KUALA NERUS: Industri pelancongan Pulau Redang dijangka bertambah rancak dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ke Lapangan Terbang Pulau Redang menerusi kerjasama antara kerajaan negeri dengan syarikat penerbangan, SKS Airways.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri, Ariffin Deraman berkata dengan adanya perkhidmatan itu, pelancong kini memiliki pilihan sama ada untuk menggunakan jalan laut atau udara untuk ke pulau berkenaan.
"Apabila pintu sempadan negara dibuka kelak, kita jangka lebih ramai pelancong dari luar negara akan ke Pulau Redang dengan adanya akses melalui udara selain satu lagi operator, syarikat penerbangan sedia ada Berjaya Air.
"Secara tidak langsung, ia dapat memulihkan ekonomi negeri yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19," katanya selepas menyambut penerbangan sulung Twin-Otter DCH6-300 yang membawa 19 penumpang hari ini.
Pesawat itu bertolak dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah pada pukul 8.30 pagi dan tiba di Padang Terbang, Pulau Redang kira-kira 9.50 pagi.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Faruk Hussin Tengku Abdul Jalil dan Ketua Unit Perancangan dan Strategik SKS Airways, Hasmadi Muhamad.
Menurut Ariffin dengan adanya perkhidmatan penerbangan terus, sektor pelancongan pulau yang terpaksa ditutup pada musim tengkujuh dijangka dapat beroperasi seperti biasa.
Sementara itu Hasmadi berkata pihaknya memilih Pulau Redang kerana yakin dengan prospek pelancongan yang besar dan permintaan yang tinggi.
"Selain Pulau Redang, kami juga menawarkan penerbangan terus ke Pulau Pangkor dan akan diperluas ke Pulau Tioman pada suku kedua tahun ini.
"Untuk Pulau Redang, setakat ini kekerapan hanya satu penerbangan sehari dan akan ditambah kepada dua kali sehari bermula 7 Mac depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 31 2022

Ariffin (tengah) bergambar bersama kakitangan kerajaan negeri, SKS Airways dan pengurusan lapangan terbang pada majlis sambutan penerbangan sulung pesawat SKS Airways dari Subang ke Pulau Redang di Padang Terbang Pulau Redang hari ini. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Insinerator dijangka atasi masalah sampah di Pulau Redang - MB
Kerajaan negeri Terengganu akan menggunakan teknologi insinerator bagi mengatasi masalah longgokan sampah di Pulau Redang.

Penduduk terawal di Pulau Redang dapat MyKad baharu
Seorang warga emas menerima kad pengenalan (MyKad) baharu menerusi Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).

Oceanman Pulau Redang kembali semula pada 26-27 Ogos
Setakat ini acara itu telah menerima lebih 400 penyertaan daripada pelbagai negara dan angka penyertaan dijangka terus meningkat.

Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.

Bomba Terengganu kenal pasti tanah untuk bina balai di pulau
Permohonan dihantar kepada Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan Besut bagi mendapatkan kelulusan serta menguruskan prosedur berkaitan.

Pulau Redang, Pulau Perhentian bakal nikmati elektrik 24 jam
Projek Pulau Tenaga Hijau itu akan dimulakan tidak lama lagi dan dijangka siap pada tahun 2025 bagi memberi kemudahan kepada penduduk di sana.

Alumni UPSI pecah rekod Malaysia, bina struktur terumbu glob terbesar dasar laut
Struktur terumbu glob itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan berat melebihi 1 tan serta kedalaman 11 meter.

Mayat keempat tragedi bot nelayan karam ditemukan
Satu lagi mayat yang merupakan mangsa tragedi bot nelayan karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan hari ini.

Bot karam di Redang: Mayat tiga nelayan hilang ditemui
Tiga nelayan yang hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang kelmarin, ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas, hari ini.

Bot karam di Redang: 'Tak sangka hanya jumpa jenazah adik'
Difahamkan, setakat ini tiga daripada lima mangsa telah ditemui.