SUNGAI PETANI: Segala persiapan bagi menyambut kepulangan jenazah penerima organ hati yang meninggal dunia hari ini, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, telah siap sepenuhnya.
Jenazah akan singgah sebentar di rumah neneknya di Kampung Masjid, Tikam Batu untuk penghormatan terakhir ahli keluarga dan kemudiannya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Baroqah, Tikam Batu selepas Asar.
Menurut bapa saudara, Mohd Shukri Derahim, 49, jenazah dijangka tiba jam 3.30 petang.
Segala persiapan termasuk keranda dan mengorek liang sudah dilakukan malah dia dimaklumkan ahli keluarga yang mengiringi jenazah termasuk ibu bapanya kini dalam perjalanan ke kampung.
Katanya, kali terakhir bertemu dengan arwah Mohd Afiq Ikmal ketika dia pulang hari raya dua tahun lepas.
Namun sejak dua bulan lalu, arwah kerap demam selain badannya kerap panas setiap malam dan perlu makan banyak ubat yang disarankan oleh doktor.
"Dia tidak sihat tu dalam awal tahun ini. Baru sekarang dia mula rasa demam, badan dia panas malam-malam kena makan ubat.
"Tengok dia pun aktif, tak ada masalah dia dari segi cakap pun biasa ja. Kira tidak ada simptom," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
BACA: Penerima hati pertama meninggal dunia
Mohd Shukri berkata, dia menerima berita pemergian Mohd Afiq Ikmal pagi tadi selepas dihubungi ahli keluarganya yang ketika itu berada di Hospital Selayang.
Katanya, dia juga sempat melihat keadaan arwah ketika dirawat di hospital kerana ketika itu dia membawa ibunya yang juga nenek arwah, Aishah Harun, dan datuk arwah, Derahim Khamis, 70 tahun.
Mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah malah kagum melihat kecekalan arwah sehingga dia mampu bertahan sehingga hari ini.
Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia akibat komplikasi hati selepas 18 hari menerima rawatan di Hospital Selayang, Selangor sejak 13 Februari lalu setelah tidak sedarkan diri.
Pemuda itu mencatat sejarah negara apabila menjadi penerima hati pertama di Malaysia pada 1999 selepas menerima hati daripada Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.
Dalam pada itu, Wan Mohd Hafizam yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Mohd Afiq Ikmal membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu pemuda itu yang mengalami masalah hati bengkak ketika usianya 14 bulan.
Keberanian Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menjadi penderma hati pertama Malaysia itu sekali gus membuka mata dan kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang kepentingan pendermaan organ.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Mar 02 2021
Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu meninggal dunia pada Selasa. - Gambar fail
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pembantu rumah curi barang majikan ditahan
Tindakan pembantu rumah warga Indonesia mencuri telefon bimbit dan iPad milik majikannya yang juga juruterbang sebelum melarikan diri, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.
Penerima hati, Mohd Afiq Ikmal dikebumi selepas Asar
Segala persiapan bagi menyambut kepulangan jenazah penerima organ hati yang meninggal dunia hari ini, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, telah siap sepenuhnya.