IPOH: Pasukan penyelamat menemui sebahagian lagi cebisan tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki Gunung Suku, Simpang Pulai di sini, petang Selasa.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhammad Shahrizal Aris berkata cebisan tubuh manusia itu dijumpai pada jam 4.30 petang di lokasi penemuan kedua semalam.
“Petunjuk terkini pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemukan cebisan anggota badan mangsa di lokasi penemuan kedua semalam.
“Namun, bahagian anggota mana, kami masih belum mengenal pasti kerana hanya cebisan anggota sahaja yang dijumpai," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
BACA: Pasukan penyelamat temukan cebisan kain
BACA: Operasi SAR cari petunjuk baru, hurungan lalat, bau
Pada masa sama katanya operasi SAR dihentikan sementara pada hari ini ekoran faktor cuaca dan keadaan semakin gelap.
Menurutnya, operasi SAR dua pendaki wanita itu akan disambung semula pada jam 8 pagi esok.
Sementara itu, Timbalan Komander Operasi, JBPM Negeri, Umrani Che Mat pula memberitahu, suami mangsa telah mengesahkan beberapa cebisan pakaian yang ditemui oleh pasukan penyelamat hari ini adalah milik mereka.
“Cebisan pakaian iaitu baju yang ditemukan pasukan penyelamat tengah hari tadi sudah disahkan suami kepada dua mangsa itu petang ini," katanya.
Semalam, media melaporkan pasukan penyelamat menemukan separuh tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita di sekitar lokasi kejadian
Dilaporkan, jurucakap JBPM Perak berkata, bahagian atas tubuh manusia itu ditemui jam 10.20 pagi.
Media sebelum ini melaporkan dua wanita dilaporkan hilang ketika mendaki bersama 27 pendaki lain di kawasan Gunung Suku pada Ahad, dikhuatiri dihanyutkan kepala air.
Mangsa yang hilang dikenali sebagai See Su Yen, 32, dan Ng Yee Chew, 46, masing-masing dari Cheras dan Klang.
Amirrul Rabbani
Tue May 17 2022

Operasi SAR dihentikan sementara pada hari ini ekoran faktor cuaca dan keadaan semakin gelap. - Gambar/ JBPM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mayat seorang pendaki Gunung Suku diserah pada waris - Ketua Polis Perak
Mayat salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, Simpang Pulai, telah diserahkan kepada warisnya.

Identiti dua mayat pendaki Gunung Suku sudah dikenal pasti - Ketua Polis Perak
Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa.

Pendaki Gunung Suku hilang: Anggota tubuh badan, mayat dihantar ke Jabatan Forensik HRPB
Kesemua anggota tubuh badan dan mayat pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air semasa mendaki Gunung Suku, pada Ahad lalu, dihantar ke Jabatan Forensik HRPB.

Pendaki Gunung Suku hilang: Mayat kedua ditemui, operasi SAR tamat
Mangsa kedua ditemui di bawah timbunan lokasi sektor C, iaitu di kawasan terowong berdekatan jalan besar.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Pasukan penyelamat temukan cebisan kain
Bagaimanapun pasukan SAR berkenaan masih belum dapat mengesahkan sama ada cebisan pakaian itu adalah milik mangsa atau sebaliknya.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR cari petunjuk baru, hurungan lalat, bau
Operasi lebih meneliti kepada kawasan pencarian yang melibatkan laluan sejauh 1km di kawasan kejadian.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Operasi SAR ditangguh ekoran hujan lebat
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai, pada Ahad, ditangguhkan sementara berikutan hujan lebat.

Fenomena kepala air: Penyelamat jumpa separuh badan mangsa
Separuh tubuh manusia itu dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki pada Ahad.

Fenomena kepala air: Tiada lesen pembalakan dikeluarkan sekitar Gunung Suku
Jabatan Perhutanan Negeri Perak akan menutup sementara kebenaran mendaki Gunung Suku.

Pendaki Gunung Suku hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa
Anggota badan itu dijumpai dalam jarak 300 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum hilang.