KUANTAN: Seorang warga emas yang dilarikan bersama kereta jenis Honda City milik anaknya di stesen minyak Semambu pada Isnin lalu, mengakui tidak trauma, namun masih terkejut dengan insiden tersebut.
Pesara guru, Napisah Muhammad, 68, berkata, kejadian berlaku terlalu pantas dan tanpa diduga, apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba memasuki kenderaan dan melarikannya.
Menurutnya, namun bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan selepas dilepaskan lelaki terbabit pada jarak kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.
"Kejadian ini menjadi ia satu pengalaman kepada saya dan dapat mengajar (memberi pengajaran) kepada orang lain supaya (lebih) beringat.
"Kalau boleh tutuplah (kunci) pintu atau matikan enjin supaya tidak menjadi kes seperti ini," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Menceritakan semula kejadian tersebut, Napisah yang menetap di Sentul, Kuala Lumpur memberitahu, dia berada di tempat duduk penumpang hadapan selepas menghantar cucunya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuantan di sini dan mahu pulang ke Kuala Lumpur.
Katanya, namun sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, anak perempuan Norhalina Mohamed, 38, dan suaminya Mohamed Halim,77, telah keluar daripada kenderaan.
Jelasnya, bagaimanapun lelaki terbabit terus masuk dan meminta dirinya diam sebelum melarikan kenderaan itu.
“Lelaki itu masuk secara tiba-tiba dan duduk di sebelah makcik (tempat duduk pemandu). Ketika itu makcik cuba lari tapi dia (suspek) pegang makcik.
“Dia pegang bahu makcik sambil jerit 'kau diam'. Makcik cuba keluar dan jatuhkan bag, tetapi ketika itu dia telah pecut kereta. Makcik nampak anak kejar kereta,” luahnya lagi.
Ibu kepada tiga anak itu, memaklumkan lelaki berkenaan memegang bahunya supaya tidak terjun daripada kereta tersebut.
Bimbang dibawa lebih jauh, Napisah akui terus meronta untuk keluar daripada kereta dalam keadaan pintu kereta terbuka sebelum suspek bertindak memperlahankan kereta di kawasan kedai tidak jauh dari stesen minyak terbabit.
“Sampai dekat jalan besar, dia (lelaki itu) masuk simpang kiri dan terus masuk ke kawasan premis kedai sebelah kiri.
"Selepas itu, lelaki itu cakap kau nak keluar, kau berambus dan perlahankan kereta sebelum menolak makcik keluar dari kereta," ceritanya yang tidak mengalami kecederaan disebabkan kejadian itu.
Dalam pada itu, Napisah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana membantu menyelesaikan kes tersebut.
"Difahamkan lelaki terbabit (suspek) telah ditangkap, Alhamdulillah, kereta pun mungkin boleh dapat dalam masa terdekat. Ini semua doa semua orang," katanya.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.10 petang Selasa, warga emas itu bersama anaknya dan menantunya menaiki kereta singgah di stesen minyak.
Sebaik anak perempuan keluar dari kereta, suspek masuk dan melarikan kenderaan itu ketika warga emas itu berada di tempat duduk penumpang hadapan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, anggaran kerugian yang dialami pemilik kereta iaitu seorang akauntan berusia 38 tahun adalah sekitar RM94,000.
Kejadian tersebut turut mendapat perhatian awam apabila tular satu video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 55 saat memaparkan kejadian tersebut di kongsi menerusi Aplikasi Whatsapp. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 05 2024

Napisah berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan tanpa diduga, apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba memasuki kenderaan dan melarikannya. -Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.

Penghantar produk kesihatan warga Thailand ditahan di Rantau Panjang
Seorang wanita warga Thailand yang bertindak sebagai penghantar ditahan kerana disyaki menyeludup pelbagai jenis produk kesihatan yang dianggarkan bernilai RM7,360 dalam Operasi Taring Wawasan.

Wanita dan kanak-kanak maut dalam nahas kereta, MPV di Kuala Kangsar
Dua maut selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV jenis Toyota Velfire di Jalan Kuala Kangsar-Manong.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.

Suspek larikan kereta di stesen minyak ditahan di Bentong
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu dalam satu pesanan secara ringkas pada Rabu.

Pencuri kereta pegang bahu sambil jerit 'kau diam' - Pesara guru
Napisah berkata kejadian berlaku terlalu pantas dan tanpa diduga, apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba memasuki kenderaan dan melarikannya.

Kereta terbabas, terbalik selepas 'aksi' pandu melulu, himpit
Pemandu dan penumpang sebuah kereta cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik selepas dihimpit sebuah Honda City dekat Kilometer 49.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di sini pada Ahad.

Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat pecah rumah di Taiping
Polis menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam jenayah pecah rumah di sebuah kediaman di Taman Bukit Mas, Taiping.

Lelaki maut, motosikal ditunggang terbabas, terbakar dalam kemalangan
Mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Jualan kereta Honda melonjak 51 peratus kepada 80,200 unit pada 2022
City, City Hatchback dan HR-V merupakan tiga model utama yang paling laris.