KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca pencemaran bau busuk di Bandar Mahkota Cheras pada 31 Mei lepas.
Ketua Pengarah Alam Sekitar Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam kenyataan hari ini memaklumkan kes itu telah diserahkan kepada MPKj dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat untuk diambil tindakan di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.
Beliau berkata operasi penutupan tapak yang dijadikan tempat pelupusan haram bahan binaan dan sampah domestik itu disertai Ahli Parlimen Bangi Dr Ong Kian Ming, Ahli Majlis MPKj, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat.
"Air kolam takungan didapati berwarna hitam, berbau busuk dan dipenuhi dengan sampah sarap. Ujian ke atas kualiti air kolam takungan mendapati air bersifat alkali dengan kadar oksigen yang sangat rendah akibat daripada aktiviti pelupusan sisa domestik tersebut," katanya.
Wan Abdul Latiff berkata aktiviti pelupusan sisa pembinaan dan sampah domestik adalah tertakluk di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi Jadual Kedua Aktiviti 14: Pengolahan dan Pelupusan Buangan, Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling) 2015.
Katanya, oleh itu, aktiviti berkenaan boleh diambil tindakan atas kesalahan tiada kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).
Beliau berkata hasil siasatan JAS pula mendapati tiada pelupusan buangan terjadual dan aktiviti pembakaran terbuka yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 di tapak pelupusan sampah haram itu.
Wan Abdul Latiff berterima kasih kepada orang awam kerana memberi maklumat berkenaan kejadian itu dan menyeru orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 02 2022
![Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654177692_tasikbekaskuari.jpg)
Aktiviti berkenaan boleh diambil tindakan atas kesalahan tiada kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). - Gambar/ Sinar Harian
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
![Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736492061_TBKEBAKARAN.jpg)
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Gombak, operasi pemadaman giat dijalankan
Operasi pemadaman kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Bukit Lagong, Gombak sedang giat dilaksanakan sejak ia berlaku 2 Jan lepas.
![2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini 2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733566266_NgaKorMing.jpg)
2,634 tapak pelupusan sampah haram ditutup tahun ini
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata anggaran sisa dibersihkan 1,500 tan dengan melibatkan kos berjumlah RM412,000.
![Kebakaran tapak pelupusan sampah haram, JAS Selangor tahan 3 lelaki Kebakaran tapak pelupusan sampah haram, JAS Selangor tahan 3 lelaki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71658149991_TBPEMBAKARANHARAM.jpg)
Kebakaran tapak pelupusan sampah haram, JAS Selangor tahan 3 lelaki
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menahan tiga lelaki disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian kebakaran di tapak pelupusan sampah haram berdekatan Plaza Tol Sungai Long, Kajang.
![Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654177692_tasikbekaskuari.jpg)
Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca pencemaran bau busuk di Bandar Mahkota Cheras pada 31 Mei lepas.
![JAS kesan tapak pelupusan sisa buangan haram di kawasan sawah padi JAS kesan tapak pelupusan sisa buangan haram di kawasan sawah padi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51646818642_JabatanAlamSekitar.jpg)
JAS kesan tapak pelupusan sisa buangan haram di kawasan sawah padi
Semua sisa buangan tersebut ditemui di belakang perumahan dekat Jalan Kubang Semang pada 15 Februari lepas.
![Usaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah guna pesawat APMM Usaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah guna pesawat APMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/61448681947_Forestfire.jpg)
Usaha padam kebakaran tapak pelupusan sampah guna pesawat APMM
Kerja pemadaman api di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Sepang, Selangor yang terbakar sejak Ahad lepas masih diteruskan.