KLANG: Seorang penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas sembilan pertuduhan merogol, amang seksual dan melakukan hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja antara Jun 2021 dan Februari lepas.
Muhammad Fathi Na'im Mazlam, 30, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fathi Naim, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Mengikut pertuduhan, suami kepada tiga isteri itu didakwa terhadap tujuh pertuduhan merogol dan masing-masing satu bagi pertuduhan melakukan amang seksual serta hubungan seks dengan objek terhadap seorang remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.
Dia didakwa melakukan kesemua perbuatan itu dalam sebuah kereta jenis Toyota Vellfire di hadapan surau dan di parkir Dataran Eco World selain dalam sebuah hotel di sekitar Bandar Puncak Alam dekat sini, antara Jun 2021 dan Februari lepas.
Bagi kesalahan merogol dan melakukan amang seksual, bapa lapan anak itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017, masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan melakukan hubungan seks dengan objek, lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Ku Hayati Ku Haron yang juga merupakan Pengarah Pendakwaan Selangor menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
"Saya juga memohon mahkamah mengenakan syarat tambahan supaya tertuduh dilarang mendekati dan menghubungi mangsa dalam kes ini," katanya yang turut dibantu TPR Aqharie Durranie dan TPR Nurul 'Izzati Mohamad.
Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Samry Masri merayu kepada mahkamah agar anak guamnya dikenakan jaminan rendah iaitu mengikut kes dan bukan mengikut pertuduhan yang dituduh dengan alasan lelaki itu adalah penanggung utama keluarga.
"Sebelum ditangkap tertuduh adalah penceramah bebas dan selepas kes ini tular, dia hilang punca pendapatan. Tertuduh juga mempunyai tiga isteri dan lapan anak berusia satu hingga 11 tahun selain menanggung kedua-dua ibu bapa yang telah tua.
"Selain itu, tertuduh kini menghidapi sakit 'slipped disc' dan sedang menjalani rawatan dari semasa ke semasa," katanya.
Syafeera kemudian membenarkan Muhammad Fathi Na'im diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali serta tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Mahkamah menetapkan 10 Jan tahun depan untuk sebutan semula kes. - BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Muhammad Fathi Na'im Mazlam atau Ustaz Fathi Naim yang beristeri tiga itu didakwa melakukan kesemua perbuatan itu dalam sebuah kereta di hadapan surau dan di parkir selain dalam sebuah hotel. - Gambar BERNAMA
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Bekas penceramah bebas tak mengaku tuduhan pindaan menyamar peguam
Bekas penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pindaan menyamar sebagai peguam berkelayakan dengan menipu mangsa di Seremban.

Wan Ji gagal rujuk isu perlembagaan berhubung tuduhan hasutan ke Mahkamah Persekutuan
Mahkamah Rayuan menolak permohonan penceramah bebas Wan Ji Wan Hussin untuk merujuk isu perlembagaan membabitkan pertuduhan di bawah Akta Hasutan 1948 yang dihadapinya ke Mahkamah Persekutuan.

Penceramah didakwa buat hantaran jelik terhadap Agong
Penceramah bebas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Selasa atas dua pertuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Agong menerusi kumpulan WhatsApp, tahun lalu.

Pemilik syarikat didenda RM200,000 palsukan dokumen Penjana 2.0
Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Mohd Azmi Mat Sah, 55, selepas mengaku bersalah atas tuduhan pilihan.

Zakir Naik dilapor ditahan di Oman, dihantar pulang ke India
Agensi-agensi risikan India bekerjasama dengan pihak berkuasa Oman untuk menahan Zakir ketika lawatannya ke Oman pada Khamis.

Ustaz Azhar Idrus sudah dibenarkan pulang
UAI dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu sejak Selasa lalu.

Kesihatan Ustaz Azhar Idrus makin baik
Menurut sumber, walaupun dilihat bertambah sihat berbanding sebelum ini, Ustaz Azhar Idrus masih perlu menerima rawatan.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Penceramah bebas didakwa lagi atas tuduhan rogol remaja
Tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel, antara 2 pagi hingga 10 pagi, 3 Disember 2021.

Penceramah bebas didakwa sembilan pertuduhan rogol, amang seksual
Suami kepada tiga isteri itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap remaja perempuan yang kini berusia 14 tahun.