SEMENYIH: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menyiasat sebuah kilang minyak sawit yang disyaki menjadi punca pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih pada Khamis.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian, siasatan awal mendapati bau solven telah dikesan di longkang berhampiran kilang terbabit.
"Pada pukul 10.15 pagi, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas kerana berlaku pencemaran di Sungai Semenyih sehingga jam 12.45 tengahari.
"Bekalan air disambung semula pada jam 1.45 petang, iaitu gangguan selama 2 jam 30 minit. Bagaimanapun, kali ini pencemaran tidak masuk ke muka sauk dan kerana gangguan tidak melebihi empat jam, ia tidak memberi impak bekalan air yang putus kepada pengguna," jelas Hoy Sian ketika ditemui dalam sidang media selepas mengadakan tinjauan di kilang berkenaan di Semenyih pada Khamis.
Ujarnya, bacaan 1 ton direkodkan pada pagi tadi, malah beberapa kawasan pula mencatatkan bacaan sehingga 4 ton.
Bagaimanapun tindakan pantas LUAS, Air Selangor dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu berjaya menyahbau berkenaan sehingga 0 ton dalam tempoh yang singkat.
Siasatan lanjut yang dijalankan juga berjaya mengesan sebuah kilang pemprosesan minyak kelapa sawit berhampiran dipercayai punca pencemaran itu berlaku.
"Kali ini kita dapati bau solven di luar premis ini (kilang minyak kelapa sawit) dan dalam itu (longkang) seakan sama.
"Kita akan bawa sampel ke Jabatan Kimia untuk kita buat sampling untuk pastikan sama ada mempunyai bahan pencemar yang sama.
"Buat masa ini puncanya dari sini, kemungkinan boleh dikatakan selepas hujan lebat air melimpah dari kawasan takungan sedia ada dan masuk ke longkang kemudian ke sungai," katanya lagi.
Mengulas lanjut ujar Hoy Sian, beliau percaya kejadian itu bukan kali pertama berlaku melibatkan kilang berkenaan.
Malah beberapa tahun lalu, pihak berkuasa dapat mengesan kawasan menjadi punca pencemaran di berhampiran kilang berkenaan, namun tidak dapat mengaitkannya sebagai punca.
"Berulang-ulang, sebelum itu kita nampak pencemaran itu berlaku di luar longkang berdekatan premis itu.
"Sebelum itu kita cari punca tak dapat dikaitkan, kemungkinan kawasan longkang itu ada kebocoran atau keretakan struktur di bawah tanah.
"Jadi air itu melimpah melalui longkang itu keluar ke sungai. Ini punca utama pencemaran berlaku sebelum itu yang kita tak dapat kesan," katanya.
Dalam pada itu, ujar Hoy Sian, pihaknya tidak menolak untuk memindahkan kilang berkenaan di kawasan lain bagi mengelakkan daripada perkara sama berulang.
"Ada yang mencadangkan memindahkan kilang ini di tempat lain ini satu penyelesaian jangka panjang.
"Kita tidak menafikan akan buat sesuatu, kerana kilang ini memberikan satu tamparan yang hebat dan kesan amat teruk kepada pencemaran di Sungai Semenyih," katanya lagi.
Hoy Sian turut memaklumkan satu laporan polis akan dibuat pihak LUAS berhubung perkara itu agar siasatan dapat dijalankan.
"Pihak LUAS akan buat laporan polis dan kita harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat masuk dan siasat serta pihak LUAS juga akan buat siasatan.
"Kita tengok di bawah perundangan, kita gunakan Enakmen LUAS 71, kalau sabit kesalahan denda minimum RM200,000 sehingga RM1 juta dan penjara tidak kurang 3 tahun," ujar Loy Sian.
Fareez Azman
Thu Jun 23 2022
![Pencemaran Sg Semenyih: LUAS berjaya kesan kilang dipercayai punca Pencemaran Sg Semenyih: LUAS berjaya kesan kilang dipercayai punca](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81612326173_bahankimia.jpg)
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Selangor, Hee Loy Sian, siasatan awal mendapati bau solven berjaya dikesan di longkang berhampiran kilang terbabit. - Gambar fail/Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737088312_TBTAHUNBARUCINA.jpg)
Hadiah Tahun Baharu Cina, 5 individu bebas kes pencemaran minyak Sungai Gong
Hakim Nor Rajiah Mat Zin memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan gagal menimbulkan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.
![Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736007739_TBDELHIFOG.jpg)
Kesesakan trafik di Delhi akibat jerebu tebal
Pergerakan trafik kenderaan di ibu negara India itu bergerak perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya lain.
![Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734971492_HanifFaisolNurofiq.jpg)
Indonesia komited percepat tubuh pusat kawalan jerebu rentas sempadan
Hanif berkata pengoperasian pusat penyelarasan itu tertangguh kerana menunggu pemeteraian perjanjian oleh Thailand, Vietnam dan Filipina.
![Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733450944_MenteriBesarSelang.jpg)
Sultan Selangor zahir rasa kesal, dukacita tahap kebersihan Bandar Raya Diraja Klang
Baginda bertitah, terdapat banyak kawasan yang masih kotor dan tidak teratur termasuk sungai yang dicemari teruk dengan sampah sarap.
![Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732358987_TBAirPllution.jpg)
Sidang kemuncak iklim PBB tidak capai apa-apa - Ahli sains Jerman
"Kita sudah mengadakan 28 sidang kemuncak, tetapi pelepasan gas telah meledak."
![Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732356280_EsenBeach.jpg)
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
![Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732268027_plastikjepun.jpg)
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
![Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732056801_IndiaAirPollution.jpg)
Kualiti udara makin memburuk, kabus tebal selubungi utara India
Penduduk di utara India, termasuk ibu negara Delhi, terus berdepan kualiti udara yang sangat buruk sejak Ahad.
![JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731247566_jabatanalamsekitar.jpg)
JAS siasat dakwaan pencemaran perairan berhampiran Masjid Terapung Pulau Pinang
Pengarah JAS negeri Norazizi Adinan berkata pihaknya meminta Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) negeri untuk menjalankan siasatan.
![Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730506439_toxicfoamsfloatin.jpg)
Delhi kerah bot bermotor, 'waterjet' bersihkan Sungai Yamuna
Fenomena itu berlaku susulan pembuangan bahan kimia, sisa industri dan sisa kumbahan yang tidak dirawat ke dalam sungai.