KUALA LUMPUR : Kesemua penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) dari India ke negara ini merupakan penerbangan kargo, bukannya membawa masuk penumpang, tegas Datuk Seri Wee Ka Siong.
Menurut Menteri Pengangkutan, tindakan itu selari dengan arahan kerajaan selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkuatkuasa 28 April lalu, semua penerbangan penumpang dari dan ke negara India dilarang memasuki Malaysia.
“Hanya penerbangan kargo yang akan dibenarkan pada masa ini. Penerbangan pesawat penumpang juga kosong dan digunakan untuk membawa muatan yang kebanyakannya adalah barangan farmasi, ubat-ubatan, telefon bimbit, komponen elektrik dan bungkusan kurier," kata beliau dalam satu kenyataan pada
Isnin.
Ka Siong berkata demikian sebagai mengulas dakwaan MAB kelihatan memasuki Malaysia dari India seperti mana yang tular di media sosial baru-baru ini.
Dalam perkembangan berkaitan, kata Ka Siong, untuk mengubah penerbangan penumpang kepada kargo bukan sesuatu yang baharu dan dipraktikkan MAB sebelum ini susulan berlakunya pandemik COVID-19.
"CAAM (Pihak Berkuasa Penerbangan Malaysia), MAS Kargo di bawah kendalian MAB dan Suruhanjaya Penerbangan Awam (Mavcom) juga telah mengesahkan fakta ini.
"Semakan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah juga mengesahkan bahawa kes seorang pemegang pas pekerja asing warga India yang memasuki Malaysia adalah berlaku lebih awal iaitu pada 10 April.
"Pelancong bukan Malaysia dari India tidak dibenarkan memasuki atau transit di Malaysia pada masa ini. Bagaimanapun, pengecualian akan dibuat untuk warganegara Malaysia yang memasuki Malaysia dari India tanpa melalui imigresen dan kastam," katanya.
BACA: COVID-19: Malaysia sekat penerbangan dari India
Sementara itu, Ka Siong berkata, pekerja asing yang memegang pas pekerja sementara, pekerja perniagaan dan pelajar antarabangsa dari India turut dikenakan sekatan sama berkuatkuasa 28 April.
Manakala, pelajar dan pekerja warga Malaysia, ahli keluarga mereka dan pasangan bukan rakyat Malaysia yang kembali ke Malaysia dari India dibenarkan tetapi perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari di pusat kuarantin ditetapkan, katanya.
Sebelum ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan menyekat penerbangan keluar masuk dari India ke negara ini bagi mencegah kemasukan varian baharu COVID-19 dari negara itu berkuat kuasa Rabu lalu.
Nursyazwani Saiful Sham
Mon May 03 2021
Menurut Wee Ka Siong, mengubah penerbangan penumpang kepada kargo bukan sesuatu yang baharu dan dipraktikkan MAB sebelum ini susulan berlakunya pandemik COVID-19. - Gambar fail
Panama nafi pengecualian bayaran transit terusan
Panama menafikan dakwaan bahawa ia bersetuju mengetepikan bayaran bagi kapal kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan Terusan Panama.
Trump larang penyertaan golongan 'trans' dalam sukan wanita
Presiden ke-47 Amerika Syarikat, Donald Trump dalam perintah eksekutif terbaharunya melarang penyertaan golongan transgender dalam sukan yang ditetapkan untuk wanita. Beliau dalam kenyataan berkata, pentadbirannya akan mempertahankan 'tradisi' penyertaan hanya jantina asli yang dibenarkan dalam bidang sukan yang dikhaskan untuk golongan wanita.
Penunjuk perasaan bakar rumah keluarga bekas PM Sheikh Hasina
Ribuan penunjuk perasaan membakar rumah pemimpin pengasas Bangladesh ketika anak perempuannya yang juga bekas Perdana Menteri yang digulingkan, Sheikh Hasina dijadual berucap di media sosial.
