Enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan bukan hanya sekadar meletihkan penduduk, namun menyebabkan mereka mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar, yang rumah mereka dinaiki air hampir setiap kali hujan lebat melebihi dua jam.
Terbaharu, pada malam Ahad banjir kilat mencecah kedalaman hampir semeter melanda kawasan itu.
Seorang pemilik rumah, Zainal Abidin Mustafa, 54, mendakwa masalah itu bermula sejak tahun 2016 dipercayai berpunca daripada projek pembinaan jalan berhampiran kawasan berkenaan.
"Sistem peparitan yang kecil dan tidak diselenggara dengan baik kemudian menyebabkan masalah banjir kilat di kawasan ini berterusan dan menjadi lebih buruk beberapa bulan kebelakangan ini.
"Kejadian malam tadi (Ahad) adalah paling teruk apabila air naik hampir semeter. Sampai bila kami perlu hadapi keadaan seperti ini, kami mohon sangat pihak berwajib beri perhatian.
"Kami bukan minta wang, cuma selesaikan masalah kami termasuk selenggara sistem perparitan dengan sempurna," katanya di sini, pada Isnin.
Sementara itu, pemilik bengkel di kawasan itu, Irwan Mohd Noor, 42, mendakwa dia trauma setiap kali hujan lebat.
"Saya terpaksa mengalihkan motosikal dan peralatan membaiki motosikal ke tempat lebih tinggi setiap kali hujan lebat kerana bimbang air naik.
"Setiap kali banjir kilat, air masuk ke dalam bengkel... habis semua barang yang tidak sempat dialihkan rosak.
"Lama sangat masalah ini berlarutan. Pihak berwajib perlu kenal pasti punca masalah dan selesaikan. Kalau perlu dalamkan longkang atau naik taraf sistem perparitan, buatlah segera," katanya
Sementara itu, Mohd Fahmi Mohd Fauzi, 43, berharap pihak berwajib mendengar rintihan penduduk dan segera melakukan kerja pengorekan longkang yang tersumbat supaya air dapat mengalir dengan lancar.
Dakwanya, beliau telah mengemukakan permasalahan itu kepada wakil rakyat serta pihak berkuasa tempatan (PBT) namun ia ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.
"Saya selaku wakil penduduk ingin beritahu kepada pihak berwajib supaya ambil perhatian masalah ini. Ini adalah perkara serius sebab setiap kali hujan lebat banjir kilat akan berlaku.
"Tindakan segera yang berkesan perlu diambil," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jun 01 2020
![Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71590983319_rumahdimasukiair.jpg)
Penduduk kecewa masalah banjir kilat lebih empat tahun tidak diselesaikan pihak berwajib. Gambar Astro AWANI
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Penduduk, pengunjung Rantau Panjang buntu lihat paras air terus naik Penduduk, pengunjung Rantau Panjang buntu lihat paras air terus naik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71703561049_TBbanjirpasirmas.jpg)
Penduduk, pengunjung Rantau Panjang buntu lihat paras air terus naik
Salah seorang penduduk Taman Wira Lubok Jong, Rantau Panjang memaklumkan terkejut melihat situasi banjir kali ini.
![LPT1 dibuka semula kepada semua lalu lintas LPT1 dibuka semula kepada semua lalu lintas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609660314_LPT.jpg)
LPT1 dibuka semula kepada semua lalu lintas
Fazlyaton berkata, operasi itu melibatkan semua lorong di kilometer (km) 198 di kedua-dua arah.
![Air pasang besar: Pelanggan terus nikmati juadah walaupun restoran dinaiki air Air pasang besar: Pelanggan terus nikmati juadah walaupun restoran dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61602927270_AirpasangKualaKe.jpg)
Air pasang besar: Pelanggan terus nikmati juadah walaupun restoran dinaiki air
Kawasan Terminal Feri Kuala Kedah dan pelantar ikan di Kampung Seberang Kota dinaiki air sedalam antara 0.3 hingga satu meter.
![Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/71590983319_rumahdimasukiair.jpg)
Penduduk kecewa enam kali banjir kilat dalam tempoh lima bulan
Itu keadaan yang dihadapi lebih 30 keluarga di Kampung Ganding, Alor mengkudu, Alor Setar.
![Sembilan kampung ditenggelami air, dua jalan ditutup di Jeli Sembilan kampung ditenggelami air, dua jalan ditutup di Jeli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/41576634843_TBBANJIRJELI.jpg)
Sembilan kampung ditenggelami air, dua jalan ditutup di Jeli
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jeli, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Adni Ibrahim berkata, air naik mendadak bermula jam 11 malam sehingga jam tiga pagi tadi.
![Hujan lebat di beberapa kawasan, pemandu diingatkan berhati-hati Hujan lebat di beberapa kawasan, pemandu diingatkan berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520324976_Banjir.jpg)
Hujan lebat di beberapa kawasan, pemandu diingatkan berhati-hati
Pemandu diingatkan agar berhati-hati melalui beberapa jalan di sekitar Kuala Lumpur yang mula dinaiki air akibat hujan lebat.
![17 kampung di Kota Belud dinaiki air 17 kampung di Kota Belud dinaiki air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513009727_banjirkotabelud.jpg)
17 kampung di Kota Belud dinaiki air
Antara kampung yang terlibat dan terjejas adalah Kampung (Kg) Bobot, Kg Kota Belud, Kg Siasai, Kg Tempasuk Satu, Kg Taun Gusi, Kg Linau, Kg Karanjangan, Kg Sembirai, Kg Kawang-Kawang dan Kg Labuan.