JOHOR BAHRU: Ketua Polis Negara , Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak akan membenarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dipergunakan oleh mana-mana pihak.
Ia termasuk kelompok kecil yang terdiri daripada kalangan pegawai muda dalam pasukan itu yang dilihat cuba menjatuhkannya.
Malah pendedahannya terhadap cubaan ‘Geng kartel dalam PDRM’ itu dibuat supaya ianya tidak menjadi barah dalam pasukan.
“Saya hebahkan perkara ini kerana ia berpotensi menjadi kanser. Saya tidak boleh berdiam diri. Niat saya mahu berhentikan perkara ini supaya semua anak buah saya tahu bahawa budaya pasukan kecil ini, wujudkan kluster atau koloni dengan cita-cita satu hari nanti menguasai badan tertinggi PDRM ini dan masa itu mereka berbuat sesuatu, apa sahaja mengikut kehendak mereka. Ia adalah suatu yang jijik dan bahaya.
“Belum sampai kena buat laporan polis, saya kena dedahkan, saya ada bukti. Kalau kita perap nanti (mereka) jadi lebih berani. Saya mahu menyedarkan mereka jangan buat macam ini, kita bekerja sebagai satu pasukan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan rasmi pertama kali ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Johor di sini, hari ini.
Tegas Abdul Hamid, sebagai Ketua Polis Negara, beliau tidak mempunyai koloni atau orang-orang tertentu dalam pentadbirannya.
Katanya lagi, perbuatan koloni dalam satu pasukan akan membawa kehancuran dan boleh berpecah belah.
BACA: Ada gerakan dalam PDRM mahu jatuhkan saya - KPN Hamid Bador
Mengulas lanjut, Abdul Hamid berkata pihaknya juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak mahupun luar atau dalam untuk memasukkan PDRM dalam acuan mengikut kehendak mereka.
Sebelum ini beliau mendedahkan terdapat gerakan dalaman yang terdiri dari kumpulan pegawai muda (kartel) dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bercita-cita untuk menjatuhkannya.
Menurut Abdul Hamid, beliau terpaksa mendedahkan kewujudan kartel dalam PDRM itu yang dilihat mahu mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.
Astro Awani
Thu Mar 18 2021

Abdul Hamid berkata pihaknya juga tidak akan membenarkan mana-mana pihak mahupun luar atau dalam untuk memasukkan PDRM dalam acuan mengikut kehendak mereka. - Gambar fail
Angka korban di Gaza melebihi 48,300, lebih banyak mayat ditemukan
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 22 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat serangan genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 48,319 orang.
Situasi di Gaza: Kehancuran Gaza dasyat, bantuan perlu ditingkat segera
Pengarah Jeneral Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM), Amy Pope bersama Penyelarasan Kemanusiaan bagi Wilayah Palestin yang Diduduki (OPT), Muhannad Hadi, telah melawat selatan Gaza, pada Khamis.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

KPN dapat kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Papagomo
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain memperoleh kebenaran memulakan prosiding komital terhadap blogger Papagomo.

Insiden tembakan: Polis tingkat keselamatan di pusat beli belah, lokasi tumpuan
Polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor di sini, malam tadi.

Dua suspek tembak polis Thailand mungkin tidak berada di Malaysia - KPN
Polis berkata dua suspek yang dipercayai menembak mati seorang pegawai kanan polis Thailand dan anaknya, berkemungkinan tidak berada di negara ini.

Isu jenaka "ham": Polis sambung reman lelaki disyaki ugut pelawak, keluarga
Tempoh reman seorang lelaki yang ditahan selepas disyaki mengugut pelawak popular dan keluarganya, disambung tiga hari hingga Jumaat ini.

Suspek ugut Harith Iskander, keluarga ditahan polis - KPN
Suspek berusia 31 tahun itu direman sehingga 28 Januari ini untuk membantu siasatan.

Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.

Jabatan Peguam Negara kembalikan semula kertas siasatan PDRM babitkan Khairy - KPN
Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan semula kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, bagi mendapatkan beberapa maklumat tambahan.

Ketua Polis Negara bantu mangsa kemalangan motosikal
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain menghulurkan bantuan kepada seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban, pagi tadi.

Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.

Lima individu ditahan termasuk CEO stesen TV, polis beku aset lebih RM17 juta
Polis mengesahkan telah menahan lima individu kerana disyaki menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram.