SEGAMAT: Penduduk di sekitar Sungai Muar di daerah ini, diminta bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan susulan paras air sungai berkenaan kini berada pada tahap bahaya.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penguasa Bomba Rasidi Md Yunos berkata walaupun cuaca di daerah itu dilaporkan cerah, penduduk tetap perlu berhati-hati kerana dikhuatiri berlaku limpahan air Sungai Muar luar jangka.
"Sehingga kini banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat masih dibuka kerana paras air Sungai Muar pada tahap bahaya dan jangan terperanjat jika ada kawasan sebelum ini tidak banjir, tiba-tiba rumah mereka dinaiki air.
"Air Sungai Muar akan turun dari hulu ke hilir (dengan arus deras) pada bila-bila masa. Sekarang, ia turun dari Negeri Sembilan ke Segamat dan akan ke Bukit Kepong, ke Kundang Hulu dan terus ke kuala," katanya ketika ditemui pemberita selepas mengetuai misi menyampaikan bantuan makanan dan keperluan kepada penduduk Kampung Lubok Lanjut di sini, hari ini dengan menaiki bot.
Rasidi berkata kawasan di sekitar kampung tersebut menjadi antara yang terawal ditenggelami air kerana ia berada berhampiran dengan hulu Sungai Muar.
"Punca atau hulu Sungai Muar adalah di Negeri Sembilan iaitu Jempol, Kuala Pilah, Gemas dan Tampin, sebelum masuk ke Segamat. Tanda aras kami di Segamat adalah kejadian banjir di Negeri Sembilan, jadi walaupun cuaca cerah di daerah ini, kami masih perlu berhati-hati," katanya.
Setakat ini, seramai 34 mangsa daripada tujuh keluarga di Kampung Lubok Lanjut terputus bekalan kerana laluan utama yang menghubungkan kampung itu dan dua kampung lain iaitu Kampung Mensudut Lama serta Kampung Batu 10, ditenggelami air.
Tinjauan Bernama bersama JBPM di Kampung Lubok Lanjut petang tadi mendapati kampung tersebut seperti sebuah pulau apabila sekelilingnya ditenggelami banjir, namun kawasan rumah tidak dinaiki air.
Mengulas mengenai misi berkenaan, Rasidi berkata pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menghulurkan bantuan makanan serta barang keperluan termasuk perubatan.
Sementara itu, seorang penduduk, Wahida Wahid, 47, yang ditemui di PPS Surau An Nur Kampung Lubok Lanjut berkata dia sangat bersyukur kerana mendapat bantuan daripada pihak bomba.
"Saya ada enam anak dan mengalami strok separuh badan, hendak ke mana-mana memang sukar. Terima kasih kepada pihak bomba kerana banyak membantu termasuk menyampaikan makanan dan ubat-ubatan untuk saya sekeluarga," katanya.
Segamat terus mencatatkan mangsa tertinggi terjejas banjir di Johor dengan 3,340 orang daripada 905 keluarga masih ditempatkan di 42 PPS setakat pukul 4 petang tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

Sehingga kini banyak pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat masih dibuka kerana paras air Sungai Muar pada tahap bahaya. - Gambar fail/ Bernama

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Jumlah mangsa banjir di tiga negeri kekal, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri kekal manakala Selangor merekodkan penurunan setakat 8 pagi ini berbanding malam tadi.

Mangsa banjir kilat meningkat sedikit di Segamat
Dua pusat pemindahan sementara masih beroperasi bagi menempatkan penduduk yang terjejas susulan limpahan air Sungai Muar.

Banjir: 1,500 pokok pisang yang baru berbuah ditenggelami air
Kebun seluas 0.809 hektar yang diusahakan sejak awal tahun lepas itu, dinaiki air sehingga paras lebih 2.5 meter.

Tiram di muara Sungai Muar disahkan spesies baharu, tidak terdapat di kawasan lain dunia
Spesies itu dikenali sebagai tiram putih dalam kalangan penduduk dan nelayan tempatan kerana isinya yang berwarna putih.

Melaka teliti semula perjanjian air dengan Johor
Langkah tersebut sebagai penambahbaikan jangka masa panjang bagi mengelak negeri itu terus bergelut dengan krisis gangguan bekalan air bersih.

Mayat anak lelaki anggota polis lemas ditemui
Penemuan mangsa, Muhammad Faqih Mohd Fairuz, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan kuala Sungai Muar berhampiran Marina Bay pada jarak satu kilometer dari lokasi kejadian.

#AWANIrangers: Mendayung bersama komuniti Bandar Maharani
Atlet pendayung UTHM menjadikan Sungai Muar sebagai lokasi berlatih di samping memperkenalkan sukan ini kepada masyarakat setempat.

PM ucap takziah kepada keluarga tragedi Sungai Muar
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa lemas di Sungai Muar, Johor.

Kerja sedut pasir diarah henti, kelulusan belum diberi
Syarikat yang terlibat juga diarahkan membawa keluar peralatan mereka dari kawasan berkenaan.

Kesemua mangsa lemas Sg Muar telah ditemui
Kesemua mangsa tragedi lapan remaja yang lemas di Sungai Muar berhampiran Buluh Kasap, Segamat berjaya ditemui.