PUTRAJAYA:Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengakui operasi kilang haram di sekitar kawasan sungai memberi cabaran buat pihaknya memantau pencemaran sungai yang berlaku.
Bagaimanapun jelasnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah ditugaskan untuk memantau sepanjang masa sebarang aktiviti pembuangan sisa tercemar di sepanjang Sungai Selangor.
"Mereka (JAS) beroperasi 24 jam cuma kawasan mana perlu kita kawal, kawasan kita syaki kita beri perhatian tetapi kawasan di luar jangkaan kita ini kadang-kadang berlaku.
"Oleh kerana kawasan kita luas, dan kawasan kita syaki kilang-kilang berlesen di bawah JAS, jadi kita tidak ada masalah sebab kita tahu operasi mereka ikut waktu.
"Tetapi di luar kilang tidak berdaftar, kilang-kilang haram sebagai contoh, dimana pembuangan sisa tercemar ini oleh yang individu tidak dikenal pasti. Baru-baru ini kita tahan (suspek) walaupun kes berlaku di Nilai, Negeri Sembilan tetapi kita tangkap di Kelantan. Mungkin mereka ambil barang dari tempat lain, buang di tempat lain.
"Jadi ini cabaran, pihak kementerian juga menambah beberapa inisiatif termasuk river trail sepanjang sungai terpilih supaya masyarakat sentiasa beri perhatian," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Justeru, beliau meminta orang ramai agar dapat membantu pihaknya memantau sebarang pencemaran sungai yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab demi keselamatan bersama.
Sejumlah 1,196,457 akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang sekali lagi mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat Loji Rawatan Air Sungai Selangor dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah hari ini.
Pencemaran sumber air mentah itu dikesan pada pukul 2 pagi tadi dan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang.
Fareez Azman
Mon Oct 19 2020
![Pencemaran Sungai Selangor: Kilang haram antara cabaran pantau pencemaran - Tuan Ibrahim Pencemaran Sungai Selangor: Kilang haram antara cabaran pantau pencemaran - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51603081557_TBTuanIbrahim.jpg)
Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah ditugaskan untuk memantau sepanjang masa sebarang aktiviti pembuangan sisa tercemar di sepanjang Sungai Selangor. - Gambar fail/Astro AWANI
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026, di bawah arahan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Naib Presiden Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Konflik Congo makin parah, 350,000 jadi pelarian
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan yang semakin merosot di timur Republik Demokratik Congo, pada Jumaat.
Negara Arab tolak cadangan pindahkan penduduk Gaza
Negara-negara Arab menegaskan bahawa mereka menolak sebarang cadangan untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza ke Jordan dan Mesir, kata wakil Kumpulan Arab kepada pemberita pada Jumaat.
KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.
JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa meneroka pendekatan terbaik untuk mengintegrasikan automasi dan transformasi digital bagi memastikan penjawat awam bersedia menghadapi peranan baharu dalam persekitaran kerja yang dinamik.
Arham Abdullah dilantik Naib Canselor UMK ke-7
Prof Dr Arham Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang ketujuh berkuat kuasa Ahad ini.
![Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama
KPK Indonesia dan SFO United Kingdom bersetuju memperkukuh kerjasama dalam kes rasuah rentas negara.
Jordan tidak dapat terima lebih ramai pelarian Palestin
Negara-negara Arab sedang merangka pelan bagi membangunkan semula Gaza tanpa memindahkan penduduknya serta menjamin keselamatan dan tadbir urus, kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, pada Jumaat.
Arab Saudi pimpin usaha rangka masa depan Gaza
Arab Saudi sedang menerajui usaha mendesak negara-negara Arab bagi merangka pelan masa depan Gaza.
Hamas umum nama tiga tebusan dibebaskan Sabtu
Pejuang Hamas mengumumkan nama tiga tebusan yang akan dibebaskan, pada Sabtu.
![24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi 24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738053368_TBrafiziramli.jpg)
24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.
![Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732418330_TuanIbrahim.jpg)
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
![GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730869420_ZulkifliHasan.jpg)
GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.
![Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729659669_TuanIbrahim.jpg)
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
![Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726637395_TuanIbrahim.jpg)
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
![PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726093655_TuanIbrahimTuanMa.jpg)
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
![Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726093144_PasPahang.jpg)
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
![Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70 Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725795927_TuanIbrahimTuanMa.jpg)
Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.
![Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720130908_TuanIbrahim.jpg)
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
![PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717840245_PAS.jpg)
PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.