SEREMBAN:Kerajaan Negeri Sembilan sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, berhubung pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata, selain itu, pihaknya turut menunggu laporan terperinci daripada Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri.
“Mengikut siasatan setakat malam tadi, Pengarah JAS negeri Azuri Azizah Saedon memaklumkan, punca masih belum diketahui dan setakat ini, ia adalah berdasarkan andaian.
“Pertama, pencemaran berkemungkinan dari ladang itik di Kuala Sungai Pajam, iaitu bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Selangor, leachate (bahan larut leasp) dari tapak pelupusan Pajam dan seterusnya dari kawasan industri Nilai 2, iaitu mungkin dari kilang memproses telur ayam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata punca sebenar pencemaran masih dalam siasatan dan pihak berkepentingan telah berada dilokasi di Batang Benar untuk melihat dan akan mengadakan perbincangan tindakan susulan.
BACA: Aktiviti pembersihan reban angsa disyaki punca pencemaran sungai Negeri Sembilan
Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) dihentikan akibat insiden pencemaran di LRA itu.
Dua LRA terlibat ialah LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari semalam dipetik sebagai berkata, punca pencemaran dikesan di Sungai Batang Benar, iaitu sejauh 30 kilometer daripada LRA Sungai Semenyih.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Veerapan berkata pihaknya turut dimaklumkan mengenai terdapat kejadian tumpahan minyak berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Gelam, Port Dickson, semalam.
“Kawalan telah dibuat oleh pelbagai pihak seperti bomba dan JAS yang bertindak menyekat di longkang untuk mengelakkan ia dari mengalir memasuki laut.
“Saya sedang menunggu laporan kejadian ini dan perkembangan lanjut akan saya maklumkan kemudian,” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
![Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61601867922_SVeerapan.jpg)
S. Veerapan (kiri) berkata punca sebenar pencemaran masih dalam siasatan dan pihak berkepentingan telah berada dilokasi di Batang Benar untuk melihat dan akan mengadakan perbincangan tindakan susulan. - Foto BERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61601867922_SVeerapan.jpg)
Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci
Kerajaan Negeri Sembilan sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, berhubung pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai.
![Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81600510655_usahawanwanita.jpg)
Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan
Peningkatan pembabitan wanita dalam bidang keusahawanan menunjukkan kematangan mereka mengendalikan perniagaan.
![PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/71599184373_RinaHarun.jpg)
PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
![Blok kerajaan, pembangkang senada sokong RUU Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan COVID-19 Blok kerajaan, pembangkang senada sokong RUU Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597756909_parlimentmalaysia.jpg)
Blok kerajaan, pembangkang senada sokong RUU Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan COVID-19
Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada dalam menyokong Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.
![Ahli Parlimen rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan Ahli Parlimen rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/41593392168_swab.jpg)
Ahli Parlimen rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang tanpa lelah memerangi COVID-19 menjadi antara tumpuan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
![Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81592719943_HariBapaAgong.jpg)
Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa
Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa ini untuk ayahanda baginda.
![COVID-19: MARA umum RM6 juta insentif tambahan, bantu usahawan terjejas COVID-19: MARA umum RM6 juta insentif tambahan, bantu usahawan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590818523_penyampaian.jpg)
COVID-19: MARA umum RM6 juta insentif tambahan, bantu usahawan terjejas
Ia dijangka memanfaatkan 600 usahawan di bawah MARA.
![PH tidak sempurna, namun tiada salah guna kuasa - Anwar PH tidak sempurna, namun tiada salah guna kuasa - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/71581544898_TBAnwarIbrahim.jpg)
PH tidak sempurna, namun tiada salah guna kuasa - Anwar
Anwar berkata, pemerintahan PH lebih terarah kepada cara memperbaiki serta menguruskan pentadbiran negara yang lebih bertanggungjawab.
![Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51588339262_MaraSabah.jpg)
Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu
Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilakukan secara dalam talian, pada Jumaat.
![Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41583827941_Angkatsumpah.jpg)
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.