SHAH ALAM: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan berlaku pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer (km) daripada muka sauk Jenderam Hilir pada jam 6.30 petang Sabtu.
Kejadian Pencemaran bau di muka sauk itu sekali lagi berlaku dalam tempoh seminggu selepas masalah sama menyebabkan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Sungai Tampoi terpaksa dihenti tugas pada 24 Disember lalu.
LUAS dalam kenyataannya memaklumkan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) telah dimaklumkan untuk sebarang kemungkinan dan persediaan LRA.
"Pemantauan rapi sedang dilakukan oleh LUAS dengan kekerapan pensampelan bau setiap 15 minit," kata kenyataan itu.
Menurut LUAS, bacaan terkini sehingga jam 8.45 malam Sabtu mencatatkan satu ton.
Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan, LUAS meningkatkan jumlah activated carbon (AC) yang diletakkan di lokasi dan telah memulakan pemantauan rapi di Sungai Limau Manis yang mengalir masuk ke Sungai Semenyih.
"Penemuan ini sejurus situasi hujan lebat petang tadi yang mana aliran sisa yang tersangkut dan terserap di persekitaran kawasan tumpahan tempoh hari serta jajaran sungai di luar kawasan negeri Selangor terlarut bersama air hujan yang seterusnya mengalir masuk ke Sungai Semenyih di Selangor.
"Dengan keadaan semasa cuaca dan aliran deras sungai, aliran tercemar dijangkakan 'flush' dan 'dilute' di dalam tempoh tiga hingga ke empat jam," jelas kenyataan itu.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 31 2022

Seorang kakitangan LUAS mengesan bau dari sampel air di lokasi pemantauan statik 1.5 km daripada muka sauk Jenderam Hilir pada Sabtu. - Sinar Harian

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Pencemaran bau: LRA Sungai Semenyih dihenti tugas
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan berlaku pencemaran bau di lokasi pemantauan statik 1.5 kilometer (km) daripada muka sauk Jenderam Hilir pada jam 6.30 petang Sabtu.

Gangguan bekalan air di 472 kawasan: 80 peratus pulih pagi ini - Air Selangor
Tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak.

Pemulihan bekalan air ke empat daerah lebih 51 peratus - Air Selangor
Menurut Air Selangor, tempoh masa pemulihan bekalan air adalah berbeza dari satu kawasan ke kawasan lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna.

Gangguan air malam Krismas: Bacaan 0 TON tiga kali, bekalan air mula diagih secara berperingkat
Pengoperasian semula melibatkan proses pembersihan rawatan air yang dijangka mengambil masa lebih kurang 12 jam.

Air Selangor: Bekalan air di 472 kawasan pulih sepenuhnya
Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan.

Bekalan air: 472 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bermula 3 petang ini
Sebanyak 472 kawasan di lima wilayah di Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air bermula jam 3 petang ini.

LRA Sungai Semenyih: Kerja pembersihan capai 59 peratus - Air Selangor
Menurut Air Selangor, bekalan air di kawasan-kawasan terjejas dijangka akan pulih sepenuhnya pada 3 petang, 1 Mei 2022.

Bekalan Air Selangor dijangka pulih sepenuhnya malam ini
Bekalan air di kesemua 463 kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 11.30 malam ini.

Pencemaran Sg Semenyih: Bekalan air pulih 92.2 peratus - Air Selangor
Proses pemulihan bekalan air dilakukan secara berperingkat, bergantung kepada tekanan air dan jarak lokasi kediaman pengguna dalam sistem agihan bekalan air.

463 kawasan di Selangor, Putrajaya dijangka alami gangguan bekalan air sekali lagi
Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu hantaran di Facebook rasminya, memaklumkan pencemaran itu dikesan pada pukul 5.15 petang.