KUALA LUMPUR:Pihak pendakwaan dalam kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Datuk Seri Najib Tun Razak telah memohon mahkamah mengeluarkan amaran tegas terhadap bekas Perdana Menteri itu kerana menyerang bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, yang merupakan saksi di Facebooknya.
Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram membangkitkan perkara itu di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah berikutan komen dalam talian yang dimuat naik Najib pada 29 Disember lepas, mengenai Zeti, yang didakwa menerima wang 1MDB.
Najib dalam hantaran di Facebooknya telah menggesa Zeti, yang disenaraikan sebagai seorang daripada saksi pendakwaan, untuk membalas catatan blog yang mendakwa keluarganya telah menerima sejumlah wang daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, yang termasuk dana 1MDB.
“Saya tidak mahu mengemukakan permohonan untuk menarik balik ikat jaminnya atau memulakan prosiding menghina, tetapi saya amat bersyukur sekiranya mahkamah mengeluarkan amaran tegas terhadap tertuduh agar tidak melakukannya lagi.
“Perbicaraan harus berlangsung di mahkamah undang-undang, bukan domain awam dan tentunya bukan di media sosial. Kami mahu jaminan bahawa saksi kami tidak akan diserang,” kata Sri Ram.
Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam jawapan balasnya berkata, Najib dihalang daripada berkongsi pendapatnya mengenai isu itu, ia adalah umpama “peninju yang dihantar ke gelanggang dengan kedua-dua tangan terikat, boleh menerima pukulan tetapi tidak dapat membalasnya kembali”.
Muhammad Shafee menegaskan, beliau sebelum ini telah memohon perintah larangan bagi Ahli Parlimen Pekan itu untuk menghentikan media dan pihak awam membincangkan merit kes SRC International Sdn Bhd, tetapi permohonan itu telah ditolak.
“Semua orang boleh mengatakan segala-galanya mengenai anak guam saya. Mereka menggelar beliau penyangak, perompak dan tiada siapa yang mengambil tindakan. Peguam Negara terdahulu atau Peguam Negara sekarang, mereka tidak melakukan apa-apa,” katanya.
Muhammad Shafee kemudian bertanya kepada hakim jika perkara itu boleh ditangguhkan kerana beliau mahu membentangkan lebih lanjut pada Khamis ini, yang dipersetujui oleh hakim.
Terdahulu, peguam itu memohon mahkamah agar Najib diberi kelapangan daripada menghadiri perbicaraan esok kerana beliau mahu menjalankan tanggungjawabnya untuk melawat kawasan Pekan, yang terjejas teruk dilanda banjir. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 05 2021

Najib Razak telah menggesa Zeti untuk membalas catatan blog yang mendakwa keluarganya telah menerima sejumlah wang daripada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low. - Gambar BERNAMA

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.