Penerbangan MH104 Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Bangalore pada pagi ini terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan isu keselamatan penumpang.
Malaysia Airlines dalam satu kenyataan, berkata kapal terbang itu mengalami masalah teknikal tetapi berjaya mendarat dengan selamat pada pukul 2 petang.
"Semua penumpang dan anak kapal diarahkan turun dan penerbangan MH104 disambung semula melalui sebuah pesawat lain yang berlepas pada 4.15 petang hari ini dan dijangka tiba di Bangalore pada 5.30 petang.
"Keselamatan adalah keutamaan nombor satu Malaysia Airlines pada setiap masa. Malaysia Airlines amat kesal dengan sebarang kesulitan," katanya.
Penerbangan itu berlepas dari KLIA pada pukul 9.45 pagi hari ini dan sepatutnya sampai ke Bangalore pada 1.45 petang (waktu tempatan).
Dilaporkan bahawa terdapat 60 rakyat Malaysia dalam penerbangan tersebut, termasuk delegasi dari PKR, DAP dan MIC yang akan menghadiri persidangan Pravasi Bharatiya Divas (Bukan Pemastautin India) di Bangalore.
Laporan berita juga mengatakan antara mereka yang membuat perjalanan di dalam penerbangan itu termasuklah Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M. Saravanan dan ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2017

Penerbangan MAS ke Bangalore pada pagi ini terpaksa berpatah balik ke KLIA isebabkan isu keselamatan penumpang. - Gambar hiasan

Caruman KWSP untuk bukan warganegara, nilai KDNK tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Chiew Choon Man (PH-Miri) akan meminta penjelasan mengenai caruman KWSP untuk bukan warganegara yang dilihat membebankan majikan.
AWANI Pagi: Refugees in ASEAN, a shared responsibility
Refugees across Southeast Asia face uncertain futures, with no unified ASEAN policy to protect them. How should the region respond? What can be done to ensure their rights and dignity are upheld? Join us with Dr. Aslam Abdul Jalil from Universiti Malaya as we explore the challenges, policies, and future of refugees in ASEAN. Are we doing enough, or is it time for a stronger collective effort?

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"

AirAsia dinobat syarikat tambang rendah terunggul dunia tahun kesepuluh berturut-turut
AirAsia masih mendominasi industri penerbangan apabila dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-10 berturut-turut di Anugerah Penerbangan Dunia Skytrax 2018.

RSF: Jumlah wartawan wanita terbunuh meningkat pada 2017
Laporan tahunan RSF yang diterbitkan pada Selasa mengakui lebih ramai wartawan wanita terbunuh tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya

Pencuri hebat, curi 120 TV dalam tempoh empat bulan..
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Penerbangan MAS ke Bangalore patah balik berikutan keselamatan penumpang
Penerbangan MH104 Malaysia Airlines yang berlepas dari Kuala Lumpur untuk ke Bangalore pada pagi ini terpaksa berpatah balik ke KLIA disebabkan isu keselamatan penumpang.

Pesawat Air India mendarat cemas selepas terima ancaman bom
Sebuah pesawat penumpang Air India membuat pendaratan cemas di sebuah lapangan terbang di bandar Bangalore selepas menerima satu ancaman bom pada Isnin malam.

AirAsia India tawar tiket 27 sen
Syarikat penerbangan itu akan memulakan operasi dari Bangalore ke Chennai dan Goa pada 12 Jun ini.

MH192: Rakaman percakapan juruterbang dan ATC
Berikut adalah sebahagian rakaman percakapan antara juruterbang MH192 dan Pengawal Trafik Udara (ATC).

Airasia tawar diskaun 20 % untuk semua penerbangan KL-India
Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia Bhd, akan menawarkan diskaun 20 peratus ke atas semua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke India, sempena sambutan Thaipusam.