Pengagihan hasil cukai pelancongan kepada negeri-negeri akan diteruskan setiap tahun apabila 50 peratus akan diberikan balik ke negeri seperti yang dijanji oleh kerajaan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Lim berkata pengagihan untuk kutipan cukai pelancongan pada tahun 2019 dijangka diberikan kepada setiap negeri pada suku pertama tahun 2020.
"Kita tepati janji, bukan seperti kerajaan dahulu janji tetapi tidak bagi...kutipan cukai pelancongan tahun 2018 telah dibayar awal tahun ini dan pembayaran akan diteruskan setiap tahun," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata Pulau Pinang merupakan negeri yang kedua terbanyak menerima pengagihan cukai pelancongan iaitu sebanyak RM10 juta selepas Sabah yang mendapat RM12 juta.
"Bagi pembayaran cukai pelancongan kepada setiap negeri, kita akan mengikut proses yang sama iaitu kerajaan persekutuan akan membayar balik 50 peratus daripada jumlah cukai yang dikutip dari setiap negeri," katanya.
Cukai pelancongan merupakan cukai yang dikutip daripada pelancong-pelancong asing iaitu sebanyak RM10 untuk satu malam ke atas pelancong asing yang tinggal di hotel atau tempat penginapan yang berdaftar.
Dalam laporan March lepas, selain Sabah dan Pulau Pinang, pembayaran 50 peratus hasil cukai pelancongan juga diterima oleh Selangor iaitu sebanyak RM10.3 juta), Johor (RM7.99 juta), Pahang (RM7.86 juta), Melaka (RM5.35 juta), Kedah (RM5.08 juta), Sarawak (RM2.58 juta), Negeri Sembilan (RM2.47 juta), Perak (RM1.25 juta), Terengganu (RM1.03 juta), Kelantan (RM150,000) dan Perlis (RM20,000).
Sementara itu, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP juga memperingatkan semua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang agar teruskan usaha mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
"Walaupun pemerintahan di Pulau Pinang telah masuk penggal ketiga, kita tidak boleh terlalu leka dengan sokongan yang ada dan semua aduan rakyat harus diambil serius.
Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim, Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman bersama-sama dengan ribuan rakyat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka DAP Pulau Pinang di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 15 2019
![Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463912011_ChowrastaMarket.jpg)
Pulau Pinang merupakan negeri yang kedua terbanyak menerima pengagihan cukai pelancongan iaitu sebanyak RM10 juta selepas Sabah yang mendapat RM12 juta. - Gambar fail
![Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630318_MaritimMalaysiagag.jpg)
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup keluar 6,000 liter minyak petrol di Kudat
Bot serta barang rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM60,000 dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.
AWANI Ringkas: bakal haji wajib suntik vaksin meningococcal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739630242_Palestinianprisoner.jpg)
Pihak berkuasa Israel bebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin
Pihak berkuasa Israel membebaskan kumpulan keenam tahanan Palestin pada Sabtu, selaras dengan perjanjian gencatan senjata di Gaza.
![PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739629283_AhmadFarhanFauzi.jpg)
PM Anwar bantu tampung sebahagian kos rawatan bayi 10 bulan hidap mutasi genetik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan bagi menampung sebahagian kos rawatan Sophie Abdul Raof, bayi berusia 10 bulan yang menghidap komplikasi mutasi genetik SCN8A.
![Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739626080_TetakMautShahAl.jpg)
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak pekerja
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Shah Alam.
AWANI 7:45 [15/2/2025] – Suspek direman tujuh hari| Lagi sindiket dadah tumpas| Misi Joehari Ayub| Tahniah Siti Saleha
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
-Sudah kena tahan, suspek kes bunuh Norshamira direman
-Menteri Perpaduan tegaskan tidak perlu portfolio Menteri Agama Bukan Islam
-Era baharu FAM dan Harimau Malaya, Joehari Ayub disahkan Presiden
-Selebriti popular, Siti Saleha kini bergelar isteri pereka fesyen
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
![Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739083933_TBHANNAH.jpg)
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
![Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623455_SivarajChandran.jpg)
Kerajaan digesa segera haramkan penjualan vape di kedai serbaneka - Sivaraj
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan.
![Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739544293_PPSHujanBaling.jpg)
Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.
Agenda AWANI Asia: Potensi sukan ais dan salji
Diskusi dan analisis mengenai potensi dan manfaat penyertaan sukan musim sejuk seperti di temasya Sukan Musim Sejuk Asia ke-9 di Harbin dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
![Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/41463912011_ChowrastaMarket.jpg)
Pengagihan hasil kutipan cukai pelancongan kepada negeri akan diteruskan setiap tahun
Pengagihan untuk kutipan cukai pelancongan pada tahun 2019 dijangka diberikan kepada setiap negeri pada suku pertama tahun 2020.