SIMANGGANG: Pendidikan percuma peringkat universiti dan pusat pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak untuk anak jati negeri itu dijangka dapat dilaksanakan pada 2026, kata Premiernya Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata unjuran pendapatan tahunan Sarawak yang terus menunjukkan peningkatan sejak 2020 telah memberikan keyakinan kepada beliau untuk menetapkan jangkaan itu dimulakan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) oleh kerajaan negeri.
"Saya boleh katakan 2026 (untuk menyediakan pendidikan universiti percuma) sebab saya telah congak-congak kekuatan ekonomi kita akan lebih kuat pada 2026.
"Kalau 2022 pendapatan negeri dah bertambah hingga (RM)12 bilion, pengiraan (saya) tahun ini kemungkinan kita memecahkan rekod (pendapatan) 2022," katanya.
Berucap pada majlis penutupan Pesta Benak Edisi ke-20 di sini hari ini, beliau berkata hasrat menyediakan pendidikan peringkat tinggi percuma ini adalah untuk memastikan lebih ramai lagi anak Sarawak berkelayakan dan berkemampuan menggunakan teknologi baharu untuk memacu pembangunan negeri ini.
"Kita sudah ada sovereign fund (dana berdaulat) untuk masa depan kita dan bakinya akan kita tumpukan kepada pendidikan anak kita dan juga memantapkan ekonomi kita dan juga kita membangunkan lagi infrastruktur kita," katanya.
Sementara itu, Abang Johari berkata satu kawasan antara bahagian Samarahan dan Sri Aman telah dikenal pasti untuk pelaksanaan penanaman padi berskala besar menggunakan teknologi terkini.
Beliau berkata langkah itu juga merupakan pendekatan jangka panjang bagi memastikan Sarawak tidak menghadapi masalah kekurangan bekalan beras tempatan seperti yang berlaku di tempat lain di negara ini.
"Kita (kerajaan Sarawak) sudah ada dasar mengeluarkan beras menggunakan teknologi baru, anak benih baru.
"(Kita tidak mahu) apabila beras dah kurang (bekalan berkurangan) barulah nak berkira (untuk mengadakan dasar pengeluaran beras)," katanya.
Menyentuh mengenai penganjuran Pesta Benak itu yang berlangsung sejak 29 Sept, beliau berkata peningkatan jumlah pengunjung ke acara itu menggambarkan kepesatan perkembangan pelancongan domestik di Sarawak.
Menurutnya pesta ini mampu menarik lebih ramai lagi pengunjung pada masa hadapan sekiranya penganjur dapat mempelbagaikan lagi aktiviti yang dijalankan yang seterusnya dapat menjana pendapatan masyarakat setempat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

ABANG JOHARI: Saya boleh katakan 2026 (untuk menyediakan pendidikan universiti percuma) sebab saya telah congak-congak kekuatan ekonomi kita akan lebih kuat pada 2026. -Gambar fail/Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Jawatan dalam Kabinet Sarawak: Abdul Karim serah kepada Premier
Abdul Karim yang memegang dua portfolio menteri dalam Kabinet negeri berkata sebarang urusan berhubung pelantikan anggota kabinet adalah hak Abang Johari.

Jadikan perjalanan politik Parti Kongres India, LDP Jepun sebagai iktibar - Abang Jo
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu mengambil iktibar daripada kemelut perjalanan politik Parti Kongres di India serta Parti Demokratik Liberal (LDP) di Jepun.

Abu Bakar dilantik Pengerusi interim AirBorneo, fokus sektor permulaan Kuala Lumpur, Singapura dan Jakarta
Abu Bakar akan dibantu pasukan sedia ada yang kini bertugas untuk MASwings di Sarawak dan Sabah.

Entiti baharu penerbangan Sarawak dikenali sebagai AirBorneo
Jenama baharu tersebut diumumkan oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Abang Johari Tun Openg.

Perbincangan mengenai kabel dasar laut Sarawak-Singapura akan dimuktamadkan tidak lama lagi
Perbincangan akan dimuktamadkan dalam suku pertama tahun ini, diikuti dengan kemungkinan pemeteraian perjanjian antara Malaysia dan Singapura.

Sarawak tingkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial - Abang Johari
Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih.

Sarawak berhasrat bangunkan model AI sendiri - Abang Johari
Abang Johari berkata platform AI yang dibangunkan sendiri juga akan membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak.

Pembelian MASwings oleh Kerajaan Sarawak dimuktamad 12 Feb
Abang Johari Tun Openg dijangka akan mengumumkan nama baharu MASwings selepas proses pengambilalihan selesai dengan rasmi.