KUALA LUMPUR:Majlis Peguam Malaysia berpendapat apa yang diperkatakan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya, 'My Story: Justice in the Wilderness' mengenai ketidakmampuan sikap, komitmen dan dedikasi pegawai Jabatan Peguam Negara (AGC), adalah tidak tepat.
Presidennya Salim Bashir dalam kenyataan hari ini berkata, perkara yang dinyatakan Thomas dalam buku itu adalah pendapat beliau sendiri dan tidak mewakili pandangan Majlis Peguam.
Menurutnya Majlis Peguam mempunyai hubungan profesional yang baik dengan pelbagai peringkat serta bahagian di AGC, dan sikap profesionalisme yang ditunjukkan oleh pegawai di jabatan berkenaan adalah sangat baik dan cekap.
Justeru katanya Majlis Peguam berpendapat adalah tidak tepat untuk melabelkan keseluruhan jentera AGC sebagai tidak kompeten dan tidak bersemangat maju serta tidak berdaya saing berbanding peguam swasta.
"Tahap kompetensi yang ditunjukkan oleh pegawai-pegawai Jabatan Peguam Negara, khususnya Timbalan Pendakwa Raya dan Peguam Persekutuan dalam mengemudi sesuatu kes sangatlah membanggakan dan memperlihatkan tahap kebolehan yang baik dan cemerlang setaraf peguam-peguam swasta," katanya.
BACA: Buku Tommy Thomas satu nukilan 'balas dendam' - Syed Ali
BACA: Memoir Tommy Thomas tersenarai antara 'best seller' Amazon
Salim berkata Thomas sebagai bekas Peguam Negara, jika ingin mengkritik, ia perlu dilakukan secara peribadi ketika beliau dalam perkhidmatan selain mengambil langkah membaiki kepincangan ketika itu dan setidak-tidaknya mengkritik dalam konteks yang membina setelah bersara.
Beliau berkata walaupun diakui ada beberapa kelemahan dalam kalangan kakitangan dan pegawai tetapi perkara itu adalah lumrah dalam setiap struktur organisasi, sama ada dalam kalangan pegawai undang-undang dalam perkhidmatan kerajaan mahupun peguam swasta.
"Kita tidak boleh membuat rumusan umum yang mencerminkan dan mengaitkan sikap setiap pegawai dan peguam dalam organisasi itu. Kami (Badan Peguam Malaysia) percaya ramai pegawai Jabatan Peguam Negara mampu dan bersedia menerima teguran dan kritikan yang dibuat dalam cara yang berhemah dan bertujuan membaiki diri supaya lebih maju," katanya.
Salim berkata ramai hakim yang kini berada di puncak strata kehakiman di Mahkamah Persekutuan yang pernah memulakan karier di AGC.
"Hakim-hakim ini juga mampu menulis penghakiman yang bernas dan mempunyai pengetahuan undang-undang yang jitu setara yang dimiliki oleh hakim-hakim lain yang mempunyai pelbagai pengalaman terdahulu, termasuk peguam," katanya.
Thomas, 69, dilantik sebagai Peguam Negara pada 4 Jun 2018 semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali, namun pada 28 Feb 2020 beliau mengambil keputusan untuk meletak jawatan biarpun tempoh jawatannya akan berakhir pada Jun 2020.
Setakat 7 Feb (Ahad), polis telah menerima 134 laporan di seluruh negara, selain membuka tiga kertas siasatan berkaitan kandungan buku Thomas yang antaranya didakwa memfitnah dan menghina pelbagai pihak.
Antara yang membuat laporan polis selepas Thomas melancarkan bukunya ialah Mohamed Apandi dan bekas Peguam Cara Negara III Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 09 2021

Majlis Peguam Malaysia berpendapat apa yang diperkatakan Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya mengenai ketidakmampuan sikap, komitmen dan dedikasi pegawai AGC, adalah tidak tepat.
Tujuh lelaki ditahan berkaitan dadah di bazar Ramadan
Polis menahan tujuh lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam aktiviti penyalahgunaan dadah menerusi dua serbuan berasingan di bazar Ramadan Bayan Baru di George Town, pada Selasa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Lebih 26,000 syarikat guna sistem e-Invois, 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat ini - Lim
Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas.

Spotify catat rekod pembayaran tahunan terbesar cecah US$10 bilion
Spotify telah mencatatkan rekod pembayaran tahunan tertinggi kepada industri muzik daripada mana-mana peruncit tunggal dengan pembayaran sebanyak US$10 bilion.
Tumpuan Khamis – 13 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Tujuh lelaki ditahan jadikan gerai bazar Ramadan 'port' hisap dadah
Polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai menjadikan gerai bazar Ramadan sebagai 'port' untuk menghisap dadah dalam dua serbuan di Bayan Baru, semalam.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh kedua mengaku tendang, pijak mangsa
Tertuduh kedua dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, atau Ijat, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menampar muka, memukul bah
10 Berita Pilihan - (12 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tengku Zafrul masih ahli UMNO - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu kepadanya pada minggu lepas.

Pendapat Tommy Thomas tidak tepat - Majlis Peguam
Majlis Peguam Malaysia berpendapat apa yang diperkatakan Tan Sri Tommy Thomas menerusi bukunya mengenai ketidakmampuan sikap, komitmen dan dedikasi pegawai AGC, adalah tidak tepat.

Majlis Peguam gesa penubuhan organisasi bebas luar untuk lindungi hak tahanan
Majlis Peguam Malaysia menggesa agar sebuah organisasi bebas dari luar ditubuhkan bagi menyiasat semua kematian dalam tahanan.

Kerajaan perlu pertimbang wujudkan undang-undang anti lompat parti - Majlis Peguam
Majlis Peguam Malaysia sekali lagi menggesa kerajaan agar mempertimbangkan penggubalan undang-undang anti lompat parti semasa persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

Majlis Peguam mengutuk keras peguam langgar undang-undang
Pihaknya meneliti dengan penuh prihatin kenyataan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa ada peguam yang terlibat dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman.

Kes: AG tarik diri secara sukarela jika perlu
Presiden Majlis Peguam Malaysia George Varughese berkata sekiranya keadaan sedemikian berlaku, Peguamcara Negara akan tampil menjalankan tugas sebagai Peguam Negara.

Majlis Peguam tidak harus berdiam dalam kes hakim bersara wakili Anwar - Tan
Pemuda Parti GERAKAN mendesak Majlis Peguam Malaysia supaya tidak berdiam diri berhubung tindakan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram mewakili Datuk Seri Anwar dalam kes liwat II

Kempen #MansuhAktaHasutan beri tekanan untuk pemansuhan Akta Hasutan
Kempen selama setahun untuk memberi tekanan terhadap pemansuhan Akta Hasutan 1948 akan dijalankan di seluruh negara.

MH370: Majlis Peguam pertimbang ambil tindakan ke atas firma guaman asing
Majlis Peguam Malaysia mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas firma guaman asing.

Majlis Peguam sokong cadangan ahli Dewan Negara dipilih
Majlis Peguam Malaysia memberi pandangan bahawa lebih ramai wakil rakyat perlu dilantik di dalam Dewan Negara.