Rancangan TV Terbaik
39. Pengimbangan Muzik TV Terbaik
40. Set TV Terbaik
41. Tatarias TV Terbaik
42. Grafik TV Terbaik
43. Kesan Khas TV Terbaik
2. KATEGORI RADIO:
DRAMA
1. Drama Radio Terbaik
2. Skrip Drama Radio Terbaik
3. Pelakon Lelaki Drama Radio Terbaik
4. Pelakon Wanita Drama Radio Terbaik
5. Pelakon Pembantu Lelaki Drama Radio Terbaik
6. Pelakon Pembantu Wanita Drama Radio Terbaik
BUKAN DRAMA (RANCANGAN)
7. Majalah Radio Terbaik
8. Dokumentari Radio Terbaik
9. Bicarawara Radio Terbaik
10. Hiburan Radio Terbaik
11. Rancangan Interaktif Radio Terbaik
12. Rancangan Agama Radio Terbaik
13. PSA & Kapsul Radio Terbaik
14. Promo Radio Terbaik
15. Penyampai Radio Lelaki Terbaik
16. Penyampai Radio Wanita Terbaik
17. Pengulas Radio Terbaik
BUKAN DRAMA (BERITA EHWAL SEMASA)
18. Penyampai Berita Radio Terbaik
19. Buletin Berita Radio Terbaik
20. Liputan Berita Radio Terbaik
TEKNIKAL
21. Pengimbangan Audio Muzik Radio (Studio)Terbaik
22. Pengimbangan Audio Muzik Radio (Lokasi)Terbaik
KATEGORI MEDIA BAHARU
1. Drama Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
2. Sketsa Pendek Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
3. Video Klip Hiburan Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
4. Pesanan Khidmat Masyarakat Menerusi Youtube Rasmi Terbaik
5. Drama Bersiri Menerusi Youtube Rasmi Terbaik.
Astro Awani
Mon Aug 01 2022

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) mulai hari ini dan akan ditutup pada 31 Ogos 2022. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Seniwati Fauziah Nawi terima anugerah Tokoh Seri Angkasa
Seniwati Fauziah Nawi menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022).

Pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 dibuka
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia membuka pencalonan Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) mulai hari ini dan akan ditutup pada 31 Ogos 2022.