MUKAH: Sarawak dijangka terus merekodkan peningkatan pendapatan pada tahun ini berikutan kejayaan mencatatkan pertambahan pendapatan dalam tempoh empat tahun termasuk RM12 bilion pada 2022.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendapatan yang direkodkan Sarawak pada tahun lepas adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negeri ini dengan pendapatan tahun sebelumnya meningkat daripada RM10 bilion kepada RM11 bilion.
"Pada 2022 pendapatan Sarawak tidak pernah dalam sejarah ialah RM12 bilion, sebelum itu dah naik daripada RM10 bilion kepada RM11 bilion dan kita doakan pada tahun ini (2023) akan mencatatkan peningkatan juga," katanya semasa merasmikan Pesta Kaul Mukah 2023, sebuah pesta tahunan kaum Melanau, di sini hari ini.
Abang Johari berkata berdasarkan pencapaian itu dan pendekatan baharu yang dibuat kerajaan Sarawak pada masa kini, beliau yakin pendapatan Sarawak akan terus merekodkan peningkatan pada 2023.
Beliau berkata dengan adanya peningkatan pendapatan berkenaan, banyak pembangunan boleh dilaksanakan di seluruh Sarawak termasuk di Mukah.
Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan melaksanakan 60 projek pembangunan di kawasan Mukah iaitu antara kawasan terletak di bawah tadbir urus Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) yang menelan kos RM1 bilion bagi memesatkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan.
Menurutnya, RADDA ialah sebuah agensi khas ditubuhkan kerajaan Sarawak yang memberi fokus kepada pembangunan di kawasan Delta Rajang termasuk Mukah.
Beliau turut mengumumkan projek pembinaan tebingan sungai Mukah yang baharu dianggarkan menelan kos RM60 juta dan kini sedang dalam peringkat reka bentuk kejuruteraan.
Menyentuh mengenai Pesta Kaul Mukah, beliau berkata pesta itu tidak asing lagi bagi beliau kerana sudah begitu lama bersama-sama menjayakan pesta itu semasa menjawat portfolio Menteri Pelancongan Negeri suatu ketika dahulu sehingga dibina tapak tetap pesta sepertimana yang ada pada hari ini.
Beliau berkata, berikutan tarikan begitu baik terhadap Pesta Kaul Mukah, kerajaan Persekutuan telah membina lapangan baharu serta kemudahan infrastruktur lain untuk membawa ramai pelawat ke kawasan pesisiran pantai di bahagian tengah Sarawak itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 29 2023

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pendapatan yang direkodkan Sarawak pada tahun lepas adalah yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negeri ini. - Gambar fail/BERNAMA

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Sarawak rekod pendapatan cecah RM13.1 bilion pada 2023 - Abang Jo
Sarawak telah merekodkan pendapatan mencecah RM13.1 bilion pada 2023, angka tertinggi yang pernah dicapai oleh negeri itu.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat pada 2023, kata Abang Johari
Sarawak dijangka terus merekodkan peningkatan pendapatan pada tahun ini berikutan kejayaan mencatatkan pertambahan pendapatan dalam tempoh empat tahun termasuk RM12 bilion pada 2022.

Sarawak harus perkukuh industri hidrogen
Sarawak harus memperkukuhkah kedudukannya dalam sektor hidrogen memandangkan potensi industri itu dalam jangka masa panjang.