KUALA LUMPUR: Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) bersetuju pengambilan tanah bagi pembangunan semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini, diteruskan kerana proses tersebut telah dilaksanakan dengan sempurna dan majoriti penduduk bersetuju.
Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Datuk Muhammad Yasir Yahya berkata projek pembangunan semula itu telah mendapat persetujuan sebahagian besar penduduk kawasan terbabit dan perjanjian usaha sama telah ditandatangani antara 192 petak rumah pangsa dan 27 unit rumah teres dengan pemaju.
"Setakat ini, pengambilan tanah telah sempurna dilaksanakan terhadap 72 petak rumah pangsa bagi tujuan pembangunan semula. Pengambilan tanah juga dilaksanakan ke atas pemilik tanah yang tidak menandatangani usaha sama dengan pemaju. Hanya berbaki 37 unit rumah teres sahaja lagi yang masih belum dilaksanakan siasatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata urusan pengambilan tanah adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang jelas, maka pampasan yang mencukupi telah diguna pakai berdasarkan nilai yang diberikan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).
"Namun begitu, pihak yang terkilan terhadap nilai pampasan ini masih boleh merayu kepada mahkamah dan mahkamah akan menilai semula pampasan bersesuaian kepada perayu," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Yasir berkata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan pertemuan dengan penduduk terlibat bagi memberi penerangan untuk membolehkan semua yang terlibat dalam situasi menang-menang.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) memaklumkan jumlah unit yang telah selesai proses perolehan tanah dan bersedia untuk pembangunan telah bertambah kepada 291 unit berbanding 219 (27 lot teres dan 192 flat) selepas penyampaian notis Borang K (Permohonan Supaya Bantahan Dirujukkan Kepada Mahkamah) Akta Pengambilan Tanah 1960 oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKPTG WPKL).
"Ia membabitkan 264 unit flat dan 27 lot teres bersamaan 88.72 peratus. Pertambahan peratus tersebut melibatkan 72 unit flat setelah borang K dikeluarkan manakala baki 37 lot teres (11.28 peratus), sesi siasatan pengambilan tanah masih lagi ditangguhkan dan belum diserahkan. Perolehan tanah bagi lot teres ini masih belum selesai," menurut kenyataan itu.
Mengenai dakwaan daripada Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres dan Flat Sungai Baru yang menyatakan PKB sengaja 'mendiamkan' sejumlah 34 pemilik lot teres lain di Sungai Baru, ia adalah tidak benar dan mengelirukan orang ramai.
"Ingin dijelaskan status 34 lot teres (32 lot teres milik individu dan dua lot teres yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk jajaran Projek Sistem Kedua Transit Aliran Ringan (LRT) untuk Kuala Lumpur-Jajaran Pasar Seni ke Jalan Damai) adalah tidak terlibat dengan projek pembangunan semula di kawasan Sungai Baru, di sini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 27 2022

Muhammad Yasir berkata projek pembangunan semula itu telah mendapat persetujuan sebahagian besar penduduk kawasan terbabit. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.

Pembangunan Kampung Baru kekalkan ciri-ciri kemelayuan - Dr Zaliha
Sebarang pembangunan di Kampung Baru akan mengambil kira sejarah dan status tanah demi memastikan kawasan itu kekal sebagai kampung Melayu.

Akok durian pesara tentera laku keras
Dia mula membuka gerai pada pukul 7 pagi dan berjaya menjual semua kuih itu, yang menggunakan 100 ulas durian premium, dalam tempoh empat jam.

Empat kenderaan terbakar di rumah pangsa PKNS Kampung Baru
Empat kenderaan musnah terbakar dalam kejadian di rumah pangsa PKNS Kampung Baru, di sini, pada Rabu.

DBKL sita meja, kerusi dan khemah di bahu jalan Kampung Baru
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru di sini.

Enam rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru pagi ini
Kebakaran tidak melibatkan mangsa dan api dapat dipadamkan sepenuhnya pada 11.09 pagi.

26 penjaja gerai singgang Kampung Baru berpindah ke lokasi baharu
Menurut DBKL, kerja-kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana pada 22 Jan depan.

'Dia lupa peluk saya...' - Ibu pelajar maut jatuh balkoni
Fazlina seakan tidak menyangka gurauan anaknya adalah yang terakhir sebelum anak sulong dari tiga beradik itu meninggal dunia.

Kampung Baru, KL dilanda banjir kilat
Sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menyelamat seorang warga emas keluar dari lokasi banjir kilat di Kampung Periuk, Kampung Baru di sini pada Selasa.

Masalah sampah hantui penduduk Pulau Redang
Masalah sama pernah berlaku beberapa kali sebelum ini, tetapi berjaya diselesaikan dalam tempoh beberapa bulan.