KUALA LUMPUR: Pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan malah diteruskan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata pengambilan graduan perubatan terus dilaksanakan bagi graduan yang diluluskan pelantikannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk memberi pendedahan pengalaman bekerja sepertimana obligasi yang ditetapkan oleh Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).
"Sejak Disember 2016, pengambilan graduan perubatan dibuat secara kontrak berikutan kekangan perjawatan tetap dan membolehkan pengambilan dibuat tanpa lagi bergantung pada kekosongan tetap yang terhad.
"Kontrak yang ditawarkan adalah hingga tiga tahun bagi membolehkan graduan perubatan menjalani latihan siswazah dan kemudiannya disambung dua tahun lagi untuk membolehkan mereka melengkapkan khidmat wajib," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pandangan yang dikemukakan oleh Persatuan Perubatan Kesihatan Awam Malaysia dan Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia supaya kerajaan meneliti semula pengambilan penempatan lantikan baharu graduan perubatan untuk berkhidmat di Kementerian Kesihatan (KKM).
Penelitian itu dicadangkan bagi memastikan graduan perubatan, khususnya dalam kalangan bumiputera, dapat berkhidmat secara tetap dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran bidang profesional di negara ini.
Dr Adham berkata bagi tempoh Disember 2016 hingga 31 Mei 2021, seramai 23,077 pegawai perubatan UD41 telah dilantik secara kontrak bagi menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.
"Daripada jumlah tersebut, seramai 789 daripada 2,544 pegawai daripada Kohort Lantikan 1 Tahun 2016, Kohort Lantikan 1 Tahun 2017 dan sebahagian Kohort Lantikan 2 Tahun 2017 yang layak diperakukan pelantikan tetap telahpun ditawarkan pelantikan tetap oleh SPA.
"Kohort lantikan lain yang masih dalam latihan dan belum ditimbangkan pelantikan tetap, perkhidmatan mereka masih disambung hingga 2022," katanya.
Berhubung pelantikan secara tetap, beliau berkata pelantikan itu dilaksanakan berdasarkan kekosongan jawatan tetap dari semasa ke semasa, dan ditawarkan kepada pegawai yang melepasi kriteria pelantikan tetap yang telah digariskan menerusi surat pekeliling yang ditetapkan.
"Bagi memastikan penilaian yang dibuat lebih adil dan saksama, proses penilaian semasa latihan siswazah dibuat pada setiap penempatan dan kriteria penilaian pelantikan tetap juga dimaklumkan kepada setiap pegawai," katanya.
Selain itu, Dr Adham berkata KKM juga telah menubuhkan tiga peringkat jawatankuasa penilaian iaitu Jawatankuasa Teknikal Pelantikan Tetap di peringkat program perubatan, Jawatankuasa Pemilihan Pelantikan Tetap yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) serta perakuan pelantikan tetap kepada pengurusan tertinggi kementerian bagi memelihara ketelusan dan integriti dalam proses memperakukan pelantikan secara tetap.
Beliau turut mengingatkan bahawa peluang pekerjaan dalam perkhidmatan kesihatan di negara ini tidak hanya diberikan oleh KKM tetapi turut terdapat di hospital di bawah Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pertahanan dan sektor swasta.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021
![Pengambilan graduan perubatan untuk latihan siswazah tidak pernah dihenti - Dr Adham Pengambilan graduan perubatan untuk latihan siswazah tidak pernah dihenti - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621782930_DatukSeriDrAdham.jpg)
Dr Adham berkata berkata pengambilan graduan perubatan terus dilaksanakan bagi graduan yang diluluskan pelantikannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Lambakan graduan: KPT tumpu pergiat program tingkat kebolehpasaran - Khaled Lambakan graduan: KPT tumpu pergiat program tingkat kebolehpasaran - Khaled](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/41681110559_graduanUniversitiM.jpg)
Lambakan graduan: KPT tumpu pergiat program tingkat kebolehpasaran - Khaled
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memberi tumpuan dalam mempergiat lebih banyak program bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan.
![Graduan perubatan tempatan di bawah keperluan KKM - Noraini Graduan perubatan tempatan di bawah keperluan KKM - Noraini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637074288_DatukSeriDrNorain.jpg)
Graduan perubatan tempatan di bawah keperluan KKM - Noraini
Bagi mencapai nisbah 1:400 doktor kepada penduduk Malaysia, purata keperluan tambahan setiap tahun adalah seramai 4,000 orang.
![Pengambilan graduan perubatan untuk latihan siswazah tidak pernah dihenti - Dr Adham Pengambilan graduan perubatan untuk latihan siswazah tidak pernah dihenti - Dr Adham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51621782930_DatukSeriDrAdham.jpg)
Pengambilan graduan perubatan untuk latihan siswazah tidak pernah dihenti - Dr Adham
Pengambilan graduan perubatan untuk mengikuti latihan siswazah tidak pernah dihentikan malah diteruskan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
![Lulus BM dilonggar, elak ratusan graduan perubatan disia-siakan - MMA Lulus BM dilonggar, elak ratusan graduan perubatan disia-siakan - MMA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-07/41499086092_BajetMedic.jpg)
Lulus BM dilonggar, elak ratusan graduan perubatan disia-siakan - MMA
Katanya, ini membolehkan mereka layak mendapatkan sijil pengamal perubatan dan berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC), sekaligus mengekalkan modal insan dalam bidang perubatan di negara ini.