GUA MUSANG: Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
Sungai Ketil merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu dan cuti persekolahan.
Wan Jasmy Wan Abdullah, 42, berkata pada Jumaat lepas, keadaan sungai nampak teruk dan warna air menjadi gelap namun situasi itu berkurangan menjelang waktu petang.
"Saya tidak pasti apa punca warna sungai ini jadi gelap sama ada daripada sisa bahan buangan atau sebaliknya tetapi ikan juga pernah dijumpai mati," katanya ketika ditemui pemberita di Rimba Wangi, di sini hari ini.
Khairul Ezwan Wahet, 47, pula berkata sungai itu menjadi antara kawasan rekreasi Rimba Wangi di bawah Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Wangi yang sering menjadi tumpuan orang ramai untuk berkelah dan mandi-manda.
"Saya harap pihak berkuasa memandang serius dan selesaikan segera masalah ini sekiranya sungai ini berlaku pencemaran," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim berkata pihak berkuasa diminta mengambil tindakan termasuk mengambil sampel air kerana pencemaran sungai boleh mengganggu kesejahteraan dan keselamatan penduduk.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 11 2024
![Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707652945_SungaiKetil.jpg)
Sungai Ketil merupakan lokasi yang sering menjadi tumpuan pengunjung pada hujung minggu dan cuti persekolahan. - Gambar Bernama
![Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739942591_StevenSimCheeKeon.jpg)
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
![Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739939398_TBLiewChinTong.jpg)
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).
Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Menurutnya Malaysia telah diletakkan di bawah kategori Tahap 2 menerusi sekatan baharu itu selain Singapura, Indonesia dan Vietnam, dengan negara-negara berkenaan diberikan akses yang terhad dan terkawal bagi eksport teknologi AI termaju.
![Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739940056_TBkemalangan.jpg)
Pemandu selamat palang pembahagi jalan tembus kereta
Seorang lelaki berdepan detik cemas setelah kereta jenis Mercedes dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Bukit Puchong di sini pada Selasa.
PGA gagalkan cubaan seludup hampir 88,000 kelapa di Tumpat
Pasukan Gerakan Am (PGA) briged tenggara berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar hampir 88,000 biji kelapa selepas menahan dua treler di Stor Che Soh, Kampung Pulau Ular, Tumpat, Isnin lalu.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan.
A$ap Rocky dibebaskan dari dua pertuduhan, 'lompat' ke arah penyokong di mahkamah tanda lega
Penyanyi rap terkenal Amerika Syarikat, A$Ap Rocky dibebaskan daripada dua pertuduhan jenayah serangan dengan senjata separa automatik selepas juri mahkamah di Los Angeles mendapati beliau tidak bersalah dalam insiden yang berlaku pada 2021.
![Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736589504_SungaiSkudai.jpg)
Pelepasan air loji kumbahan disyaki punca bau busuk di Sungai Skudai - JAS Johor
Air berwarna hitam berbau busuk yang mengalir ke Sungai Skudai di Kampung Sepakat Baru di sini, disyaki berpunca daripada pelepasan air kumbahan dari Loji Rawatan Kumbahan (STP) berdekatan.
![Pencemaran: Dua syarikat perlombongan di Gua Musang diarah henti kerja serta-merta Pencemaran: Dua syarikat perlombongan di Gua Musang diarah henti kerja serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734494494_NikNazmi.jpg)
Pencemaran: Dua syarikat perlombongan di Gua Musang diarah henti kerja serta-merta
Dua syarikat dipercayai menyebabkan pencemaran di Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan diarah untuk menghentikan kerja-kerja perlombongan berkuat kuasa serta-merta.
![Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41730793020_SungaiPandan.jpg)
Air loji kumbahan antara punca utama 25 sungai tercemar - JAS
Pelepasan air dari loji kumbahan merupakan antara punca utama yang menyebabkan 25 sungai di seluruh negara berada dalam kategori tercemar.
![Pulau Pinang cadang bina pusat proses najis ternakan babi selesai isu pencemaran Pulau Pinang cadang bina pusat proses najis ternakan babi selesai isu pencemaran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727079370_TBBABI.jpg)
Pulau Pinang cadang bina pusat proses najis ternakan babi selesai isu pencemaran
Pulau Pinang akan berbincang mengenai cadangan membina pusat pemprosesan najis ternakan di Kampung Selamat di sini bagi mengatasi isu pencemaran Sungai Kereh.
![Sisa kimia tercemar akan dipindah segera dari kawasan perindustrian Tiong Nam Sisa kimia tercemar akan dipindah segera dari kawasan perindustrian Tiong Nam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725709181_LingTianSoon.jpg)
Sisa kimia tercemar akan dipindah segera dari kawasan perindustrian Tiong Nam
Kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor Bahru akan mengambil tindakan bagi memindahkan sisa kimia tercemar dari Kawasan Perindustrian Tiong Nam.
![Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717921134_FadillahYusof.jpg)
Malaysia amal pendekatan menyeluruh tangani pencemaran sungai - Fadillah
Malaysia mengamalkan pendekatan menyeluruh dan bukan sekadar merawat dalam menyelesaikan masalah pencemaran sungai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
![Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71708340957_ladangitik.jpg)
Bukan babi, pencemaran di Sungai Lembu disebabkan ladang itik
Pemeriksaan di kawasan perkampungan Sungai Lembu, di sini mendapati pencemaran di Sungai Kulim dan Sungai Air Merah di Kedah, berlaku akibat pelepasan sisa ladang ternakan itik.
![Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708255118_PenangKini.jpg)
Ladang babi disyaki cemar Sungai Kulim, Sungai Air Merah diarah tutup
Arahan itu dikeluarkan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) selepas semakan mendapati ladang itu tiada lesen sah untuk beroperasi.
![Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707652945_SungaiKetil.jpg)
Penduduk minta JAS siasat pencemaran di Sungai Ketil
Penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Ketil di sini, meminta Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat sungai itu yang didakwa tercemar akibat sisa buangan sejak tiga tahun lepas.
![Tindakan pantas pihak berkuasa elak LRA Linggi tercemar - Aminuddin Tindakan pantas pihak berkuasa elak LRA Linggi tercemar - Aminuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705561061_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Tindakan pantas pihak berkuasa elak LRA Linggi tercemar - Aminuddin
LRA Linggi yang membekalkan sumber air kepada 47,000 akaun pengguna masih beroperasi pada kapasiti 100 peratus.