PANGKOR: Penerbangan komersial dari Subang ke Pulau Pangkor bermula esok mampu merancakkan lagi sektor pelancongan di pulau peranginan terkenal itu.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penerbangan dengan pesawat Twin Otter Turboprop itu memberi peluang kepada pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke sini menggunakan jalan udara.
Bahkan, kata Saarani, penerbangan tersebut juga boleh menjimatkan masa tiga jam tanpa perlu melalui lebuh raya dan berbaris panjang di jeti.
"Ini satu peluang baik dan saya doakan ia akan menjadi permulaan kepada kemeriahan dan kegemilangan semula pengunjung ke Pangkor.
"Kita dapat lihat peningkatan pengujung pada bulan Disember 2021 dengan jumlah 134,808 orang," katanya.
Menteri Besar berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan SKS Airways Inaugural Flight Subang - Pangkor di Padang Terbang Pulau Pangkor di sini, pada Selasa.
Hadir sama, Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Pengarah SKS Airways, Datuk Fahrul Rohman Ahmad.
Menurut Saarani, peningkatan jumlah pengunjung itu memberi keyakinan bahawa industri pelancongan khususnya di Pulau Pangkor tetap utuh sekali gus memacu pemulihan ekonomi negeri.
Saarani berkata, kerajaan negeri juga akan mengambil pengajaran dengan beberapa kelemahan yang ada sebelum ini berhubung penerbangan ke Pangkor.
"Saya percaya kita belajar daripada barangkali kelemahan silam. Saya sudah minta Tourism Perak dan pihak yang terbabit dalam sektor pelancongan untuk sentiasa mempromosi Pangkor.
"Selain mempromosi kaedah bagaimana untuk sampai ke Pangkor, selain jalan darat dan feri kita turut promosi jalan udara (pesawat)," katanya lagi.
Secara rasmi, SKS Airways menawarkan penerbangan setiap hari dari Subang ke Pulau Pangkor bermula esok (26 Januari).
Penerbangan dijangka mengambil masa selama 55 minit dengan kapasiti 19 orang penumpang termasuk krew penerbangan.
Sehubungan itu, Saarani optimis melalui usaha pelbagai pihak termasuk SKS Airways akan turut memberikan limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.
SKS Airways turut menawarkan akses mudah ke lawatan pulau-pulau (island hopping) dengan penerbangan bermula antara Subang ke Pangkor (26 Januari), Subang ke Pulau Redang (31 Januari), ke Pulau Tioman dari Subang dan Johor Bahru pada suku kedua tahun 2022.
Aida Aziz
Tue Jan 25 2022
SKS Airways menawarkan penerbangan setiap hari dari Subang ke Pulau Pangkor bermula esok (26 Januari). - Gambar Astro AWANI
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan ditikam dalam rompakan di kediamannya
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Cip AI: Keperluan alternatif selain AS, China untuk kekal kompetitif
Malaysia menghadapi cabaran besar dalam usaha menjadi hab pusat data global, dengan kebergantungan kepada cip teknologi dari Amerika Syarikat dan konflik perdagangan antara AS dan China. Diversifikasi sumber teknologi dilihat sebagai langkah penting bagi memastikan pembangunan ekonomi negara tidak terjejas.
Permohonon diperkenan, Akhyar Rashid ucap terima kasih kepada TMJ
Akhyar Rashid, meluahkan penghargaan tak terhingga kepada Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, atas peluang dan kesempatan yang diberikan kepadanya.
Harapan baru atau sekadar sementara ?
Sejauh mana gencatan senjata ini mampu bertahan, dan apakah langkah-langkah seterusnya untuk memastikan keamanan berterusan?
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
Bagi menjawab persoalan ini, kita akan bersama seorang pakar, Prof. Madya Dr. Aminurraasyid Yatiban, Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS) di Universiti Utara Malaysia.
[TERKINI] Keputusan pendakwaan Kes Tan Sri Muhyiddin Yassin
Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi memutuskan, kesemua tujuh pertuduhan merangkumi empat tuduhan salah guna kuasa dan tiga kes pengubahan wang haram yang dihadapi bekas perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan dibicarakan secara bersama.
Warga emas ditahan miliki dadah lebih 2kg di Muar
Polis menahan seorang warga emas setelah menemukan dadah yang disyaki syabu dan heroin seberat lebih dua kilogram di Sungai Abong.
Polis keluar larangan kutip kerang di Pantai Dungun
Larangan dibuat selepas pihaknya menerima beberapa laporan mengenai aktiviti tersebut yang membahayakan individu terlibat.
Penerbangan terus dijangka lonjak industri pelancongan Pulau Redang
Industri pelancongan Pulau Redang dijangka bertambah rancak dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Lapangan Terbang Pulau Redang menerusi kerjasam
SKS Airways mula penerbangan sulung ke Pulau Pangkor hari ini
Syarikat penerbangan komersial terbaharu Malaysia, SKS Air Airways melancarkan penerbangan sulungnya ke Pulau Pangkor, pada Rabu.
Penerbangan Subang-Pangkor lonjak kehadiran pelancong - MB Perak
SKS Airways menawarkan penerbangan setiap hari dari Subang ke Pulau Pangkor bermula esok (26 Januari).
SKS Airways terima lesen perkhidmatan udara penuh berkuat kuasa 1 Jan 2022
SKS Airways Sdn Bhd, syarikat penerbangan komersial terbaharu di Malaysia, telah diberikan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) secara penuh oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).