PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara memohon hukuman penjara lebih lama daripada sebulan dikenakan oleh Mahkamah Tinggi terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam, atas kesalahan menghina mahkamah.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Dusuki Mokhtar, memberitahu Mahkamah Rayuan hari ini bahawa hukuman penjara sebulan itu adalah tidak memadai bagi melindungi integriti sistem kehakiman.
Justeru, pihak pendakwaan memohon hukuman penjara minimum tiga bulan bagi menunjukkan keseriusan kesalahan itu, katanya ketika berhujah di hadapan panel tiga hakim diketuai hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Nordin Hassan.
"Pertama sekali, ini adalah kes kepentingan awam. Campur tangan terhadap pentadbiran keadilan adalah serius. Kami dengan rendah hati berhujah bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi adalah tidak mencukupi.
"Mereka yang berkelakuan seperti ini diharapkan dihukum dan menerima hukuman yang direka untuk menghalang orang lain daripada melakukan perbuatan sama," katanya dalam rayuan balas pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.
Pada 15 Julai lalu, Lokman dijatuhkan hukuman penjara sebulan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Collin Lawrence Sequerah, selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lokman didakwa mengugut dengan bertindak membuat laporan polis terhadap bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, menjurus kepada intimidasi dan ancaman serta menghina mahkamah.
Dusuki berkata dalam laporan polis itu, pesalah menghina mahkamah (Lokman) membuat dakwaan lanjut bahawa Amhari Efendi yang mengelirukan tertuduh (Najib) dan bersekongkol dengan ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low untuk memangsakan Najib.
"Lokman selanjutnya memetik beberapa bukti yang dikemukakan di mahkamah dan memanipulasinya dalam laporan polis untuk menggambarkan bahawa tertuduh (Najib) menjadi mangsa Amhari Efendi. Perbuatan ini merupakan intimidasi terhadap saksi tersebut dan juga saksi pendakwaaan lain," katanya.
Sementara itu, peguam bela Lokman, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, berhujah bahawa anak guamnya hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai orang awam apabila membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi.
"Laporan polis yang dibuat oleh anak guam saya terhadap saksi tidak boleh dianggap sebagai tindakan menghina mahkamah. Anak guam saya membuat laporan itu selepas saksi (Amhari Efendi) mengaku menerima wang daripada ahli perniagaan buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
"Bagaimana ini boleh menjadi ugutan?" kata peguam itu dalam rayuan Lokman terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan kemudian menetapkan 3 Okt ini untuk pengurusan kes.
Pada 22 Okt 2019, Mahkamah Tinggi memberikan kebenaran kepada Tan Sri Tommy Thomas. yang merupakan Peguam Negara ketika itu, untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 Sept 2019.
Pada 14 Jan 2020, Hakim Sequerah menolak permohonan responden (Lokman) untuk mengetepikan kebenaran yang diperoleh Thomas dan kegagalan beliau dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Thomas memulakan prosiding komital terhadap Lokman dan memohon perintah supaya Lokman dipenjara atau didenda atas tindakannya menghina mahkamah.
Menurut Thomas pada 25 Sept 2019, Lokman dalam satu temu bual mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau ugutan terhadap Amhari Efendi kerana memberi keterangan pada perbicaraan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi.
Thomas berkata pada hari sama, Lokman membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi, yang juga saksi pendakwaan kelapan, berhubung keterangan saksi itu pada perbicaraan berkenaan.
Katanya, matlamat atau tujuan tindakan responden ialah untuk mengganggu dan menakut-nakutkan Amhari Efendi, saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi untuk tampil memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kes 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022

Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa hukuman penjara sebulan ke atas Lokman itu adalah tidak memadai bagi melindungi integriti sistem kehakiman. - Gambar fail
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.

Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan
Himpunan Rakyat Benci Rasuah yang diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.

Isu buku Hannah Yeoh: Kertas siasatan dirujuk kepada AGC
Polis telah merujuk kertas siasatan berhubung isu buku 'Becoming Hannah: A Personal Journey' membabitkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kepada Pejabat Peguam Negara.

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Titah Adendum: 'Tidak wajar ada perintah larangan bersuara' - Azalina
Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata isu itu akan dibincangkan semula di Parlimen ketika bersidang pada bulan depan.

Semua pihak dinasihati hormati prosiding mahkamah kes semakan Najib - AGC
Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menasihati semua pihak supaya menghormati prosiding mahkamah berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi.

AGC kaji bangunkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah, Sarawak
Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang mengkaji keperluan untuk menubuhkan Unit Bahagian Rayuan dan Perbicaraan bagi Sabah dan Sarawak tahun ini.

Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.