KUALA LUMPUR: Pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, perlu diteruskan kerana ia telah memenuhi syarat perundangan di bawah Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960 walaupun segelintir pemilik tidak bersetuju.
Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan sekiranya kerajaan enggan meneruskan proses pengambilan tanah berdasarkan akta tersebut, kerajaan perlu bersedia untuk menanggung semua kos kerugian pemaju dan pemilik yang bersetuju.
Menurut kenyataan itu, kerugian berkenaan meliputi RM50 juta bayaran deposit pengambilan tanah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG); RM30 juta kos penyediaan rumah transit dan rumah sewa kepada penduduk yang bersetuju sehingga rumah ganti siap dibina; kos pemindahan semula penduduk yang bersetuju pulang ke rumah asal serta kos pembaikan rumah yang telah ditinggalkan selama enam tahun.
PKB berkata berdasarkan APT 1960, tiada sebarang syarat berkaitan peratusan persetujuan pemilik tanah ditetapkan sebelum sebarang pengambilan balik tanah dilaksanakan.
"Namun, dalam program pembangunan semula di Kampung Baru, pihak kementerian telah menetapkan bahawa pembangunan semula hanya boleh dipertimbangkan sekiranya pemaju berjaya memperolehi sekurang-kurangnya nilai ambang (treshold) 50 peratus persetujuan pemilik hartanah bagi menjaga kepentingan dan kesejahteraan warga terlibat," menurut kenyataan itu.
Menurut PKB, pengambilan tanah bagi projek pembangunan semula Sungai Baru telah diwartakan di bawah Seksyen 8 APT 1960 pada 21 Jun 2021 membabitkan 37 lot teres, 72 unit flat dan satu lot pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB).
"Sehingga hari ini, sejumlah 291 lot dan unit flat (27 lot teres dan 264 unit flat) yang mewakili 88.72 peratus telahpun bersetuju dengan projek pembangunan semula ini.
"Dalam masa yang sama, pemaju juga terus berusaha untuk berjumpa dan mengadakan sesi libat urus bersama pemilik 37 lot rumah teres yang tidak bersetuju, namun tidak mendapat kerjasama," katanya.
Sebelum ini, bekas Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd Samad dilaporkan telah menubuhkan jawatankuasa terdiri daripada barisan peguam bagi mencabar pewartaan pengambilalihan tanah penduduk Kampung Sungai Baru Kampung Baru, di sini.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru Zulfakar Wahid memohon sesi pendengaran kedua pengambilan tanah yang ditangguhkan sejak Disember tahun lepas diteruskan agar penantian lebih lima tahun untuk kembali tinggal di kampung warisan itu segera berakhir.
Zulfakar berkata tidak adil untuk 'melayan' suara minoriti yang hanya mewakili 11 peratus dan menyebabkan pihaknya menunggu lebih lama untuk berpindah ke rumah baharu sedangkan persetujuan majoriti hampir 89 peratus telah dicapai.
"Kami yang bersetuju ni dah duduk di rumah transit (di Residensi Kerinchi) lebih lima tahun, jadi kami rasa tak patut sebab 37 unit tak bersetuju, 291 unit terpaksa menunggu, kenapa nak layan 37 unit ni?," katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Ritzy Gloss Sdn Bhd yang merupakan pemaju projek berkenaan Abdul Hadi Ahmad menafikan dakwaan tawaran nilai pampasan tidak setimpal dan tidak memberi pemilik ruang untuk berunding.
"Tiada isu nak menganiaya pemilik malah sebenarnya jika tanah diambil menerusi pengambilan tanah hanya dapat lima peratus (nilai pampasan) sahaja, tetapi pemaju bermurah hati menawarkan tawaran yang sama seperti yang mereka setuju," katanya dan menegaskan semua prosedur telah mengikut aspek perundangan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 15 2022

PKB berkata berdasarkan APT 1960, tiada sebarang syarat berkaitan peratusan persetujuan pemilik tanah ditetapkan sebelum sebarang pengambilan balik tanah dilaksanakan. - Foto fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Projek pembajaan tepat dijangka tingkat hasil 20,000 hektar jelapang
Jangkaan itu dapat dicapai kerana pemilihan kawasan bagi projek tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data status kesuburan tanah.

Bulan Kebangsaan MY-SG: Mengurus pembangunan tanah secara hemat dan mampan
Laporan Khas Bulan Kemerdekaan Malaysia-Singapura bertemakan pembangunan demi kemakmuran bersama, melaporkan pendekatan Singapura membangunkan sumber tanah dengan hemat.

Sarawak sediakan 150,000 hektar bagi pengeluaran beras - Abang Johari
Projek penanaman padi akan dilakukan secara berperingkat menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat yang berjumlah RM173 juta.

147 Orang Asli mohon deklarasi hak milik tanah
Plaintif mendakwa mereka adalah penduduk di tanah tersebut, diwarisi daripada nenek moyang, yang digunakan untuk menyara kehidupan.

Pengambilan tanah pembangunan semula Sungai Baru perlu diteruskan - PKB
PKB berkata berdasarkan APT 1960, tiada sebarang syarat berkaitan peratusan persetujuan pemilik tanah ditetapkan.

Jangan kelabu mata tawaran jual tanah
Tanah diberikan itu boleh digunakan untuk bercucuk tanam yang boleh mendatangkan hasil pendapatan dalam jangka masa panjang.

Perak tidak boleh batal hak milik tanah lapangan terbang Seri Iskandar
Kawasan terbabit bukan lagi berada di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan terserah kepada syarikat berkenaan untuk melakukan sebarang pembangunan di situ.

Tanah di Taman Rimba Kiara untuk pembangunan kediaman, bukan taman - Peguam
Tanah di kawasan Taman Rimba Kiara yang diperuntuk bagi projek pembangunan adalah untuk membina kediaman dan bukan sebagai taman awam.

KPPK tidak keluar lesen jual hasil sawit kepada peneroka haram
Peladang kelapa sawit yang meneroka tanah secara haram tidak akan diberi lesen oleh KPPK untuk menjual hasil perladangan mereka.

Teknik tanam timun dalam pasu gantung, lebih mudah untuk dituai
Bagi anda yang tinggal di apartmen dan mempunyai kekangan ruang, tak menjadi masalah jika anda ikut teknik tanaman timun di dalam pasu gantung ini.