Apabila diumumkan, tiga projek tambahan bagi menaiktaraf Pulau Perhentian yang akan dilaksanakan oleh kerajaan Terengganu, warga emas Siti Nor Ali, 61 berasa sudah tiba waktunya pulau itu dibangunkan demi keselesaan penduduk yang mendiami pulau itu.
Dia yang juga pengusaha kedai makan di situ merasakan bahawa tindakan kerajaan membina rumah pangsa sangatlah dialu-alukan, sekurang-kurangnya ia dapat memberi kemudahan kepada masyarakat.
Kebanyakan rumah di Kampung Pulau Perhentian didiami oleh sekurang-kurangnya tiga keluarga dan ini menyesakkan keadaan di situ.
“Pada mulanya makcik tidak begitu bersetuju dengan pembinaan rumah pangsa di pulau ini kerana keadaan muka buminya yang berbatu-batan dan pada pendapat makcik tidak begitu sesuai, namun demi keselesaan penduduk di sini, makcik bersyukur sekurang-kurangnya penduduk di sini dapat duduk dengan selesa,” kata Siti Nor.
Wanita tersebut merupakan antara 2,163 penduduk yang sudah pun mendiami pulau tersebut lebih dari 30 tahun, berharap pembangunan terhadap pulau itu tidak dilakukan secara bermusim.
Meski Pulau Perhentian menghadapi masalah sumber tanah yang meruncing untuk projek pembangunan, ia tidak menghalang kerajaan untuk meneruskan usaha-usaha pembangunan ke atas pulau tersebut demi keselesaan penduduknya dan juga menaik taraf industri pelancongan di negara ini.
Seorang lagi penduduk di Pulau Perhentian, Fauziah Ghani, 40 pula berharap projek tambahan ini turut membangunkan satu ruang niaga yang lebih teratur.
“Sebenarnya, pada masa sekarang ini pun saya tidak mempunyai masalah untuk berniaga namun dengan penaiktarafan kemudahan ini sekurang-kurangnya dapat memudahkan orang ramai untuk datang membeli makanan dari kedai saya dan dapat juga membawa pelancong-pelancong ke sini,” kata Fauziah.
Menteri Besar Terengganu semalam telah mengumumkan peruntukan pembangunan untuk tiga projek tambahan menaiktaraf kehidupan penduduk dan infrastruktur di Pulau Perhentian.
Tiga projek tambahan tersebut merangkumi pembinaan 10 unit rumah kedai yang dianggarkan bernilai RM 4 juta, pembinaan jeti khas yang akan bersambung ke jalan menghala perumahan rakyat rumah pangsa empat tingkat yang sedang dibina ketika ini dan menaiktaraf serta membina jalan yang menghubungkan jeti sedia ada dengan kawasan perkampungan di pulau itu.
Ketiga-tiga projek tambahan itu akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun hadapan.
Perlaksanaan tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri Terengganu untuk menjadikan pulau itu sebagai antara destinasi pelancongan utama di negara ini.
Kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan pembinaan 200 unit rumah dibawah program perumahan rakyat dengan kos RM28 juta atau RM140,000 bagi setiap unit dan dijangka memakan masa lebih dari dua tahun untuk disiapkan.
Rumah berkenaan turut dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air.
Selain itu juga, sebuah masjid terapung dengan kos RM12 juta sedang dibina dan pelaksanaan projek bagi pengairan dan tapisan kumbahan bernilai RM10 juta.
Aizat Sharif
Fri Jul 19 2013
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
WEF 2025: Selatan Global perlu gesa kepada pembaharuan struktur antarabangsa - PM
Anwar berkata pakatan seperti BRICS adalah penting sebagai mekanisme untuk membincangkan mengenai pembaharuan dan membolehkan semua pihak mendapat manfaatnya.
AWANI Ringkas: Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Beberapa orang ditikam di stesen keretapi di tengah Jepun, seorang tidak sedarkan diri
Beberapa orang ditikam pada petang Rabu di sebuah stesen kereta api yang merupakan hab pengangkutan ke kawasan ski, terletak di tengah Jepun.
