GEORGE TOWN: Penduduk di dua kondominium mewah di Tanjung Bungah, di sini mahu kerajaan negeri menunaikan janji untuk menyediakan taman rekreasi di tepi laut di kawasan itu bagi kemudahan penduduk.
Kira-kira 1,000 penduduk di dua kondominium itu percaya taman tersebut boleh berfungsi sebagai taman awam yang berkeluasan 0.8 hektar dan mempunyai akses laluan ke pantai serta pentas konkrit terbuka.
Pengerusi Kondominium One Tanjong di Tanjung Bungah, Oo Hui Ying berkata taman tepi laut itu dijanjikan sejak 2010 dan perasmiannya pernah dilakukan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Lim Guan Eng sebulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Ketua menteri itu (Lim) memaklumkan taman tepi laut akan siap pada Disember 2018, namun sehingga kini ia tidak disediakan kepada penduduk kawasan ini dan kami mahu janji tersebut ditunaikan.
"Pada 2015 penduduk juga dijanjikan dengan pembangunan marina di atas tanah negeri dan tanah tebus guna seluas 8.09 hektar di kawasan berkenaan oleh pihak pemaju, namun pembangunan marina juga tidak dilaksanakan sehingga kini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, kira-kira 100 penduduk di kawasan tersebut mengadakan perhimpunan aman bagi mengesa kerajaan negeri menunaikan janji dengan menyediakan taman di tepi laut di situ.
Seorang penduduk, Chong, 60, berkata beliau dan suaminya memilih untuk menetap di kawasan itu sejak empat tahun lepas kerana pemaju kawasan berkenaan menjanjikan sebuah taman di tepi pantai dan marina kepada penduduk.
"Saya dan suami mahu menikmati kehidupan selepas pencen di sini, namun apabila dimaklumkan akan ada satu lagi pembangunan pangsapuri di depan kondominum ini, kami bimbang kerana mungkin taman tepi laut yang dijanjikan tidak akan disediakan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Zairil Khir Johari ketika diminta mengulas mengenai isu itu, berkata pihak pemaju telah diarahkan untuk membina taman di tepi pantai itu sebelum melaksanakan apa-apa pembangunan di kawasan berkenaan.
"Pemaju mengemukakan rancangan untuk melakukan pembangunan pangsapuri bertingkat rendah di kawasan itu, jadi sebelum mereka membinanya pemaju dikehendaki membina taman tepi laut seperti yang dijanjikan sebelum ini," katanya ketika dihubungi hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 12 2023
Kira-kira 1,000 penduduk di dua kondominium itu percaya taman tersebut boleh berfungsi sebagai taman awam yang berkeluasan 0.8 hektar dan mempunyai akses laluan ke pantai serta pentas konkrit terbuka. - Gambar Facebook chantpenang
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Ke arah Kuala Lumpur lebih inklusif, lestari dan selesa didiami - Lee Lam Thye
Orang ramai diingatkan untuk merenung kemajuan ibu negara dan terus berusaha menjadikan bandar raya ini lebih inklusif, lestari dan selesa untuk didiami.
Pengurusan taman tema dipanggil setelah laporan penuh dibentang - Amirudin
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata pertemuan itu juga mungkin melibatkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setelah maklumat penuh diperoleh.
EU laksana had sekatan penggunaan AI
Keperluan baharu untuk mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI) mula dikuatkuasakan di Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad dengan pelaksanaan Akta AI EU.
Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksana secara berfasa
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari 2025 secara berfasa.
ASEAN: Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin dan George Yeo
Dalam pertemuan tersebut, pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto.
Tiga ditahan susulan dua kes rogol berasingan
Polis menahan tiga lelaki termasuk warga emas bagi membantu siasatan bersabit dua kes rogol berasingan di Jeram, Kuala Selangor semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Februari 2025.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Myanmar lanjut darurat selama enam bulan lagi
Pada mesyuarat NDSC di Nay Pyi Taw pada Jumaat, semua ahli yang hadir bersetuju untuk melanjutkan tempoh darurat.
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2024 dibuka untuk semakan - SPR
Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2024 (DPT BLN12/2024) boleh dibuat untuk tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 22 Feb.
Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.
Elon Musk sokong parti AFD di Jerman
Musk mengulangi kenyataan di platform X minggu lalu, bahawa "hanya AFD dapat menyelamatkan Jerman".
Presiden Jerman bubar Parlimen, tetapkan pilihan raya pada 23 Feb
Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier telah membubarkan Parlimen dan menetapkan tarikh pilihan raya pada 23 Feb, tujuh bulan lebih awal daripada perancangan asal.
Lula mahu tanding semula pilihan raya presiden 2026
Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden pada 2026, menurut Setiausaha Komunikasi Sosial Presiden, Paulo Pimenta pada Khamis.
Mahkamah Romania arah pilihan raya semula
Mahkamah Perlembagaan Romania pada Jumaat membatalkan pusingan pertama pilihan raya presiden, dan mengarahkan pilihan raya semula.
Pakatan pemerintah Ireland hilang majoriti dalam PRU
Pakatan pemerintah Ireland gagal memperoleh 88 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum yang diadakan pada 29 Nov.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).