KUALA LUMPUR: Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom Jonathan Laidlaw tidak menunjukkan sebarang kelayakan atau pengalaman istimewa berkenaan undang-undang negara ini selain tidak berkelayakan dalam Bahasa Malaysia.
Perkara itu dinyatakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul menerusi afidavitnya yang difailkan hari ini bagi membantah permohonan Laidlaw untuk mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan akhirnya berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta membabitkan SRC International Sdn Bhd.
Mohd Ashrof mendakwa pemohon (Laidlaw) juga tidak memiliki pengetahuan lebih berbanding peguam tempatan untuk menghujahkan rayuan itu di Mahkamah Persekutuan.
"Dakwaan bahawa tiada peguam tempatan dengan kelayakan istimewa atau pengalaman adalah penuh ironi apabila dibandingkan dengan pemohon untuk membela pertuduhan pecah amanah (CBT), pengubahan wang haram dan salah guna kedudukan yang dihadapi Datuk Seri Najib, apabila pemohon sendiri tiada pengalaman untuk berhujah bagi pertuduhan itu di mahkamah Malaysia.
"Adalah sukar untuk difahami bagaimana pemohon sebagai seorang yang asing kepada undang-undang tempatan boleh dikatakan lebih lengkap dan layak daripada peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang sering hadir di hadapan semua peringkat mahkamah Malaysia untuk menghujahkan kes-kes sama seperti pertuduhan," ujar Mohd Ashrof.
Dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan, Najib memohon untuk membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas satu pertuduhan salah guna kedudukan, tiga pertuduhan pecah amanah dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan dana SRC International.
Dakwa Mohd Ashrof, Laidlaw juga tidak mempunyai kelayakan Bahasa Malaysia yang diperlukan di bawah subseksyen 11(2) Akta Profesion Undang-Undang (Akta 166) untuk berjaya dalam permohonan ad hoc di bawah Seksyen 18 akta sama.
"Pemohon bukan seorang berkelayakan untuk diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara ad hoc di bawah Akta 166.
"Saya menyatakan sekiranya mahkamah mengabaikan kedudukan politik perayu (Najib) dalam rayuan ini, kes itu akan menjadi seperti mana-mana rayuan jenayah lain yang tidak layak diberi sebarang pertimbangan istimewa untuk menerima masuk peguam asing untuk menghujahkan rayuan yang bakal didengar di Mahkamah Persekutuan," katanya.
Menurut Mohd Ashrof adalah sukar untuk diterima bahawa daripada 21,625 peguam bela dan peguam cara di Malaysia, tidak ada seorang pun yang memiliki kelayakan istimewa atau pengalaman untuk mengendalikan rayuan itu, kecuali pemohon.
"Fakta bahawa Tan Sri Muhammad Shafee telah mengendalikan perbicaraan Datuk Seri Najib di Mahkamah Rayuan adalah satu kenyataan yang jelas bahawa peguam kanan itu memiliki kelayakan istimewa dan pengalaman untuk mengendalikan rayuan berkaitan pertuduhan-pertuduhan berkenaan di Mahkamah Persekutuan.
"Pertuduhan di Mahkamah Persekutuan juga bukan pertuduhan baharu tetapi pertuduhan sama yang dikendalikan Tan Sri Muhammad Shafee di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Oleh itu, permohonan ini adalah tanpa merit dan hendaklah ditolak secara terus," katanya.
Pada 29 April lepas, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
Mahkamah Persekutuan merupakan rayuan terakhir Najib terhadap sabitan dan hukumannya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022

Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib kerana menyeleweng RM42 juta dana SRC. - Gambar fail
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.