KUANTAN: Kerajaan Pahang disaran bukan sekadar membatalkan lesen pembalakan di hutan Bukit Makro di Maran, malah perlu mewartakan kawasan itu sebagai Hutan Simpan Kekal (HSK).
Itu permintaan penduduk Maran yang mahu satu jaminan dari Kerajaan Pahang supaya tiada lagi lesen pembalakan dikeluarkan pada masa hadapan bagi memastikan kelestarian alam sekitar.
Bagi seorang suri rumah, Saadiah Md Pilus, tindakan membatalkan lesen pembalakan di hutan Bukit Makro itu satu keputusan tepat dan disambut baik oleh penduduk Maran.
Namun adalah bagus sekiranya diwartakan juga hutan tersebut sebagai HSK bagi menjaga alam sekitar untuk jangka panjang.
"Membatalkan memang bagus sangatlah. Saya kira sebagai warga Maran, memang rasa seronoklah jika dibatalkan... setuju sangat. Kalau terus (diwartakan) jadi hutan simpan lagi bagus. Kita akan sejahtera bila ada kawasan hutan simpan macam ni, jadi jangan ditogelkan," ujarnya.
Bagi pengusaha madu kelulut, Ramli Maarof, langkah mewartakan hutan Bukit Makro sebagai HSK atau menukarkan statusnya kepada hutan tadahan air adalah supaya dapat melindungi fungsi hutan yang begitu penting kepada masyarakat, hidupan liar dan alam sekitar.
Hutan tersebut terlalu hampir dengan petempatan penduduk dan menjadi tumpuan orang ramai dan pelancong pada setiap hujung minggu dan tidak sesuai untuk dilaksanakan aktiviti pembalakan.
"Saya cadangkan pada kerajaan negeri kalau boleh wartakanlah kawasan Bukit Makro ni, sama ada kawasan tadahan air ataupun kawasan hutan kekal untuk pengunjung melakukan aktiviti hiking. Sekarang ini, majlis dah adakan tempat hiking untuk pengunjung. Pengunjung makin bertambah setiap hari terutamanya hari Sabtu dan Ahad," katanya.
Ramli juga memberitahu, kawasan hutan Bukit Makro itu juga menjadi sumber air semula jadi yang boleh digunakan oleh penduduk di Maran sekiranya bekalan air terputus.
Seorang lagi penduduk, Mohd Zamberi Mohd Sham, juga mahu Kerajaan Pahang menggazetkan hutan Bukit Makro sebagai HSK sebagai jaminan kawasan tersebut tidak boleh diterokai mana-mana pihak selepas ini.
Katanya, jika kawasan hutan tersebut tidak ditukar statusnya, tidak mustahil kegiatan sama akan berulang pada masa akan datang.
Bagi Mohd Zamberi, penduduk Maran tidak mahu kemusnahan dilakukan di sekitar hutan Bukit Makro yang berada di tengah-tengah bandar ini menjadi punca kepada banjir besar.
"Khazanah alam itu lebih menguntungkan rakyat... lebih memberi manfaat kepada daerah Maran yang tidak ada pusat pelancongan yang yang betul-betul berdaya maju. Untuk menarik pelancong dan memajukan Bukit Makro adalah salah satu agenda pelancongan Negeri Pahang sepatutnya, tapi Alhamdullillah ini telahpun dirintis oleh Majlis Daerah Maran dan rakyat. Orang Maran menyokong apa yang dibuat oleh Majlis Daerah Maran," kata peniaga itu.
Pada Rabu lalu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Datuk Mohd Hizamri Mohd Yasin memaklumkan lesen pembalakan di kawasan hutan berhampiran Bukit Makro, Maran dibatalkan dan segala aktiviti pra pembalakan di kawasan itu turut dihentikan.
Katanya, kelulusan yang diberikan kepada Amanah Saham Pahang (Aspa) melibatkan kawasan seluas 40.47 hektar itu dibatalkan pada 17 Januari lalu.
Astro Awani
Fri Feb 18 2022

Jika hutan itu diselamatkan, banyak faedah alam sekitar dapat dinikmati warga tempatan dan juga pengunjung dari luar. - Astro AWANI

Malaysia terus perjuangkan isu kezaliman terhadap Palestin - PM Anwar
Malaysia akan terus bersuara memperjuangkan isu rakyat dan Palestin yang sedang berdepan kezaliman dan kekejaman, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Integriti, profesionalisme penjawat awam elak 'perangkap' negatif media sosial - Hajiji
Integriti dan profesionalisme dalam diri penjawat awam menjadi faktor penting bagi mengelakkan 'terperangkap' dalam unsur negatif media sosial terutama penularan yang tidak bertanggungjawab.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Kalendar khusus peringati pelbagai peristiwa penting negara akan dikeluarkan
Kerajaan merancang mengeluarkan kalendar khusus yang memperingati tarikh berlakunya pelbagai peristiwa penting yang memberi impak terhadap pembentukan negara pada tahun hadapan.

Trudeau umum pembangunan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Kanada
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan pada Rabu yang Kanada sedang membangunkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di koridor Toronto-Quebec City.
Tumpuan Jumaat – 21 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

Kesihatan Agong lebih baik selepas jalani rawatan - PM Anwar
Keadaan kesihatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kini jauh lebih baik selepas menjalani rawatan konservatif, menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan - Mohd Na'im
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Feb lepas.

Enam mangsa terperangkap tanah runtuh di Bukit Makro
Lima individu terdiri tiga wanita dan dua lelaki dewasa terperangkap di Bukit Makro di sini ketika turun mendaki dari bukit tersebut selepas berlaku kejadian tanah runtuh pada Rabu.

Penduduk Maran cadang hutan Bukit Makro dijadikan hutan simpan kekal
Jika hutan itu diselamatkan, banyak faedah alam sekitar dapat dinikmati warga tempatan dan juga pengunjung dari luar.

Pahang batal kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro
Keputusan membatalkan kelulusan itu dibuat setelah kerajaan Pahang membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan kepentingan awam.