Sejumlah 260 murid dan orang awam di Pasir Gudang dikesan mengalami simptom loya, muntah dan sesak nafas dipercayai akibat pencemaran bahan kimia pada Selasa.
Murid terbabit adalah daripada Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort.
Daripada jumlah itu, 102 murid adalah dari SMK Tanjung Puteri Resort dan selebihnya dari SK Tanjung Puteri serta orang awam.
Mangsa diberi rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal ketika ditemui media selepas melawat mangsa di situ berkata kesemua mangsa mengalami simptom sama seperti dua buah sekolah yang diarah ditutup sebelum ini.
Pada pagi Selasa, lapan murid dari SK Tanjung Puteri Resort telah dihantar ke hospital Sultan Ismail (HSI) setelah mengalami simptom loya, muntah dan sesak nafas.
Sebelum ini, Sekolah Kebangsaan Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Putih telah diarah tutup semula selepas hanya lapan jam dibuka.
Ia susulan 20 murid yang dikesan mengalami sesak nafas dan pengsan selepas terhidu gas dipercayai daripada sisa kimia yang dibuang ke Sungai Kim Kim, kira-kira 500 meter dari sekolah itu.
Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian melahirkan rasa kesal dengan insiden pencemaran sungai itu yang menyebabkan beberapa sekolah ditutup.
Astro Awani
Tue Mar 12 2019

Sejumlah 260 murid dan orang awam di Pasir Gudang dikesan mengalami simptom loya, muntah dan sesak nafas dipercayai akibat pencemaran bahan kimia pada Selasa. -Gambar fail

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

Naikkan cukai syarikat besar untuk agihan lebih banyak kepada rakyat - Hassan Karim
Hassan Karim mencadangkan supaya cukai keuntungan terhadap syarikat-syarikat besar dinaikkan sebanyak 3 peratus iaitu daripada 24 peratus kepada 27 peratus.

Pemandu mabuk sebabkan kematian pasangan suami isteri didakwa di mahkamah
Seorang lelaki mdidakwa atas dua pertuduhan memandu dengan kandungan alkohol berlebihan dalam badan sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri.

26 motosikal milik pekerja kilang musnah terbakar
26 motosikal milik pekerja kilang musnah terbakar

Pencemaran udara Pasir Gudang: Mahkamah perintah denda naik kepada RM640,000
Syarikat P Tech Resources Sdn Bhd diperintahkan membayar denda berjumlah RM640,000 membabitkan lapan pertuduhan pilihan berbentuk kesalahan pentadbiran.

Jalan berlubang, penunggang motosikal dapat ganti rugi RM721,000
Akibat kemalangan tersebut, plaintif mengalami kecederaan di bahu, lengan, jari dan kepala.

Kanak-kanak maut dikelar: Ibu direman tujuh hari
Permohonan reman dikeluarkan Majistret terhadap wanita berusia 32 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Empat sungai di Pasir Gudang tercemar, membimbangkan - Exco
Empat sungai di sekitar kawasan perindustrian Pasir Gudang termasuk Sungai Kim Kim didapati tercemar dan berada pada tahap yang membimbangkan.

130 peserta dari 39 negara ambil bahagian Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang
Antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Singapura, Jerman, Jepun, China, New Zealand, Thailand, England dan Argentina.

Kes dera: Hakim cuti sakit, nasib ibu, rakan serumah diputuskan 1 November
Mahkamah Sesyen menangguhkan keputusan kes seorang ibu tunggal bersama rakan serumahnya, yang didakwa atas dua pertuduhan menganaiya dan mengabaikan anak kandungnya, kepada 1 November.

Barang keperluan masih ada, mudah diperolehi di Pasir Gudang - KPDN
Pemeriksaan dijalankan KPDN Johor di beberapa premis di Pasir Gudang mendapati tidak timbul isu kekurangan bekalan barang keperluan.