SEREMBAN: Tindakan seorang lelaki membuat laporan palsu berhubung kehilangan kenderaannya akhirnya memakan diri selepas ditahan polis di depan stesen KTM Seremban, tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata lelaki berusia 25 tahun itu ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Port Dickson dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.
Menurutnya, siasatan awal mendapati individu yang merupakan penganalisis data itu membuat laporan palsu bagi membolehkannya menuntut insurans untuk kegunaan majlis perkahwinannya.
“Pada awalnya, lelaki itu membuat laporan polis berhubung kehilangan kenderaan jenis Subaru Forester miliknya di perkarangan parkir Lukut Prima, Port Dickson pada 20 April lepas.
"Lelaki itu mendakwa meletak kenderaan di kawasan tersebut sekitar pukul 8 malam untuk makan bersama rakan dan apabila kembali ke kereta sejam kemudian, dia mendapati keretanya tiada di tempat parkir,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, Aidi Sham berkata penipuan itu terbongkar setelah polis membuat siasatan lanjut pada 26 April lepas dan mendapati lelaki itu sengaja mengada-adakan cerita tentang kehilangan keretanya yang sebenarnya disimpan di tempat lain.
Susulan itu, dengan dipandukan lelaki itu, polis menemukan semula kereta yang disorokkan di belakang bangunan sebuah pasar raya di Lukut, katanya.
“Lelaki itu kini masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson hingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda atau kedua-duanya,” katanya.
Aidi Sham berkata polis memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang membuat laporan polis palsu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 28 2021

Lelaki itu kini masih ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson hingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan. - Gambar hiasan
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Sarawak perlu lebih ramai penganalisis data - Abang Johari
Sarawak memerlukan lebih ramai lagi penganalisis data mahir dalam kalangan rakyat tempatan, untuk menganalisis dan melindungi data-data strategik yang menjadi asas kepada kemajuan negeri itu.

Penganalisis data ditahan buat laporan palsu tuntut wang insurans untuk majlis kahwin
Lelaki berusia 25 tahun ditahan anggota JSJ Port Dickson dan JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan kira-kira pukul 1.30 tengah hari.