BATU GAJAH: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah, Perak pada Isnin atas pertuduhan membunuh isterinya, yang ditemui dengan kesan tikaman di sebuah hotel, bulan lalu.
Tertuduh, Hairil Anaas Abdullah, 37, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Nisya Syahkila Shaharun, 32, di dalam sebuah bilik hotel di Batu Gajah, antara jam 7.30 pagi hingga 2 petang, 20 Jun lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati atau penjara antara 30 tahun hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Mohd Ameerul Nazhif Wan Zulfikri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 9 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan laporan kimia, bedah siasat serta ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Pada 20 Jun lalu, media melaporkan lelaki tersebut menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya di bilik sebuah hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad dilaporkan berkata, suspek disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jul 01 2024

Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Batu Gajah, Perak pada Isnin. - Astro AWANI

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Penganggur ditahan bersama ganja bernilai lebih RM50,000
Polis menahan seorang penganggur dan merampas 16.6 kilogram (kg) ganja dianggar bernilai RM51,646.

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya pada Selasa lalu.

Penganggur bunuh adik, ibu saudara, dihukum penjara 35 tahun, 24 sebatan
Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun kepada seorang penganggur kerana membunuh adik lelaki dan ibu saudaranya pada 2016.

Tikam 20 kali: Penganggur didakwa bunuh pereka dalaman
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pereka dalaman yang maut ditikam 20 kali.

Penganggur miliki 46 rekod lampau ditahan kes curi komponen lori di Simpang Ampat
Suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.

Penganggur rugi RM174,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang penganggur mengalami kerugian lebih RM174,000 akibat terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud di Kuala Ketil, Baling sejak enam tahun lepas.

Penganggur didakwa bunuh isteri
Tertuduh disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.

Cubaan ragut gagal, polis tahan penganggur
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Penganggur dipenjara enam tahun bakar kereta milik seorang wanita
Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membakar sebuah kereta milik seorang wanita, dua bulan lepas.

Penganggur berdepan hukuman mati, didakwa edar 9.2kg heroin
Tertuduh, A Nathan, 48 tahun, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.