SANDAKAN: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengerahkan sebuah kapal tambahan untuk memantau aktiviti di perairan Malaysia berikutan pencerobohan kapal asing dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di perairan Sabah dan Sarawak baru-baru ini.
Panglima Armada Timur TLDM Laksamana Madya Datuk Sabri Zali berkata kapal itu adalah tambahan kepada dua lagi aset TLDM di Beting Patinggi Ali dan berhampiran terumbu Pulau Layang-Layang yang sentiasa diawasi 24 jam di sepanjang Laut China Selatan.
"Namun dengan perkembangan baharu ini (pencerobohan kapal asing), kapal ketiga dikerahkan ke kawasan sekitar untuk memantau sebarang pencerobohan," katanya kepada pemberita selepas menutup Latihan Eksesais Operasi Laut (OSTEX) Timur di sini hari ini.
BACA: Malaysia tidak akan berkompromi sekiranya terdapat ancaman di Laut China Selatan - PM
BACA: Naib Presiden AS kritik tindakan China ceroboh Laut China Selatan
Menurut Sabri, kehadiran kapal asing di perairan Malaysia bukanlah perkara baharu, terutama yang menjalin usaha sama dengan Brunei kerana ia perlu melalui perairan Malaysia.
Bagaimanapun, beliau berkata daripada pemerhatian TLDM, pergerakan kapal asing baru-baru ini adalah 'lebih dari setakat lalu' yang satu laporan telah dihantar kepada Kementerian Pertahanan yang kemudiannya turut dipanjangkan ke Wisma Putra.
Mengenai OSTEX Timur, Sabri berkata latihan selama 10 hari itu yang bermula 27 Sept turut melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, untuk meningkatkan kecekapan tentera laut dan bagi menguji keupayaan asetnya.
"Kebanyakan aset kami berusia lebih 40 tahun dan kami perlu mengujinya secara maksimum untuk melihat sama ada ia berkeupayaan tanpa mengalami kerosakan besar," katanya.
Mengenai perkembangan pangkalan baharu Markas Wilayah Laut 2 (Mawilla 2) di sini, Sabri berkata TLDM masih menunggu pengambilalihan tanah seluas 2.2 hektar daripada kerajaan negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 06 2021
Datuk Sabri Zali berkata, kapal itu adalah tambahan kepada dua lagi aset TLDM di Beting Patinggi Ali dan berhampiran terumbu Pulau Layang-Layang yang sentiasa diawasi 24 jam di sepanjang Laut China Selatan. - Gambar hiasan
Gencatan senjata: Peningkatan penyakit, kekurangan zat makanan cabaran besar di Gaza - WHO
WHO akan bekerjasama dengan rakan-rakannya untuk melaksanakan pelan 60 hari bagi memulihkan dan mengembangkan sistem kesihatan di Gaza.
Fokus bina struktur masyarakat yang kukuh
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, fokus kerajaan tidak hanya sekadar menjadikan negara berstatus maju semata-mata, tetapi turut meletakkan keutamaan kepada pembinaan struktur masyarakat dan negara yang kukuh.
Jurusolek lelaki direman cabul pelakon sambilan
Seorang pemilik salun dandanan rambut yang juga jurusolek lelaki direman tujuh hari selepas disyaki mencabul kehormatan seorang pelanggannya.
Mangsa dalam keadaa stabil, masih terima rawatan
Lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul dalam kejadian di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Kemaman Jumaat lalu berada dalam keadaan stabil dan menunjukkan perkembangan positif.
Lelaki didenda RM250, ceroboh landasan LRT
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Stesen LRT Chan Sow Lin.
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Kenaikan gaji akan pacu sektor peruncitan, pelancongan
Kenaikan gaji kakitangan awam akan meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak 6.0 kepada 6.5 peratus tahun ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Bom UXO tinggalan Perang Dunia Kedua di Semporna dimusnahkan
Bom itu berjaya dimusnahkan oleh pasukan penyelam ranjau Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada 3.10 petang Sabtu.
645 perajurit muda TLDM tamat Kursus Asas Tentera Laut
Sebanyak 645 perajurit muda TLDM berjaya menamatkan Kursus Asas Tentera Laut (KATL) di Pusat Latihan Perajurit Muda TLDM, Kapal Diraja (KD) Sultan Ismail, Tanjung Pengelih, di sini hari ini.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
KD Tun Razak dalam keadaan baik, mampu beroperasi pada kedalaman maksimum
Kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Tun Razak dalam keadaan terbaik dan berupaya beroperasi dengan berkesan, kata Menteri Pertahanan.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
Kesilapan pandu arah, kapal usang punca KD Pendekar karam
Ia berdasarkan rekod laluan kapal tersebut yang tersasar dari laluan yang dirancang dan terlanggar Terumbu Punggai.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
KD Pendekar berjaya diapung semula - TLDM
Kapal itu diapung pada 4.38 petang menerusi operasi salvaj yang dapat diselesaikan meskipun berhadapan beberapa cabaran.
Kapal LMS Batch II digeruni kekang pencerobohan asing di Laut China Selatan
Tiga LMS dibina mengikut rekaan korvet kelas Ada oleh Savunma Teknolojieri Muhendiskil ini menepati keperluan TLDM melaksanakan pelbagai tugas.