MELAKA: Kesedihan Nurulasikin Ismail, 46, yang kehilangan suami, Saifulnizam Razak secara mengejut pada awal Ramadan sedikit terubat apabila dimaklumkan menerima pencen penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Nurulasikin berkata suaminya meninggal dunia akibat penyakit asma dan dia tidak mengetahui bahawa arwah suaminya yang bekerja sendiri mengambil upah mengecat rumah dan membersihkan inap desa merupakan pencarum Perkeso.
"Pada mulanya saya tidak tahu suami ada mencarum Perkeso tetapi ibu mentua saya buat semakan dan kami cuba buat permohonan, Alhamdulillah berjaya dan proses lancar dan mudah.
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah kerana dua lagi anak berusia 19 dan 20 tahun telah bekerja bagi ringankan beban keluarga," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Nurulasikin ditemui selepas Program Penyampaian Faedah Skuad Perkeso Prihatin di rumahnya di Bukit Katil yang turut dihadiri Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem serta Pengarah Perkeso Melaka Abd Razak Omar.
Nurulasikin yang bekerja separuh masa di sebuah pasar raya di Ayer Keroh menerima pencen penakat sebanyak RM1,418.75 sebulan selain faedah pengurusan jenazah sebanyak RM2,000 secara sekali bayar.
Beliau berkata pencen yang diterima akan digunakan sebaik mungkin untuk membesarkan anak yang masih bersekolah dan berterima kasih atas keprihatinan Perkeso.
Sementara itu, Ngwe berkata pencen penakat yang diterima diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin untuk pendidikan anak-anak sekali gus memberi sedikit keselesaan.
"Saya berharap individu yang bekerja sendiri dan belum mencarum Perkeso dapat segera melakukannya bagi memastikan mereka dan keluarga dilindungi sekiranya kemalangan atau sakit ketika bekerja," katanya.
Beliau berkata pekerja yang mempunyai majikan pula perlu memastikan majikan mencarum dengan Perkeso dan jika tidak aduan boleh disalurkan ke Pejabat Perkeso Melaka bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
![Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712140045_PERKESO.jpg)
Pekerja yang mempunyai majikan pula perlu memastikan majikan mencarum dengan Perkeso dan jika tidak aduan boleh disalurkan ke Pejabat Perkeso Melaka bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
![Ibu tunggal lima anak terima Pencen Penakat Perkeso Ibu tunggal lima anak terima Pencen Penakat Perkeso](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683324500_IbuTunggal.jpg)
Ibu tunggal lima anak terima Pencen Penakat Perkeso
Nur Aleeza diberitahu akan menerima Pencen Penakat berjumlah RM916.67 sebulan daripada Perkeso.
![Perkeso bayar RM11.11 juta kepada waris pencarum meninggal dunia akibat COVID-19 Perkeso bayar RM11.11 juta kepada waris pencarum meninggal dunia akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/51615470561_TBPerkeso.jpg)
Perkeso bayar RM11.11 juta kepada waris pencarum meninggal dunia akibat COVID-19
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah membayar faedah sebanyak RM11.11 juta kepada waris pencarum layak yang meninggal dunia akibat pandemik COVID-19, setakat ini.
![Perkeso turun padang promosi Skim Pekerja Sendiri Perkeso turun padang promosi Skim Pekerja Sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/51599945493_AwangHashim.jpg)
Perkeso turun padang promosi Skim Pekerja Sendiri
Perkeso akan turun padang bagi mempromosi Skim Pekerja Sendiri (SPS) yang baru diwujudkan supaya lebih ramai peroleh faedah perlindungan.
![328,056 penerima pencen nikmati tunggakan pelarasan baharu 328,056 penerima pencen nikmati tunggakan pelarasan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41491451491_RichardRiot.jpg)
328,056 penerima pencen nikmati tunggakan pelarasan baharu
Seramai 328,056 penerima pencen bakal menerima tunggakan pelarasan faedah berkala baharu yang akan dibayar mulai 26 Disember ini.