PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atas pertuduhan menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan pada 2016.
Mengikut sumber Jabatan Peguam Negara, notis rayuan itu difailkan kira-kira 12.30 tengah hari tadi.
Pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
BACA: Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah
Hakim Datuk Suraya Othman, yang membacakan keputusan majoriti 2-1 itu berkata mahkamah mendapati cek RM2 juta yang diterima Tengku Adnan daripada ahli perniagaan Tan Sri Chai Kin Kong adalah sumbangan politik kepada UMNO.
Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin bersetuju dengan Hakim Suraya manakala Hakim Datuk Abu Bakar Jais, menolak rayuan Tengku Adnan.
Hakim Abu Bakar ketika menolak rayuan itu berkata beliau bersetuju dengan keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Tengku Adnan telah menerima cek itu untuk dirinya sendiri dan ia bukan sumbangan politik untuk UMNO.
Pada 21 Dis tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta terhadap Ahli Parlimen Putrajaya itu selepas mendapati beliau bersalah atas pertuduhan tersebut di akhir kes pembelaan.
Tengku Adnan, 70, didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu menteri Wilayah Persekutuan, menerima RM2 juta daripada Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB) Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek didepositkan ke dalam akaun bank milik syarikat Tadmansori Holdings Sdn Bhd yang beliau mempunyai kepentingan dan diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan tugas rasminya.
Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Pada 16 Julai lepas, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

PRU15: Ku Nan 'dibaham' Radzi di Putrajaya
Radzi Jidin berjaya memungut 16,002 undi sekali gus memperolehi majoriti 2,310 undi mengalahkan Ku Nan yang mendapat 13,692 undi.

Pendakwaan fail rayuan terhadap pembebasan Tengku Adnan ke Mahkamah Persekutuan
Pendakwaan merayu terhadap keputusan berkenaan untuk dibawa ke Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Rayuan lepas dan bebas Tengku Adnan daripada tuduhan rasuah
Pada 21 Disember tahun lalu, Tengku Adnan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta selepas Mahkamah Tinggi mendapati beliau bersalah.

Rasuah RM1 juta: Mahkamah dengar rayuan Ku Nan esok
HMahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan serta denda RM2 juta terhadap Ku Nan selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan rasuah.

RM2 juta "masuk poket" Ku Nan sendiri - Mahkamah
Hakim Mohamed Zaini berkata dakwaan Tengku Adnan mendahulukan lebih RM2 juta untuk PRK adalah suatu yang difikirkan kemudian.

10,000 hadir meriahkan majlis perkahwinan "pandu lalu" anak Tengku Adnan
Majlis perkahwinan yang bertemakan adat Jawa itu diadakan di atas pentas khas yang didirikan di hadapan bangunan Istana Kehakiman bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

Ku Nan setuju bayar cukai lebih RM40 juta kepada LHDN
LHDN, dalam tuntutannya sebelum ini menuntut Ahli Parlimen Putrajaya itu membayar amaun cukai pendapatan bersama kenaikan 10 peratus yang masih terhutang yang kesemuanya berjumlah RM57,167,069.35.

'Rekod belanja RM1.013 juta ketika PRK Sungai Besar dilupuskan'
Mahkamah Tinggi diberitahu, tarikh dan rekod perbelanjaan dilupuskan selepas sebulan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor berlangsung.

5 topik untuk sembang hari ini
Sebelum memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.

Nazri juga punca BN kalah pada PRU14 - Tengku Putra
Nazri Abdul Aziz disaran mengambil tanggungjawab di atas kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas kerana menjadi punca kemarahan berjuta umat Islam negara ini.