Beberapa agensi yang berkaitan telah diarah mengenal pasti punca sebenar masalah pencemaran sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara (SPU), yang dikaitkan dengan pembuangan sisa kumbahan khinzir oleh pengusaha ladang ternakan di kawasan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, pihaknya telah menerima aduan daripada penduduk di kawasan berkenaan berhubung masalah itu dan mengarahkan beberapa agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan segera.
Beliau berkata, berdasarkan laporan awal yang diterima dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang hari ini pencemaran sungai itu didapati bukan sahaja berpunca daripada aktiviti penternakan khinzir di Kampung Selamat, tetapi turut melibatkan beberapa punca lain.
"Punca-punca lain turut menjadi penyebab kepada masalah pencemaran bau busuk sehingga radius 13 kilometer, dan turut melangkaui beberapa sungai serta kampung di situ, seperti sisa buangan industri, tambakan sungai serta aktiviti pertanian, melalui penggunaan baja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau bagaimanapun, mengingatkan semua pengusaha ladang khinzir supaya mematuhi sistem penternakan babi moden dengan menaik taraf kepada sistem kandang tertutup, kumbahan sifar, zon penampan dan mengamalkan amalan penternakan yang baik seperti ditetapkan di dalam Enakmen serta Peraturan Penternakan Babi Negeri Pulau Pinang 2020 yang dikuatkuasakan bermula 1 Mac lepas.
Katanya, pihak berkuasa setiap agensi yang berkaitan diharap dapat bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu pencemaran di kawasan itu.
Sementara itu, seorang penduduk kawasan berkenaan Sulaiman Ahmad Razak, 53, ketika ditemui berkata, pencemaran najis babi di beberapa sungai Sungai Korok, Sungai Kreh Tasik, Parit Kampung Selamat, Sungai Kreh Mati, Sungai Kecil Pokok Machang, Parit Malakof, Sungai Lubuk Meriam dan Sungai Lubuk Meriam Dalam di daerah itu amat serius.
"Pembuangan sisa kumbahan khinzir yang dilepaskan di Sungai Kreh itu menyebabkan saliran parit di kampung kami tercemar sehingga mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan terutamanya pada waktu malam dan selepas hujan," katanya.
Seorang lagi penduduk, Mohd Zain Zakaria, 50, berkata masalah itu bukan baru kerana penduduk terpaksa menghidu bau busuk sejak puluhan tahun lalu dan ia berlarutan hingga sekarang malah seperti tiada jalan penyelesaian.
Mohd Zain berkata, penduduk bukan sahaja berdepan dengan masalah pencemaran bau, malah ada di antara penduduk yang mengalami gejala gatal-gatal badan dan sesak nafas akibat terhidu bau busuk dari sungai dicemari najis babi. - BERNAMA
Bernama
Wed Jun 17 2020
Laporan awal yang diterima dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, pencemaran sungai itu didapati bukan sahaja berpunca daripada aktiviti penternakan khinzir, tetapi turut melibatkan beberapa punca lain. - Gambar fail BERNAMA
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
JAS Kedah siasat punca pencemaran Sungai Kulim
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang menyiasat kejadian pencemaran di hulu Sungai Kulim yang dipercayai berpunca daripada aktiviti penternakan khinzir.
Pencemaran sungai di Tasek Gelugor disiasat
Beberapa agensi berkaitan telah diarah mengenal pasti punca sebenar masalah pencemaran sungai di Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara yang dikaitkan dengan pembuangan sisa kumbahan khinzir.