JOHOR BAHRU: Meletakkan semua kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di Johor di bawah 'Sultanate Land' dilihat dapat melindungi serta memelihara khazanah negara sekali gus mengelakkan tanah berkenaan dieksploitasi oleh mana-mana pihak.
Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Johor Faisal Long berkata langkah itu juga dapat memastikan komuniti itu terus menikmati pembangunan bukan sahaja secara fizikal malah juga sosioekonomi yang lebih komprehensif.
Sambil mengakui telah menerima pelbagai aduan mengenai penyalahgunaan tanah masyarakat Orang Asli sebelum ini, beliau berkata pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjaga tanah rizab itu setelah diletakkan di bawah 'Sultanate Land'.
"Apabila dapat dijaga oleh pihak berkuasa negeri, langkah ini juga mampu memastikan tiada mana-mana pihak menceroboh dan mengeksploitasi hak-hak masyarakat Orang Asli terutamanya di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Khamis.
Faisal berkata selain aduan mengenai pencerobohan dan eksploitasi, terdapat juga individu luar dan syarikat didapati melakukan pertanian secara haram dengan membuka ladang sawit dan getah secara besar-besaran demi kepentingan peribadi.
Selain itu, terdapat juga pihak yang menggunakan Orang Asli dengan mengupah mereka untuk mengambil kayu gaharu dalam skala besar, mengorek pasir, mencari logam bernilai dan memburu haiwan dilindungi untuk tujuan komersial, kata beliau.
"Perbincangan khas bersama Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara) dan Tok Batin telah pun dibuat pada tahun lepas, memang ada haiwan yang boleh diburu tetapi bukanlah untuk komersial, sebaliknya untuk dimakan mereka.
"Tetapi rupa-rupanya ada dalam kalangan mereka diupah untuk mencari dan memburu hidupan liar seperti haiwan eksotik untuk dijual kepada orang yang tidak bertanggungjawab, ini menjadikan mereka dieksploitasi. Semua ini perlu dihentikan segera," katanya.
Menurut Faisal setakat ini, terdapat 18,845 Orang Asli di Johor dengan 60 kampung yang diiktiraf dan berdaftar dengan JAKOA.
Beliau berkata pihaknya pada masa sama telah menasihati komuniti berkenaan selain mengadakan pertemuan dengan kesemua Tok Batin pada Selasa lepas bagi membincangkan dan memberi penerangan mengenai peletakan penempatan dan rizab Orang Asli di Johor di bawah 'Sultanate Land'.
"Kita harap mereka akur dengan titah Sultan Ibrahim dan memberikan kerjasama dengan apa yang akan dibuat kerajaan negeri, semuanya untuk kebaikan mereka. Hendak buat apa jua pembangunan dan mahu menanam apa-apa silakan, tidak menjadi masalah, tetapi kena mohon dahulu termasuk jika mahu perluasan tanah mereka," katanya.
Faisal pada masa sama menasihati Orang Asli untuk membuat permohonan menerusi JAKOA atau Pejabat Tanah Galian (PTG) sekiranya mahu kawasan tanah atau rizab mereka diperluaskan.
Sementara itu, Tok Batin Kampung Orang Asli Berasau, Kluang, Sari Achu berkata dia menyokong titah Sultan Johor dan tindakan dibuat kerajaan negeri bagi melindungi tanah komuniti itu daripada diambil kesempatan pihak tidak bertanggungjawab.
"Demi kesejahteraan masyarakat Orang Asli, saya sangat bersetuju dengan langkah tersebut. Pada masa sama, Orang Asli yang mempunyai hak ke atasnya masih boleh meneruskan kerja-kerja bercucuk tanam dan sebagainya seperti biasa," katanya.
Pada Rabu, Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi dilapor berkata kerajaan negeri menjunjung dan menyokong sepenuhnya titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar untuk meletakkan semua kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di negeri ini di bawah 'Sultanate Land' supaya tidak ada pihak boleh berbuat sesuka hati.
Onn Hafiz dipetik berkata untuk terus melindungi dan menjaga hak Orang Asli di negeri ini, undang-undang sedia ada akan terus digunakan seperti Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), Enakmen Tanah Kesultanan 1934, Kanun Tanah Negara (Akta 828), Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan Kaedah-kaedah Tanah Johor 1966.
Pada 16 Mac lepas, dalam titah perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, Sultan Ibrahim menzahirkan kekecewaan berikutan ada segelintir Orang Asli menceroboh kawasan hutan simpan kerajaan untuk dijadikan ladang getah dan kelapa sawit secara besar-besaran.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 06 2023

Menurut Faisal setakat ini, terdapat 18,845 Orang Asli di Johor dengan 60 kampung yang diiktiraf dan berdaftar dengan JAKOA. - Foto Facebook/Jakoa Johor

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.

Empat gajah ditemukan mati dari kumpulan Bandar Tenggara - Nik Nazmi
Habitat utama empat ekor gajah yang ditemukan mati baru-baru ini dikelilingi oleh kawasan pertanian, perladangan dan penempatan penduduk.

Usaha gigih RIMAU untuk selamatkan harimau Malaya
Panthera Tigris Malayensis dilaporkan boleh ditemui di hutan Semenanjung Malaysia, terutamanya di Pahang, Perak, Terengganu dan Kelantan.

Lapan anggota FRU didakwa simpan lapan bahagian badan pelanduk tanpa lesen
Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM50,000, dipenjara tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Penempatan, rizab Orang Asli di bawah 'Sultanate Land' lindungi khazanah, elak eksploitasi
Meletakkan semua kawasan penempatan dan rizab Orang Asli di Johor di bawah "Sultanate Land" dapat melindungi serta memelihara khazanah negara sekali gus mengelakkan tanah berkenaan dieksploitasi.

PDRM lumpuh sindiket pemburuan haram hidupan liar di Gua Musang
Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM303,000.

2,958 haiwan liar berjaya dirampas Perhilitan
Sepanjang operasi terbabit, pihaknya telah merampas 114 ekor haiwan daripada spesies mamalia serta 344 bahagian.

Lelaki ditahan pamer kulit harimau
Kulit harimau dianggar bernilai RM100,000 itu dirampas menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Perhilitan puji tindakan individu tidak dedah lokasi penemuan beruang kepada umum
Tidak mendedahkan lokasi beruang berkenaan dapat mengelakkan kawasan tersebut menjadi tumpuan pemburu haram.

Perhilitan Johor rampas tiga burung terancam
Operasi tersebut yang dijalankan ke atas sebuah premis itu berjaya merampas seekor burung Lang Kepala Kelabu, seekor burung Lang Siput dan seeker Grey Parrot.

Sembilan orang utan Sumatera direpatriasi ke Indonesia
Tujuh daripadanya dirampas dalam tiga kes pada 2018 dan 2019 oleh Perhilitan, polis Marin dan Kastam manakala dua ekor lagi diserahkan kepada Perhilitan pada 2018.