KUALA LUMPUR: Pencarum perlu sedar berkenaan risiko mungkir sekiranya pembiayaan menggunakan Fasiliti Sokongan Akaun Dua (FSA2) oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan, kata Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
"Kemudahan ini lebih berbentuk memberi akses kepada pencarum untuk mendapatkan pembiayaan dalam institusi perbankan dan wang ini dijadikan cagaran melibatkan wang persaraan mereka.
"Langkah ini memberi kelegaan kepada mereka dari segi keperluan kewangan dan wang tunai yang diperlukan. Namun terdapat risiko yang mungkin dilalui seperti risiko mungkir. Jadi, mereka juga perlu tahu risiko yang perlu mereka lalui sekiranya pembiayaan tidak dilunaskan dalam masa ditetapkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ucapan Tahunan Gabenor Bank Negara Malaysia pada Forum Ekonomi Malaysia anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di sini hari ini.
KWSP dalam kenyataan hari ini berkata FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 April bagi fasa satu dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional.
Ahli yang layak berumur 40 tahun ke atas boleh memohon semasa fasa satu, tertakluk kepada kesediaan bank yang mengambil bahagian, manakala tarikh mula fasa dua untuk ahli di bawah umur 40 tahun akan diumumkan dalam masa terdekat, katanya.
Institusi itu memaklumkan dengan kemudahan berkenaan, semua ahli KWSP warganegara Malaysia di bawah umur 55 tahun boleh membuat notis awal untuk pengeluaran umur 50 tahun atau 55 tahun, dengan syarat mempunyai jumlah minimum RM3,000 dalam Akaun Dua KWSP.
Jumlah pembiayaan maksimum telah ditetapkan pada RM50,000, tertakluk kepada baki Akaun Dua KWSP, dengan tempoh pembayaran balik sehingga 10 tahun, kata KWSP.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 03 2023

FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa bermula 7 April bagi fasa satu dan ahli yang memenuhi kriteria kelayakan boleh memohon melalui bank yang mengambil bahagian iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lebih 19,000 pencarum dapat manfaat kemudahan dialisis Perkeso - Sim
Peruntukan lebih RM400 juta disediakan bagi rawatan dialisis di pusat dialisis yang disediakan Perkeso sepanjang tahun lepas.

Selangor catat pendaftaran sukarela tertinggi pencarum SKSSR
Bagi initiatif kerajaan tempatan pula, Sabah mencatatkan angka tertinggi berjumlah 88,034 bagi pendaftaran SKSSR setakat 15 Dis 2024.

Hanya 40 peratus hli NUTP mencarum insurans kesatuan
Presiden NUTP Aminuddin Awang berkata ia menunjukkan tahap kesedaran guru terhadap kepentingan mencarum insurans masih rendah.

Perkeso lunas RM7 juta faedah caruman SKSSR
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah melunaskan tuntutan faedah caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) berjumlah RM7 juta sejak diperkenalkan dua tahun lepas.

PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.

Insiden pokok tumbang: Waris keluarga layak terima faedah Perkeso - Steven Sim
Hasil semakan oleh Skuad Perkeso Prihatin mengesahkan bahawa Md Rizal Atan, 47, yang meninggal dunia ketika insiden itu merupakan pencarum.

Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."

Pertimbang keluar KWSP bersasar - Wan Saiful
Kerajaan digesa untuk mempertimbangkan permohonan pencarum KWSP untuk mengeluarkan simpanan secara bersasar.

Isu pengeluaran KWSP: 'Umpama tendang tin ke jalan raya'
SPCAAM menasihati mana-mana pihak agar berhenti menyalahgunakan isu pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

KWSP: Keputusan tidak popular tetapi kebajikan rakyat terjaga - Rafizi
Beliau menjelaskan kerajaan tidak membenarkan pengeluaran bersasar KWSP kerana bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.