KUCHING: Perbezaan bidang kuasa Persekutuan dan negeri tidak seharusnya menjadi isu dalam pelaksanaan pembangunan pendidikan di Sarawak kerana usaha itu boleh dilakukan menerusi kerjasama kedua-dua pihak.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kedua-dua kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai hasrat yang sama untuk melahirkan lebih ramai bakat bagi meneruskan usaha pembangunan negara.
"Guru pula berkehendakkan anak didiknya pandai. Saya pasti anda semua mahukan anak murid anda berjaya dan menyumbang sesuatu kepada negara," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Pendidikan Sarawak 2024 di sini, hari ini.
Abang Johari berkata kerjasama beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha membangunkan sektor pendidikan di Sarawak bukanlah perkara baharu kerana sebelum ini mereka pernah menjadi menteri yang bertanggungjawab untuk sektor itu dalam era 90-an.
"Saya sudah bincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya kata kenapa kita tidak bekerjasama mengenai pendidikan, seperti ketika anda (Anwar) Menteri Pendidikan (sebelum ini) dan saya menjaga pendidikan di negeri," katanya dan menambah hasrat itu sudah disuarakan kepada Anwar sewaktu lawatan Perdana Menteri ke Kota Samarahan baru-baru ini.
Beliau berkata kerajaan Sarawak telah menyatakan kesediaan untuk melaksanakan pembangunan pendidikan seperti pembaikan sekolah dan infrastruktur daif yang menjadi tanggungjawab Persekutuan menggunakan dana kerajaan negeri terlebih dahulu, sebelum dibayar balik oleh kerajaan Pusat.
Dalam pada itu, Abang Johari turut menyatakan penghargaannya kepada kerajaan Persekutuan yang bersetuju untuk menurunkan kuasa pelaksanaan keputusan berkaitan pembangunan pendidikan di Sarawak kepada Pengarah Pendidikan Negeri.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Persekutuan yang telah memberi kuasa kepada Pengarah Pendidikan Sarawak dalam menguruskan pendidikan di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 22 2024

Abang Johari berkata kedua-dua kerajaan Persekutuan dan negeri mempunyai hasrat yang sama untuk melahirkan lebih ramai bakat bagi meneruskan usaha pembangunan negara.- Gambar fail/Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Pendidikan: Jangan jadikan perbezaan bidang kuasa isu - Abang Johari
Perbezaan bidang kuasa Persekutuan dan negeri tidak seharusnya menjadi isu dalam pelaksanaan pembangunan pendidikan di Sarawak.