BUTTERWORTH: Penduduk di sekitar kawasan berhampiran Zon Perindustrian Bebas 1 Perai di sini bimbang pencemaran udara dari kilang berhampiran turut mengandungi serbuk besi yang bukan sahaja mengotorkan rumah malah menyebabkan masalah kesihatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai Datuk Seri S Sundarajoo yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri berkata isu itu diadukan penduduk kepadanya sejak minggu lepas.
Justeru, beliau bersama pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah menjalankan operasi pemeriksaan mengejut di sebuah kilang pembuatan besi di situ semalam.
"Hari ini kami datang buat pemeriksaan mengejut di kilang itu dan pasukan JAS sedang menjalankan pemeriksaan serta siasatan lanjut, kita akan periksa secara terperinci dan pengurusan kilang juga memberikan kerjasama baik kepada kami.
"Kita belum dapat pastikan lagi punca pencemaran udara tetapi oleh kerana habuk itu mengandungi kandungan besi yang boleh dimagnetkan, kita rasa ia (pencemaran) dari kilang besi, kalau bukan dari punca (kilang besi) di sini, baru kita pergi ke sana (kilang besi yang lebih jauh) dari kawasan udara tercemar ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan di sebuah kilang di sini semalam.
Sundarajoo berkata pihak kilang itu juga diarahkan untuk menghantar laporan secara berkala setiap tiga bulan supaya pihak berkuasa terutama JAS Pulau Pinang dapat memantau sama ada terdapat pencemaran udara dari kilang tersebut.
Beliau berkata tindakan akan diambil jika pemeriksaan lanjut oleh pasukan JAS mendapati terdapat pencemaran udara dari kilang tersebut sehingga menyebabkan rumah penduduk berdebu hitam.
"Saya sendiri menerima aduan daripada penduduk sekitar sini dan mereka turut menghantar klip rakaman video pencemaran udara semalam yang menunjukkan habuk yang dipercayai sisa besi boleh ditarik dengan bahan magnet.
"Sebab itu penduduk bimbang kerana mereka takut ia akan menyebabkan masalah kesihatan daripada pencemaran udara tersebut," katanya.
Dalam sidang media yang sama, Pengarah JAS Pulau Pinang Norazizi Adinan berkata setakat ini tiada kompaun atau tindakan dikeluarkan kerana pihaknya masih menjalankan pemeriksaan lanjut dan terperinci di kilang itu.
"Indeks Pencemaran Udara (API) di kawasan ini ketika ini antara 60 hingga 80 dengan mengambil kira faktor jerebu di sini dan kalau ikut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memang angin bertiup dari arah laut ke darat, jadi banyak (pihak) akan terkesan di kawasan-kawasan perumahan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Sundarajoo mengadakan sidang akhbar selepas membuat pemeriksaan mengejut bersama JAS Pulau Pinang di sebuah kilang pembuatan besi di kawasan Zon Perindustrian Bebas 1 Perai di Butterworth, 23 Julai 2024. --fotoBERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

PM Thailand dijangka keluar arahan lanjut atasi masalah jerebu
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dijangka mengeluarkan arahan lanjut dalam mesyuarat kabinet dalam usaha menangani masalah jerebu pada Selasa.

Kabinet Thailand akan bincang langkah hadapi pencemaran udara
Orang ramai digesa memakai pelitup muka N95 untuk melindungi diri daripada zarah halus yang berbahaya.

Penduduk Bangkok diminta berada di rumah ekoran kualiti udara yang buruk
Tahap pencemaran PM2.5 dijangka mencapai tahap jingga yang dianggap berbahaya kepada kesihatan, di kebanyakan kawasan bandar raya itu.

Sekolah rendah di Delhi ditutup susulan pencemaran udara semakin kritikal
Ibu negara India pada Khamis mengumumkan penutupan sekolah rendah apabila tahap pencemaran udara mencapai paras berbahaya dengan bermulanya musim sejuk.

Kualiti udara India memburuk akibat asap bunga api
Kualiti udara bertambah buruk di beberapa Kawasan di India termasuk ibu negara, New Delhi pada Sabtu berikutan penggunaan bunga api semasa perayaan Diwali di negara itu.

EU tetapkan had pencemaran udara yang lebih ketat mulai 2030
Kira-kira 300,000 kematian setiap tahun di EU boleh dikaitkan akibat kesihatan pencemaran udara.

Pihak berkuasa dikerah, bendung kebakaran hutan Bolivia
Kebakaran tersebut turut memaksa penutupan sekolah dan mengganggu penerbangan komersial.

Pencemaran udara singkatkan jangka hayat di Bangladesh purata sebanyak 4.8 tahun - WHO
Kesemua 166.4 juta penduduk Bangladesh tinggal di kawasan yang mana paras purata tahunan pencemaran zarah halus melebihi garis panduan WHO.

Penduduk Perai bimbang pencemaran udara mengandungi serbuk besi
Sundarajoo dan JAS Pulau Pinang mengadakan pemeriksaan mengejut di sebuah kilang pembuatan besi di Zon Perindustrian Bebas 1 Perai pada Selasa.

JAS Kedah tahan operasi kilang arang briket
Sharifah Zakiah berkata, JAS Kedah menerima aduan orang awam berhubung masalah bau dan asap di beberapa kawasan di Sungai Petani.