Keindahan kosmos dari balai Paranal diancam cahaya
Langit luas, indah dengan kerdipan bintang, bagaikan hamparan kosmos yang menyelimuti bumi...
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
...membawa pengalaman hening malam yang cukup berbeza buat pencinta alam semesta
namun, cahaya urbanisasi, pembangunan manusia....
....mungkin satu masa nanti...membuatkan ''pesonanya hilang...''
Jumlah mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat malam ini.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Di Sabah, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 479 orang jam 8 malam, berbanding 322 orang jam 4 petang Khamis.
Malaysia cipta lebih 450 pekerjaan AI berkemahiran tinggi
Lebih 450 peluang pekerjaan kejuruteraan kecerdasan buatan (AI) berkemahiran tinggi akan diwujudkan di negara ini menerusi kerjasama antara Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) dan Global AI Village (GAIV).
MyCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bil - Armizan
MyCC menggerakkan strategi khusus untuk meningkatkan penguatkuasaan terhadap satu daripada cabang aktiviti kartel sejak sekian lama, iaitu pakatan tipuan bida.
Atasi kegagalan CEO GLC urus operasi - PM Anwar
Pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat milik kerajaan menggunakan sistem e-SelfAudit berasaskan kecerdasan buatan (AI) bertujuan menangani beberapa kelemahan seperti kegagalan mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian yang berterusan.
Tiga lelaki didakwa terlibat rusuhan, miliki pisau
Lelaki terlibat rusuhan, mengaku bersalah, memiliki pisau dan didakwa di Mahkamah Majistret
Tujuh jalan sekitar Batu Caves ditutup bermula 9 hingga 14 Februari
Sempena perayaan Thaipusam yang akan disambut 11 Februari ini, tujuh jalan utama sekitar Batu Caves yang berada di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak akan ditutup bermula 8 Februari ini hingga 14 Februari.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, seramai 1,306 pegawai dan anggota polis akan diatur gerak menerusi Op Palu 2025 bagi memastikan kelancaran trafik.
Tiada mangsa dijangka selamat dalam nahas pesawat di Washington DC - Ketua Bomba
Kejadian melibatkan sebuah pesawat penumpang yang berlepas dari Wichita, Kansas, dengan sebuah helikopter tentera Black Hawk.
Korea Selatan siapkan transkrip rakaman kokpit daripada pesawat malang Jeju Air
Rakaman itu berpotensi memberikan petunjuk mengenai detik terakhir sebelum nahas, namun kementerian memaklumkan ia tidak akan didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai.
Pesawat Ural Airlines Rusia lakukan pendaratan cemas di Mesir setelah berlepas - Pihak berkuasa
Pesawat yang membawa 236 penumpang itu mendarat selepas kapten pesawat melaporkan kerosakan teknikal pada satu daripada enjinnya.
28 maut pesawat Jeju Air terhempas
Kemalangan itu berlaku ketika pesawat Jeju Air, yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal dalam penerbangan dari Thailand.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Tiada bahan mencurigakan dalam pesawat Air India Express - Polis Singapura
Polis Singapura memaklumkan tiada barang mencurigakan ditemukan di dalam pesawat Air India Express AXB684 Air India Express selepas pemeriksaaan keselamatan.
Jepun hantar pesawat SDF untuk kemungkinan misi evakuasi di Lubnan
Sebanyak dua pesawat pengangkut C-2 berlepas dari Pangkalan Udara Miho di wilayah barat Tottori menuju Jordan dan Greece untuk bersiap sedia.
Boeing ramal hampir 44,000 pesawat diperlukan menjelang 2043
Boeing jangka jumlah keseluruhan pesawat penumpang dan kargo yang digunakan di seluruh dunia akan hampir dua kali ganda menjelang 2043.
Pintu tandas pesawat Cathay Pacific tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York
Pintu itu tertanggal kira-kira tiga minit selepas pesawat tersebut berlepas.
Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat
Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar.