CAMERON HIGHLANDS: Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.
Pegawai Daerah Cameron Highlands, Syed Ahmad Khirulanwar Al-Yahya Syed Abdul Rahman berkata, aktiviti itu aktif lebih setahun lalu membabitkan keluasan 4.31 hektar di kawasan Hutan Simpan Sungai Wi-D bagi tujuan tanaman sayur.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan termasuk sitaan dan tangkapan telah dikenakan terhadap pengusaha pada April tahun lalu di bawah Seksyen 81 Akta Perhutanan Negara 1984.
"Tindakan diambil terhadap lelaki warga tempatan berusia 33 tahun itu atas kesalahan melakukan penerokaan kawasan hutan simpan secara tidak sah.
"Apabila berlaku insiden runtuhan ini, kita dapati pencerobohan itu masih berlaku di kawasan sama dan melibatkan pengusaha yang sama," katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, hasil semakan dilakukan, pengusaha berkenaan pernah mengemukakan permohonan permit penggunaan hutan bagi tanaman sayur kepada Jabatan Perhutanan negeri, namun tidak diluluskan.
"Permohonan itu ditolak selepas kajian dilakukan mendapati kawasan tersebut mempunyai nilai cerun berisiko dengan kecerunan melebihi 35 darjah," katanya.
Syed Ahmad Khirulanwar berkata, insiden runtuhan tanah yang melibatkan lima pekerja warga Myanmar itu telah mendapat keprihatinan yang tinggi daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Katanya, kerajaan negeri juga sememangnya memberikan perhatian yang serius untuk memastikan segala gerak kerja mencari dan menyelamat mangsa terlibat dapat diselesaikan secepat mungkin.
"Dalam isu penerokaan ini, kita akan ambil satu tindakan penguatkuasaan secara bersepadu secara menyeluruh.
"Ini termasuklah mengesan penggunaan pekerja asing tanpa permit atau penggunaan pekerja asing yang tidak sewajarnya untuk diambil bekerja," katanya.
Polis sebelum ini mengesahkan, semua mangsa terlibat merupakan pekerja warga Myanmar dan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Law Ha Phey, 36, Ki Shing Om, 48, Shing Law Har, 56, Thang Moung, 25, dan wanita Om Myu, 37.
Tiga daripada mangsa mempunyai pertalian kekeluargaan sebagai suami isteri dan bapa sementara dua lagi merupakan rakan sekerja. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 27 2024
Aktiviti penerokaan itu dipercayai aktif lebih setahun lalu membabitkan keluasan 4.31 hektar di kawasan Hutan Simpan Sungai Wi-D bagi tujuan tanaman sayur. - Gambar fail
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Jalan ke Kapit terputus akibat tanah runtuh - Nanta
Jalan Song/Sipan-Temalat ditutup kepada semua kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh yang memutuskan hubungan jalan raya dari Kanowit ke Song hari ini.
Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Miri ditemukan
Komander operasi menyelamat berkata mayat wanita warga emas itu berjaya dikeluarkan dari lokasi kejadian pada 6.26 petang.
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Satu lagi mayat mangsa ditemukan tertimbus
Satu lagi mayat mangsa kejadian tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit di bandar raya Miri awal pagi tadi, ditemukan kira-kira 8.55 pagi.
Banjir: Mangsa di Sarawak meningkat, tanah runtuh ragut satu nyawa, empat masih hilang
Sebanyak 14 PPS dibuka di seluruh Sarawak, melibatkan daerah Kuching, Serian, Bintulu, Miri, Siburan, Tatau, Bau dan Simunjan.
Tanah runtuh Kampung Lereng Bukit: Tiga mangsa ditemui, seorang maut
Dua mangsa pertama iaitu seorang remaja perempuan dan perempuan dewasa ditemui selamat sekitar jam 4.55 pagi.
Tanah runtuh: Enam sekeluarga termasuk empat kanak-kanak dikhuatiri tertimbus di Miri
Mangsa pertama, seorang lelaki dewasa bagaimanapun selamat, manakala enam yang lain masih gagal dikesan.
Lencongan di kawasan tanah runtuh Jalan Belaga Menjawah - Nanta
Pihak berkuasa telah melakukan pemeriksaan susulan kejadian tanah runtuh di Jalan Belaga Menjawah, Sarawak, yang dilaporkan berlaku pada 10.31 pagi tadi.
Tanah runtuh di Pekalongan, Jawa Tengah ragut 16 nyawa, tiga lagi hilang - BNPB
Kejadian di Kampung Kasimpar, Petungkriyono itu mengakibatkan dua rumah tertimbus, dua jambatan musnah, dan beberapa kenderaan dihanyutkan.
Tanah runtuh, jalan utama Genting Highlands tidak terjejas - OCPD Bentong
Akses ke pusat peranginan itu melalui jalan utama Genting Highlands kekal terbuka sepenuhnya kepada orang awam dan tidak terjejas.
Tanah runtuh di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands
Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Jalan Amber Court dan Ion Delemen, Genting Highlands, Bentong pada 2.47 pagi tadi, menyebabkan laluan terhalang dan tidak dapat dilalui di kedua-dua arah.