Trump umum pelaksanaan 10 peratus tarif ke atas import dari China mulai 1 Februari
Trump pada Selasa berkata tarif 10 peratus ini adalah tindak balas terhadap peranan China dalam krisis fentanyl.
Seludup besi: Enam ditahan, barangan bernilai RM113 juta dirampas
Enam individu ditahan terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan warga tempatan serta tiga lelaki warga asing berumur antara 33 hingga 50 tahun.
Banjir di Sarawak: Jumlah mangsa di PPS Saratok kini 91 orang
Sebanyak 91 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Rumah Dayak, Saratok susulan banjir yang melanda daerah itu, setakat 8 malam tadi.
MyAqsa Foundation akan serah bukti jenayah Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Bukti-bukti berkenaan dikumpulkan dengan kerjasama penyelidik dari UIAM sejak serangan bermula pada 7 Oktober 2023.
Consider This: Education — Learning from Indonesia’s Experience
To mark International Day of Education on January 22nd, on this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with education consultant & reform advocate, Dzameer Dzulkifli. He is the former Programme Lead of Guru Tribe, under Indonesia’s GovTech Edu, where from 2020 to 2024, he supported Indonesia's Ministry of Education in transforming its education policies. Prior to that, in 2009, he co-founded Teach For Malaysia—leading it for a decade to build a network of over 500 education changemakers. And later, he served as CEO of Yayasan Tunku Abdul Rahman—championing tertiary education for low-income communities.
Sabah beri bantuan bulanan RM300 untuk golongan miskin bermula Februari
Kerajaan Sabah akan melaksanakan program Sentuhan Kasih Rakyat 2025 mulai bulan depan dengan menyediakan bantuan bulanan RM300.
Polis rampas rokok seludup, lori bernilai RM1.2 juta
Polis merampas 3,800 karton rokok selepas memeriksa sebuah lori yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Kampung Pachakan, Kuala Besut, pada Ahad lepas.
Musim tengkujuh: Nelayan rayu dibenar tangkap udang di pesisir pantai
Musim udang yang tiba menjelang Disember hingga Mac itu dilihat dapat memberi kelegaan untuk mereka menambah hasil pendapatan.
10 pemancing, tiga kru bot hilang ditemui selamat
Sepuluh pemancing bersama tiga kru bot yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke jeti seperti yang dijadualkan pada Rabu, ditemukan selamat pada Jumaat.
Pelanggaran bot pelancong: Tujuh individu kini dirawat di HSNZ
Tujuh individu yang cedera dalam insiden pelanggaran bot pelancong dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut semalam, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
PKPD: Beberapa laluan utama di Besut ditutup
Beberapa laluan utama di Besut ditutup kepada semua kenderaan mulai 8 malam Jumaat berikutan pelaksanaan PKPD.
Kawasan berdekatan pantai di Terengganu terjejas fenomena air laut pasang besar
Kejadian limpahan air laut juga berlaku sekitar pantai lain di Kuala Nerus dan Pantai Teluk Lipat di Dungun.
Penduduk kampung gempar buaya muncul di pantai Kuala Besut
Penduduk kampung di Kuala Besut, Terengganu gempar apabila mendakwa kelibat seekor buaya muncul di kawasan pantai daerah berkenaan pada Rabu.
Remaja perempuan lemas di air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah
Seorang remaja perempuan ditemukan lemas di kawasan air terjun Hutan Lipur Lata Tembakah, Hulu Besut, di sini kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.
12 pemancing berjaya diselamatkan selepas 48 jam tersadai di tengah laut
Bot dari Kuala Besut itu dikatakan telah keluar ke laut untuk memancing sejak tiga hari lalu sebelum mengalami kerosakan pada bahagian kipas.
Anggota polis maut kemalangan ketika perjalanan pulang ke kampung
Seorang anggota polis maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 131.2, Jalan Raya Timur Barat, di sini kira-kira jam 1.30 petang tadi.