KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Semenyih dan LRA Bukit Tampoi, Shah Alam sekali lagi dihenti tugas sejak jam 7 malam Sabtu sehingga awal pagi Ahad susulan penemuan aliran pencemaran bau di Sungai Semenyih.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Hee Loy Sian berkata siasatan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati pencemaran bau berpunca dari lokasi kemalangan pati minyak wangi pada 24 Disember lalu.
Jelas beliau, kesan bau sehingga enam ton di lokasi tersebut dikesan selepas hujan lebat pada petang Sabtu, yang mana aliran sisa berkenaan dipercayai terlarut bersama air hujan dan mengalir ke Sungai Semenyih.
"Susulan kejayaan pengesanan awal pencemaran yang berulang oleh LUAS pada jam 6.30 petang Sabtu, tindakan pencegahan awal dan pantas agensi-agensi berkaitan negeri berjaya dilakukan dan impak kepada operasi loji dapat diminimumkan.
"Pihak Air Selangor juga berjaya mencegah kemasukan aliran pencemaran ke dalam sistem loji," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah meningkatkan langkah nyah bau dengan penambahan activated carbon (AC) kira-kira satu tan.
Katanya, pihak Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) juga sedang melaksanakan kerja-kerja penyedutan sisa baki aliran yang tercemar di lokasi berkenaan.
Loy Sian menambah, Kerajaan Selangor akan memastikan LUAS dan agensi-agensi terlibat terus memantau rapi aliran di lokasi pencemaran, Sg. Limau Manis dan Sg. Semenyih bagi memastikan tindakan segera dapat diambil.
Astro Awani
Sun Jan 01 2023

Siasatan LUAS mendapati pencemaran bau berpunca dari lokasi kemalangan pati minyak wangi pada 24 Disember lalu - Foto fail/BERNAMA
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Pencemaran bau: LRA Semenyih, Bukit Tampoi dihenti tugas lagi
LUAS dan Air Selangor telah meningkatkan langkah nyah bau dengan penambahan activated carbon (AC) kira-kira satu tan.