KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.
Beliau berkata adalah penting untuk menerima pendigitalan bagi membolehkan sesebuah negara kekal kompetitif dan menambah baik kualiti hidup rakyatnya selain meningkatkan daya saing industri yang menggunakan teknologi Revolusi Industri 4.0 seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Benda (IoT) serta automasi.
"Ini bukan pilihan yang kita ada tetapi keputusan yang perlu diambil lebih awal berbanding di kemudian hari. Teknologi tidak menunggu kita dan jika kita masih teragak-agak, pesaing kita akan dapat menghasilkan produk berkualiti tinggi pada kos lebih rendah yang mungkin menjadikan Malaysia kurang berdaya saing di pentas global.
"Pendigitalan, sebagai bahagian penting dalam rancangan pembangunan dan kedaulatan negara, adalah alat yang perlu dikuasai Malaysia untuk muncul sebagai Harimau Digital Asia serta menjadikan kehadiran kita dirasai.
"Jika kita ingin memiliki kelebihan sebagai destinasi pelaburan, kita tidak lagi boleh bertangguh untuk melabur ke arah menyepadukan teknologi ini dalam proses pembuatan kita," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran program 'Ericsson Imagine Live: Accelerating a Digital Malaysia with 5G' di sini pada Isnin.
Fahmi berkata pendigitalan juga akan menjadikan perniagaan dan pentadbiran kerajaan lebih bertanggungjawab dengan keupayaan untuk mengukur serta menganalisis data, yang memberikan pemahaman mengenai keberkesanan dasar dan strategi.
"Pendigitalan berpotensi untuk membawa industri kotej kita ke pasaran global, yang mampu meningkatkan potensi pendapatan bagi komuniti luar bandar yang lebih kecil untuk mempersembahkan hidangan istimewa tempatan kepada chef di seluruh dunia.
"Berbekalkan platform digital, perusahaan kecil dan sederhana juga mampu mendekati pangkalan pelanggan global kerana e-dagang telah merevolusikan cara perniagaan beroperasi," katanya.
Justeru, beliau berkata acara seperti Ericsson Imagine Live menggalakkan industri untuk berhimpun dan membangunkan pemahaman yang lebih baik mengenai trend global serta memacu pembangunan inovatif penggunaan dan perkhidmatan baharu 5G di negara ini.
"Inisiatif seperti ini akan terus menyokong serta meletakkan Malaysia sebagai nadi Digital ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berucap pada majlis pelancaran Ericsson Imagine Live 2023 di sebuah hotel di ibu kota, pada Isnin. - Foto BERNAMA
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Malaysia mahu tambah baik FTA, merangkumi pendigitalan - PM Anwar
Anwar berkata Malaysia juga menimbang pendigitalan sebagai sebahagian daripada "penambahbaikan" perjanjian perdagangan bebas.
Kementerian Digital kenal pasti masalah usahawan PMKS guna pakai teknologi pendigitalan
Kementerian Digital sedang mengenal pasti cabaran serta masalah dihadapi usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menerima guna pendigitalan.
Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC
Belanjawan ini diumumkan pada waktu yang tepat dan selaras dengan persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN 2025.
Sabah antara enam penyumbang utama KDNK Malaysia bagi 2023 - Hajiji
Statistik Jabatan Perangkaan menunjukkan Sabah menyumbang 5.5 peratus kepada KDNK 2023, seiring Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
SHRDC, Enfrasys meterai MoU gabung rangkaian swasta 5G sementara
MoU itu selaras dengan usaha pendigitalan kerajaan negeri kerana rakyat mendambakan sistem penyampaian yang lebih efisien.
Kerajaan terbuka bekerjasama dengan pemain industri perkasa pendigitalan negara
Beliau minta semua ketua industri berkaitan hadir ke kementerian dan beri pandangan untuk menggariskan dasar digital pada masa akan datang.
Pengerusi ASEAN: Pendigitalan, transisi tenaga antara fokus - PM Anwar
Pendigitalan, tenaga boleh diperbaharui, perdagangan dan ekonomi merupakan antara aspek tumpuan Malaysia yang akan mempengerusikan ASEAN tahun hadapan.
Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind
Pendigitalan bukan lagi satu opsyen tetapi keperluan untuk pengembangan perniagaan runcit dalam dunia hari ini.
Pelancong, nomad digital kini boleh berbelanja seperti lokal
Di sebalik kadar positif kemasukan pelancong asing, Malaysia memerlukan lebih banyak perbelanjaan antarabangsa dalam usaha negara menghasilkan pengalaman percutian yang berkualiti.
PRK Kemaman jadi perintis sistem pengurusan pilihan raya baharu - SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggunakan sistem baharu pada Pilihan Raya Kecil Kemaman sebagai ujian rintis, untuk menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.