IPOH: Pergaduhan melibatkan tiga lelaki dengan 20 lelaki lain berhampiran jalan di Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sultan Azlan Shah, Tanjung Rambutan menjawab kes penemuan pergelangan tangan manusia di lokasi kemalangan kenderaan di lokasi terbabit hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.
"Siasatan mendapati mangsa pertama mengalami kecederaan hampir putus pergelangan tangan kiri, mangsa kedua putus pergelangan tangan kiri manakala mangsa ketiga putus urat di tapak tangan kiri.
"Mereka (mangsa) dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata berdasarkan keterangan yang direkodkan, ketiga-tiga lelaki itu menyatakan diserang oleh kira-kira 20 lelaki yang memakai topeng dengan bersenjatakan kayu dan parang.
Menurut Abang Zainal Abidin pergaduhan itu dipercayai akibat perebutan kawasan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
"Susulan itu, polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 23 hingga 37 tahun disyaki suspek kes berkenaan bagi membantu siasatan. Kesemuanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini esok untuk permohonan reman," katanya sambil menambah polis sedang mengesan suspek lain yang masih bebas.
Beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Mohamad Syafiq Mohd Ghazali menerusi talian 013-7962051 atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan.
Terdahulu, pergelangan tangan manusia terputus dijumpai berhampiran lokasi sebuah kereta terbakar selepas terbabit dalam kemalangan di hadapan Hospital Bahagia Ulu Kinta dekat Tanjung Rambutan di sini pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024

Menurut Abang Zainal Abidin pergaduhan itu dipercayai akibat perebutan kawasan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan. - Gambar fail/Bernama
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Penemuan pergelangan tangan manusia: Gaduh rebut kawasan dadah dipercayai punca kejadian
Abang Zainal Abidin berkata pihaknya menerima laporan berkaitan pergaduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga lelaki berusia 26 hingga 30 tahun itu pada 11.03 pagi.